Cara Semak Tracking Pos Laju Online Dan SMS

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Perkhidmatan pos Malaysia telah diperkenalkan sejak awal tahun 1800-an lagi. Kemudian ianya telah diswastakan pada tahun 1990. Pos Malaysia memberikan perkhidmatan mel eksklusif ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sejak penubuhannya Pos Malaysia telah menghubungkan rakyat Malaysia dengan pesanan mel yang dikirim kepada kenalan. Ada juga atas urusan rasmi yang memerlukan penghantaran surat rasmi terus kepada penerima. Dan yang terbaru, perkhidmatan pos juga digunakan untuk perniagaan online menghantar produk mereka kepada pelanggan.

Pelbagai barangan yang boleh dihantar menggunakan sistem pos Malaysia ini. Pelanggan hanya perlu pergi ke kaunter untuk mengisi borang dan perlu melalui beberapa proses seperti timbang barang. Pelanggan perlu membayar mengikut berat barang yang hendak dipos. Sebarang maklumat lanjut berkenaan harga yang perlu dibayar boleh layari laman sesawang rasmi pos laju.

Bagi memudahkan pelanggan, pihak pos laju telah menyediakan satu sistem untuk menyemak keberadaan barang yang dipos secara atas talian (online). Perkhidmatan ini amat memudahkan pelanggan kerana tidak perlu pergi ke kaunter atau perlu membuat panggilan ke pejabat pos hanya untuk mengetahui status barangan mereka. Pelanggan hanya perlu membuat semakan secara online dan jika ada masalah boleh bertanya terus di pejabat pos berkaitan.

CARA SEMAK TRACKING POS LAJU MALAYSIA SECARA ONLINE (TRACK & TRACE)

Terdapat beberapa cara untuk membuat semakan tracking pos laju. Kami akan kongsikan cara-cara sebagai panduan anda semua dan memudahkan untuk membuat semakan status barangan anda:

GC Icon
Semakan tracking pos laju
CARA SEMAK TRACKING POS LAJU
Semakan Online
No 1Masukkan nombor tracking kurier pada aplikasi tracking and trace tanpa menjarakkan nombor
No 2Tekan butang track untuk membuat semakan
No 3Status penghantaran boleh dilihat dengan klik pada tracking number. Maklumat barang anda boleh didapatkan daripada aplikasi ini
No 4Anda boleh menyemak 15 tracking number pada satu-satu masa
No 5Pautan aplikasi tracking and trace adalah seperti di bawah:
Klik LinkPOS LAJU TRACK & TRACE
Semakan SMS
Semakan juga boleh dilakukan secara SMS. Caj akan dikenakan untuk setiap mesej yang dihantar. Berikut adalah contoh SMS yang boleh dihantar:
Taip PL<jarak>(Tracking Number) dan hantar ke 33333
Semakan Melalui Facebook
Pegawai perkhidmatan pelanggan akan membantu mendapatkan status barang anda. Sila private message di laman facebook pos laju pada waktu berkerja dari Hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 830 pagi hingga 530 petang. Sila layari pautan di bawah:
Klik LinkLaman facebook pos laju
Semakan Melalui Pos Malaysia Mobile Apps
Kaedah paling terbaru adalah dengan muat turun di google play store di pautan berikut:
Klik LinkGoogle play store
PERKHIDMATAN POS LAJU
Penghantaran pantas hari sama
Pos Ekspres
Pos Parcel
Pos Laju Pack
On-Demand Pick-up
Masa Perkhidmatan tertentu
Penghantaran Hari Seterusnya
ADUAN BARANG ROSAK/ HILANG/ LEWAT
Sekiranya terdapat masalah seperti kehilangan, kerosakan atau kelewatan pada barang anda, boleh membuat aduan dengan cara di bawah:
No 1Hubungi perkhidmatan pelanggan di talian 1 300 300 300 (panggilan tempatan), atau +603 2727 9100 (panggilan antarabangsa)
No 2Hantarkan email ke care@pos.com.my
Close