Semakan keputusan PSPM 2019/2020 PST PDT Matrikulasi

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Matrikulasi merupakan pusat pengajian di bawah kelolaan Kementrian Pendidikan Malaysia yang menyediakan pengajian pra-universiti untuk mempersiapkan pelajar untuk ke peringkat ijazah. Program ini terbuka kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sehingga kini, ramai graduan dari universiti terkemuka tempatan merupakan bekas pelajar lepasan matrikulasi.

Terdapat dua program yang disediakan di matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pertama Program Satu Tahun (PST) di mana program ini mempunyai dua semester pengajian. Manakala Program Dua Tahun (PDT) pula mempunyai empat semester pengajian. Terdapat tiga kursus yang pelajar boleh pilih iaitu kursus sains hayat, sains fizikal dan perakaunan. Pelajar perlu menduduki peperiksaan semester yang diadakan dan mendapat keputusan yang cemerlang bagi menempatkan diri di universiti awam untuk peringkat ijazah.

Pelajar perlu mengekalkan keputusan yang baik sepanjang pengajian. Keputusan yang terbaik adalah dengan memperoleh gred PNGK 4.00. Namun jika pelajar berjaya memperoleh gred PNGK 3.00 dan ke atas dan berjaya konsisten sepanjang pengajian itu sudah memadai.

CARA MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN PSPM PEPERIKSAAN MATRIKULASI PST PDT SESI 2019-2020

Semua pelajar matrikulasi akan menduduki Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). Justeru itu, bagi memudahkan pelajar dan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan terdapat beberapa cara untuk berbuat demikian.

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan peperiksaan bagi kedua dua program iaitu PST dan PDT:

GC Icon
Keputusan PSPM
HEBAHAN KEPUTUSAN PSPM SESI 2019-2020 (CALON PSPM SEMESETER II & IV)
TARIKHJAM
20 Mei 2020 (Rabu)
1001 Pagi
CARA MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PSPM MATRIKULASI
Berikut merupakan cara-cara membuat semakan untuk calon PST dan PDT Semester II & IV sesi 2019-2020:
SEMAKAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)
TickSila klik pautan berikut dan masukkan no kad pengenalan: Aplikasi semakan keputusan peperiksaan Matrikulasi online
SEMAKAN DI KOLEJ MASING-MASING
TickKeputusan boleh diperoleh melalui edaran slip peperiksaan
SEMAKAN MELALUI PANGGILAN TELEFON
TickPelajar boleh menghubungi kolej masing-masing untuk membuat semakan atau menghubungi Sektor Pengurusan Peperiksaan, Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4083
SEMAKAN MELALUI SMS
TickMOE<jarak>MAK<jarak>NoKP& SMS ke 15888
MAKLUMAT LANJUT 
Calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan mereka boleh berbuat demikian dengan merujuk kepadaPanduan Proses Semakan Semula Dan Borang Semak Semula PSPM PST PDT Matrikulasi
No 1Proses Semakan Semula adalah dilaksanakan selepas pengumuman rasmi keputusan dan kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti dalam syarat/peraturan
No 2Semester 1, borang permohonan dihantar melalui kolej manakala untuk Semester 2, borang permohonan dihantar terus ke Bahagian Matrikulasi KPM
Close