Proses Verifikasi BSH 2019 Dan Senarai Semak Dokumen
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Setelah parti Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14, Perdana Menteri dalam sidang media berkata kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan kewangan yang dahulunya diberi nama Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Namun nama BR1M akan digantikan dengan Bantuan Sara Hidup (BSH). Cara pembayaran BSH sama seperti BR1M dimana wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima. Sedikit penambah baikkan adalah dengan mensasarkan bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
BSH fasa 1 telah dikreditkan ke akaun penerima pada 28 Januari 2019 lalu. Disebabkan proses tapisan nama penerima mengambil masa yang lama maka kerajaan telah menggunakan sistem dan nama penerima bantuan dari kerajaan terdahulu. Namun pemberian BSH fasa 2 dan fasa 3 kerajaan akan menggunakan sistem baharu dengan penerima yang telah ditapis berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan.
Permohonan baru boleh dilakukan bermula 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019. Kemaskini juga boleh dilakukan pada tarikh yang sama di menu MyBSH. Permohonan baharu akan melalui proses verifikasi yang lebih ketat bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan sasaran. Semakan syarat kelayakan boleh didapati di laman sesawang rasmi BSH. Untuk mendapatkan maklumat lanjut pemohon boleh membuat panggilan di talian bebas tol di talian 1-800-88-2747
PROSES VERIFIKASI BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT (BSH) DAN SENARAI SEMAK DOKUMEN TAHUN 2019
Berikut merupakan proses verifikasi untuk setiap pemohon yang membuat permohonan. Turut disertakan adalah senarai semak dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan:
![]() |
PROSES VERIFIKASI BSH 2019 |
Setiap permohonan BSH akan ditapis / disemak bagi penentuan kelayakan dengan agensi-agensi berikut :- |
![]() |
SENARAI SEMAK DOKUMEN BSH 2019 |
![]() |
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN |
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019, sila rujuk kepada FAQ (Soalan Lazim) yang disediakan atau hubungi: |
Sekretariat BSH, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya. |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |