Tarikh keputusan semester 3 STPM 2018 keluar bulan Februari 2019
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Semua calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Semester 3 (S3) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2018 boleh mendapatkan pernyataan keputusan STPM Semester 3 masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Febaruari 2019.
Setiap tahun, keputusan peperiksaan Semester 3 (S3) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam bulan Februari, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza. Apapun, yang pasti keputusan Semester 3 STPM akan diumumkan keluar pada bulan Februari tahun berikutnya.
SEMAKAN KEPUTUSAN SEMESTER 3 STPM 2018 SECARA ONLINE DAN SMS PADA TARIKH RASMI
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan STPM Semester 3 iaitu secara dalam talian (online) dan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas mySMS.
Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat tarikh rasmi dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan Semester 3 (S3) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
TARIKH KEPUTUSAN STPM S3 2018 DIUMUMKAN | ||
Tarikh | Jam | |
13 Februari 2019 | 10:00 Pagi | |
Tarikh yang tepat (rasmi) selepas pengumuman daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) . |
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2018 SEMESTER 3 SECARA ONLINE |
Semakan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Semester 3 (S3) secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), sila klik pada judul pautan di bawah. |
![]() |
![]() |
Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (–) dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta. |
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2018 SEMESTER 3 SECARA SMS |
Semakan keputusan Semester 3 STPM 2018 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format teks mesej penghantaran seperti berikut. |
Taip: STPM (jarak) RESULTS3 (jarak) NO KAD PENGENALAN SMS ke 15888 |
Contoh: STPM RESULTS3 990527035321 SMS ke 15888 |