Menu Bola

Panduan puasa sunat Hari Arafah dan Tarikh Berpuasa Di Malaysia

09:56 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 25 October 2018 jam 12:54 PM oleh GC.editor

Hari Arafah merujuk kepada hari di mana umat islam yang sedang menunaikan ibadah haji melakukan salah satu daripada rukun haji iaitu wukuf di Arafah. Hari Arafah jatuh pada 9 zulhijjah dan jemaah haji akan berkumpul di padang arafah dan mendengar khutbah sebelum menunaikan solat zohor dan asar. Di samping itu, jemaah akan banyakkan berzikir berdoa kerana doa amat mustajab ketika itu. Para jemaah akan berada di Arafah sehingga terbenam matahari.

Nama arafah diambil bersenpena dengan nama sebuah bukit yang terletak sekitar kawasan Mekkah, Bukit Arafah. Diriwayatkan Nabi Adam a.s dan isterinya Hawa telah bertemu di Arafah setelah diturunkan ke bumi. Nabi Adam dan isterinya Hawa telah terpisah selama 40 tahun dan akhirnya bertemu kembali di gunung arafah. Bertahun mereka mohon keampunan akhirnya Allah terima permohonan mereka.

Bagi umat islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, disunatkan untuk kita berpuasa pada hari tersebut seperti yang telah diriwayatkan dalam hadis Puasa hari Arafah, ku mengharap agar Allah SWT mengampuni dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya,” – Riwayat Muslim.

LAFAZ NIAT PUASA ARAFAH DAN TARIKH

Bagi memudahkan umat islam, berikut dikongsikan lafaz niat puasa arafah, tarikh dan lain-lain info berguna untuk panduan kita semua:

GC Icon
Niat puasa sunat Hari Arafah dan Tarikh Berpuasa
TARIKH PUASA ARAFAH
HijrahMasihi
9 Zulhijjah 1439
21 Ogos 2018
Selain berpuasa, umat islam amat digalakkan untuk berdoa dan berzikir kerana ia merupakan waktu yang mustajab. Berikut antara fadhilat puasa arafah:
NotaMendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah
NotaMenghapuskan dosa setahun lalu dan setahun akan datang
PERSOALAN
Puasa Hari Arafah Ikut Tarikh Di Mekah (Arab Saudi) Atau Malaysia?
Idea TipsMenurut pendapat umum ulama, sebaiknya berpuasa sunat Arafah mengikut tarikh 9 Zulhijjah di Malaysia
BACAAN NIAT PUASA SUNAT HARI ARAFAH
puasa arafah
Tiada niat yang khusus untuk berpuasa di hari arafah ini. Namun berikut dikongsikan antara niat yang boleh digunakan untuk berpuasa di hari arafah:
No 1Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Arafah kerana Allah Ta’ala
No 2Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Ta’ala