Menu Bola

Tarikh keputusan penggal 1 STPM 2019 keluar bulan Februari 2019

15:20 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 18 October 2018 jam 11:08 AM oleh GC.editor

Semua calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Penggal 1 (P1) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2019 boleh mendapatkan pernyataan keputusan STPM Penggal 1 masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Februari 2019.

Setiap tahun, keputusan peperiksaan Penggal 1 (P1) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam bulan Februari, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza. Apapun, yang pasti keputusan Penggal 1 STPM akan diumumkan keluar pada bulan Februari.

SEMAKAN KEPUTUSAN PENGGAL 1 STPM 2019 SECARA ONLINE DAN SMS PADA TARIKH RASMI

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan STPM penggal 1 iaitu secara dalam talian (online) dan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas mySMS.

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat tarikh rasmi dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan Penggal 1 (P1) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

TARIKH KEPUTUSAN STPM P1 2019 DIUMUMKAN
TarikhJam
Februari 2019
10:00 Pagi
Tarikh yang tepat (rasmi) akan dinyatakan selepas pengumuman daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) .
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2019 PENGGAL 1 SECARA ONLINE
Semakan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Penggal 1 (P1) secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), sila klik pada judul pautan di bawah.
Klik LinkKeputusan Peperiksaan Penggal 1 (P1) STPM 2019 – Check Online
InfoSistem aplikasi bagi semakan keputusan STPM Penggal 1 2019 hanya dibuka bermula pada tarikh keputusan yang akan diumumkan nanti.
Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2019 PENGGAL 1 SECARA SMS
Semakan keputusan Penggal 1 STPM 2019 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format teks mesej penghantaran seperti berikut.
Taip: STPM (jarak) RESULTP1 (jarak) NO KAD PENGENALAN SMS ke 15888
Contoh: STPM RESULTP1 990527035321 SMS ke 15888