Semakan Status Kelayakan Rebat Bil Elektrik RM40 Percuma Online

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Pada 2 November 2018 yang lalu, kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2019 telah meluluskan Program Rebat Bil Elektrik RM40 yang akan bermula pada 1 Januari 2019. Kementerian yang bertanggungjawab ke atas program tersebut adalah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mensasarkan bantuan khusus untuk golongan B40 iaitu keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan telah disahkan dalam sistem eKasih. Melalui program ini juga kerajaan akan memperuntukan RM80 juta serta memanfaatkan 185,000 akaun pengguna yang benar-benar memerlukan bantuan.

Program ini adalah penambahbaikkan daripada program yang terdahulu di mana rebat bil elektrik adalah pada kadar RM20 sahaja. Namun pendekatannya lebih kurang sama di mana untuk setiap akaun yang berjumlah bawah daripada RM40 mereka tidak perlu membayar bil tersebut. Jika bil elektrik mereka melebihi daripada RM40, mereka hanya perlu membayar jumlah lebihan setelah ditolak RM40 sahaja. Kementerian berharap usaha ini dapat mensejahterakan kehidupan rakyat terutama golongan miskin tegar dan miskin di Malaysia.

Untuk pengetahuan, pendaftaran program ini boleh dibuat melalui sistem eKasih atau Ketua Isi Rumah (KIR) boleh membuat pendaftaran di Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan mengikut daerah masing-masing. Menurut MESTECC, pengguna yang berdaftar di sistem eKasih dan layak tetapi tidak berdaftar dengan TNB/SESB/SEB boleh membuat permohonan bagi mengisytiharkan akaun pihak ketiga dengan mengisi borang berserta kad pengenalan dan dokumen sokongan dan di hantar ke mana-mana kedai TNB, Pejabat SESB dan Pejabat SEB terdekat.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40 PERCUMA SECARA ONLINE

Berikut dikongsikan cara semakan status kelayakan menerima bantuan dan kelayakan untuk memohon program rebat bil elektrik RM40. Sebarang pertanyaan berkenaan program ini boleh hubungi pihak yang berwajib seperti di bawah:

GC Icon
Semakan Status Kelayakan Terima Rebat Bil Elektrik RM40
CARA MEMBUAT SEMAKAN KELAYAKAN PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM 40 2020 ONLINE
Sila layari pautan di bawah untuk membuat semakan status layak untuk menerima bantuan program ini

SEMAKAN PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40 PERCUMA

No 1Sila isikan no kad pengenalan pemohon tanpa simbol (-)
No 2Tekan butang cari dan keputusan akan dipaparkan
 SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon:
No 1Ketua Isi Rumah (KIR) tersenarai dan disahkan dalam senarai eKasih
No 2Kategori miskin tegar berpendapatan kurang daripada RM 600 sebulan dan kategori miskin berpendapatan bawah RM 950 sebulan
No 3Hanya satu bil sahaja layak mendapat rebat
No 4Hanya untuk Tarif A (Domestik) sahaja
No 5Rebat RM40 termasuk semua jenis caj dan tidak termasuk tunggakan bil pada 2018
NotaPemohon yang tidak berjaya membuat permohonan program rebat bil elektrik RM 40 boleh merujuk kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan/Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di peringkat negeri dan di Unit Pembangunan Pejabat Daerah
Info LainInfo Lanjut
Sebarang pertanyaan tentang Program Rebat Bil Elektrik RM 40 sila hubungi nombor berikut:
bullet pointMy Government Call Centre MyGCC : 03-8000 8000
bullet pointTenaga Nasional : 1-800-88-5454
bullet pointSabah Electricity : 088-515000/ 15454
bullet pointSarawak Energy : 1-300-88-3111
Close
Close