Tarikh keputusan PT3 2019 keluar pada Disember 2019

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) merupakan langkah terkini kerajaan dalam menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Antara kepentingan Pt3 adalah sebagai penanda aras untuk pelajar memilih aliran yang sesuai dan yang ingin diingini untuk ke tingkatan 4. Kementerian PM telah menyediakan pelbagai aliran antaranya aliran sains, sastera, akauntan, teknikal dan sebagainya. Pihak guru dan ibu bapa boleh memantau secara mudah serta membantu anak-anak mereka membuat pilihan untuk memasuki tingkatan 4.

Sebagai makluman, pengumuman keputusan PT3 tidak dibuat secara berpusat selepas pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan PMR. Format Pt3 telah ditambah baik dari tahun ke tahun bagi memastikan Pt3 menepati piawaian yang telah ditetapkan KPM. Dahulunya keputusan PMR akan diumumkan serentak di seluruh Malaysia.

Berikutan itu, tarikh pengumuman keputusan PT3 adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak pengurusan sekolah masing-masing dimana pihak sekolah akan memaklumkannya dalam majlis penyerahan keputusan pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) kepada calon yang terbabit pada tarikh yang ditetapkan.

SEMAKAN KEPUTUSAN PT3 2019 SECARA ONLINE DAN SMS 

Setiap tahun, keputusan PT3 akan diumumkan oleh pihak pengurusan sekolah di seluruh negeri dalam bulan Disember, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza. Apapun, yang pasti keputusan PT3 akan diumumkan keluar pada bulan Disember. Berikut adalah maklumat berhubung dengan keputusan PT3 tahun 2019.

GC-Icon
keputusan-pt3
TARIKH RASMI KEPUTUSAN PT3 2019 DIUMUMKAN
Tarikh Jam
Dalam-Proses
Dalam-Proses
Tarikh yang tepat (rasmi) seperti dinyatakan dalam Jadual Kerja Pentaksiran Tingkatan 3 Tahun 2018
SEMAKAN KEPUTUSAN PT3 2019 SECARA ONLINE DAN SMS TIADA
Oleh kerana tiada pengumuman keputusan PT3 secara berpusat, Perkhidmatan bagi semakan keputusan PT3 secara dalam talian (online) mahupun melalui sistem pesanan ringkas (SMS) tidak disediakan.
PERNYATAAN KEPUTUSAN PELAPORAN PT3 2019
Calon Sekolah Calon Persendirian
Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 8 hingga 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan bergantung kepada sekolah masing-masing. Calon persendirian, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar PT3.
Info-Lain INFO BERKAITAN
Berikut merupakan panduan lengkap buat pelajar yang ingin melakukan semakan semula keputusan PT3. Sila layari pautan yang disediakan di bawah
Klik-Link Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan PT3
Close