Permohonan rayuan BSH 2019 Bantuan Sara Hidup Secara Online

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Umum mengetahui bahawa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH). Inisiatif ini dilaksanakan dengan Kerajaan Pakatan Harapan meluluskan sejumlah peruntukan kepada rakyat yang memerlukan. Menerusi Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa pemberian BSH akan ditumpukan kepada golongan B40 iaitu golongan yang berpendapatan rendah.

Terdapat tiga fasa pengagihan BSH iaitu fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 yang masing-masing dilaksanakan pada 28 Januari 2019, 28 Mei 2019 dan satu tarikh dalam bulan Ogos 2019 nanti.  Menurut Lim Guan Eng, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 5 bilion dengan anggaran 4.1 juta isi rumah akan menerima manfaat daripada BSH ini. Bagi penerima BSH yang layak, wang akan didepositkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan.

Pengagihan BSH fasa 1 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion. Golongan yang berpendapatan isi rumah RM 2,000 akan menerima RM 1,000. Isi rumah yang berpendapatan antara RM2,001 dan RM3,000 akan mendapat bantuan RM750 manakala bagi isi rumah yang berpendapatan antara RM3,001 dan RM4,000 pula akan mendapat bantuan RM500.

Namun begitu, sekiranya seseorang individu itu memenuhi syarat-syarat kelayakan tetapi gagal semasa pendaftaran fasa 1 dan fasa 2, individu tersebut boleh membuat Permohonan rayuan BSH 2019 Bantuan Sara Hidup Secara Online dan manual. Permohonan dapat dilakukan bermula 1 Julai hingga 15 Ogos 2019.

PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN SARA HIDUP 2019 (BORANG RAYUAN BSH DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan rayuan BSH 2019 Bantuan Sara Hidup Secara Online buat rujukan semua:

GC-Icon
permohonan-rayuan-bsh
TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BSH ONLINE 2019
Dibuka Ditutup
1 Julai 2019
15 Ogos 2019
Nota Tarikh tertakluk kepada pindaan dan makluman rasmi oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa 
CARA MEMBUAT RAYUAN BSH 2019
Terdapat dua kaedah untuk membuat permohonan rayuan BSH iaitu secara online ataupun hadir ke pejabat LHDNM bergantung kepada kod alasan tidak lulus BSH 2019 seperti dinyatakan di bawah:
Abjad-A  PERMOHONAN RAYUAN BSH 2019 SECARA ONLINE 
Sila layari pautan di bawah untuk membuat rayuan BSH 2019:

PERMOHONAN RAYUAN BSH ONLINE 2019

No-1 Klik pada butang rayuan
No-2 Kemudian masukkan no kad pengenalan anda dan klik butang carian
No-3 Jika anda telah berjaya memasukkan no kad pengenalan, sila ikuti langkah seterusnya seperti dipaparkan dalam portal
PERMOHONAN RAYUAN BSH 2019 SECARA ATAS TALIAN YANG DIBOLEHKAN
Tick Rayuan tambahan bagi pemohon yang lulus BSH 2019 tetapi ingin membuat rayuan untuk tambahan anak sahaja
Tick Rayuan untuk permohonan tidak lulus BSH 2019 dengan kod/alasan tidak lulus seperti berikut:
Kod Tidak Lulus Alasan Tidak Lulus
05 Pihak agensi telah mendapati bahawa jumlah pendapatan pemohon/ pasangan telah melebihi RM4,000
06 Pihak agensi telah mendapati bahawa jumlah pendapatan pemohon/ pasangan adalah telah melebihi RM4,000 termasuk dengan perniagaan
08 Telah didapati bahawa pemohon telah berdaftar sebagai pemegang saham/ pengarah syarikat/ perkongsian liabiliti terhad
09 Telah didapati bahawa pasangan berdaftar sebagai pemegang saham/ pengarah syarikat/ perkongsian liabiliti terhad
38 Pihak agensi telah mendapati pemohon tidak menetap di Malaysia/ bekerja/ belajar di luar negara
Abjad-B PERMOHONAN RAYUAN BSH 2019 SECARA HADIR KE LHDNM (MANUAL)
Bagi pemohon yang tidak lulus permohonan BSH 2019 dan tidak boleh membuat permohonan rayuan secara online, pemohon perlu hadir ke mana-mana cawangan LHDNM dengan membawa dokumen sokongan mengikut kod alasan tidak lulus seperti yang dinyatakan dalam pautan berikut:
Klik-Link Sebab-Sebab Permohonan BSH 2019 Tidak Lulus dan tindakan
BORANG PERMOHONAN RAYUAN BSH 2019
Sila layari pautan di bawah untuk mendapatkan borang permohonan rayuan BSH 2019:

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN RAYUAN BSH 2019

Klik-Link Dalam-Proses
Nota Pautan borang akan dikemaskini
SYARAT UMUM KELAYAKAN PERMOHONAN BSH 2019
Tick Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
Tick Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
Tick Pasangan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/ MyKAS)
Tick Pasangan BUKAN WARGANEGARA Malaysia dan mempunyai anak Warganegara Malaysia (MyKad/ MyKid)
Tick Hubungan anak mestilah:-
bullet-point a) anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja dan
bullet-point b) Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/ MyKid) sahaja dan
bullet-point c) Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan dan
bullet-point d) 18 tahun dan ke bawah atau
bullet-point e) 19 tahun dan ke atas :
bullet-point belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta atau
bullet-point Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
 Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019, sila lihat FAQ yang disediakan atau hubungi:
Sekretariat BSH,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.
Tick Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 – BSHR (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
Tick Hotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
Tick E-mel Rasmi: bsh@treasury.gov.my
Tick Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup 2019 di pautan URL https://bsh.hasil.gov.my/
Close