Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol Online

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Setelah kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum 14 yang lalu, pimpinan gabungan parti yang diterajui oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha sedaya upaya untuk mengotakan janji manifesto mereka. Antara isi manifiesto Pakatan Harapan adalah menyediakan subsidi minyak bersasar. Atas dasar tersebut, dalam pembentangan Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kerajaan telah memperincikan tentang pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP). PSP merupakan program subsidi bahan api kenderaan bersasar berdasarkan data yang diperoleh untuk diberikan kepada golongan yang benar-benar layak terutamanya golongan B40.

Berdasarkan data yang telah dikumpulkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), jumlah bakal penerima PSP dianggarkan berjumlah 2.9 juta orang. Data yang diperoleh ,melalui beberapa badan kerajaan dan kementerian seperti Kementerian Kewangan dan Jabatan Pengangkutan Awam kerajaan dapat memastikan subsidi disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja. Terdapat beberapa faktor diambil kira dan juga dijadikan syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini.

Lebih menggembirakan, tarikh pelaksanaan PSP adalah bermula Januari 2020. Untuk makluman, penerima PSP bukan sahaja mereka yang terdiri daripada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH). Bukan penerima BSH juga layak mendapat bantuan ini berdasarkan syarat kelayakan yang akan diperincikan kemudian kerana baru sahaja diumumkan pada Belanjawan 2020. Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan PSP secara atas talian di laman sesawang yang telah disiapkan oleh KPDNHEP. Permohonan rayuan juga boleh dilakukan jika nama anda tidak tersenarai sebagai salah seorang penerima bantuan PSP.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP)

Bagi mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima PSP anda boleh membuat permohonan rayuan bagi membolehkan anda menerima bantuan ini. Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat permohonan rayuan PSP, tarikh rayuan dibuka, syarat kelayakan dan lain-lain perkara yang berkaitan:

GC-Icon
Rayuan-PSP
TARIKH PERMOHONAN RAYUAN PROGRAM SUBSIDI PETROL
Tarikh Permohonan Rayuan PSP Dibuka
15 Oktober 2019
CARA MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN PROGRAM SUBSIDI PETROL
Cara membuat rayuan PSP boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan berikut:

RAYUAN ONLINE PSP 2020

No-1 Layari aplikasi semakan di pautan di atas dan klik semak kelayakan
No-2 Sila masukkan nombor kad pengenalan anda dalam ruangan yang disediakan. Kemudian tandakan saya faham dan bersetuju di kotak yang disediakan dan tekan butang semak
No-3 Keputusan kelayakan akan dipaparkan. Jika tertulis di paparan skrin anda gagal sila tekan butang ingin merayu
No-4 Lengkapkan butiran yang diperlukan seperti nombor akaun, nama, no MyKad dan nama bank. Kemudian klik butang simpan
No-5 Permohonan rayuan anda telah direkodkan dan sedang menunggu untuk di proses
KOD STATUS SEMAKAN KELAYAKAN PSP
KOD ALASAN MAKLUMAT PERLU DIKEMASKINI
KOD01 Tiada rekod sebagai penerima BSH Nama, Nama bank dan no akaun terkini pemohon
KOD02 Alamat pemohon di Sabah/Sarawak Alamat, negeri dan poskod pemohon
KOD03 Tiada kenderaan berdaftar dengan JPJ Jenis kenderaan dan no pendaftaran kenderaan pemohon
KOD04 Tidak menepati kriteria kelayakan kenderaan Jenis kenderaan dan no pendaftaran kenderaan pemohon
KOD05 Melebihi kelayakan pemilikan kenderaan
Klik-Link Manual pengguna PSP
TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN RAYUAN PSP
Buka Tutup
Dalam-Proses
Dalam-Proses
Nota Tarikh yang tepat (rasmi) akan dikemaskini dari semasa ke semasa
TARIKH BAYARAN DAN MEKANISME PSP
Tarikh Bayaran PSP Dikreditkan ke Akaun
April 2020
Berikut adalah penjelasan secara ringkas mengenai mekanisme pelaksanaan PSP dan tarikh bayaran:
No-1 Penerima BSH akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima bermula April 2020 untuk jumlah 4 bulan
No-2 Jumlah subsidi bagi kereta adalah sebanyak RM120 dan bagi motosikal adalah RM48
No-3 Bukan penerima BSH akan diberikan kad 95 yang akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama tahun 2020 dengan kadar 30 sen per liter dan had maksimum adalah 40 liter sebulan untuk motosikal dan 100 liter sebulan untuk kereta
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA PSP
Antara syarat-syarat penerima PSP berdasarkan KPDNHEP (penerima BSH) adalah:
Tick Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah 
Tick Beralamat di Semenanjung Malaysia 
Tick Memilki kenderaan persendirian yang berdaftar (lesen masih sah)
Tick Memiliki tidak melebihi 2 buah kereta dan 2 buah motosikal sahaja untuk setiap individu 
Tick Menepati syarat kelayakan kapasiti enjin seperti berikut:
KENDERAAN MOTOR KAPASITI ENJIN
Kereta
Mestilahh kurang daripada atau sama dengan 1600cc
Atau lebih dari 1600cc dan usia minimum kenderaan adalah 10 tahun
Motosikal
Mestilah kurang daripada atau sama dengan 150cc
Atau lebih dari 150cc dan usia minimum kenderaan adalah 7 tahun
Nota Syarat kelayakan penerima PSP bagi bukan penerima BSH akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja diumumkan oleh kerajaan
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi butiran berikut atau klik laman Facebook rasmi di bawah:
Tick Alamat KPDNHEP :
Bahagian Pengurusan Subsidi Petroleum Kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna,
No. 13, Persiaran Perdana,
Presint 2,62623 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tick Talian KPDNHEP : 1-800-88-6800
Klik-Link Laman Facebook Rasmi KPDNHEP
Klik-Link  SOALAN LAZIM (FAQ) PSP 2020
Close