Menu Bola

Piala AFF Suzuki 2018 keputusan jadual carta kedudukan Malaysia

00:42 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 17 November 2018 jam 10:07 PM oleh GC.editor

Pada tahun ini, negara kita telah di undi dalam kumpulan A untuk kejohanan bola sepak Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) edisi ke-12.

Skuad negara yang dikendalikan oleh jurulatih Tan Cheng Hoe berjaya mengelakkan diri daripada di undi dalam kumpulan maut. Ini bermakna ada sinar awal yang boleh kita harapkan.

Undian tersebut telah dilakukan di Jakarta pada 2 Mei 2018. Bersama-sama dengan Malaysia dalam kumpulan A adalah juara 2008 iaitu Vietnam serta negara lain seperti Myanmar, Laos dan Kemboja.

Dalam kumpulan B pula, juara bertahan Thailand dan naib juara dua tahun lalu iaitu Indonesia akan bertemu dengan empat lagi negara iaitu Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Leste. Kumpulan B ini dilihat cukup sengit.

Edisi ini juga akan menyaksikan sistem round-robin iaitu setiap pasukan akan beraksi dua perlawanan di gelanggang sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan terlebih dahulu sebelum dua pasukan teratas dari kedua-dua kumpulan layak ke peringkat separuh akhir secara timbal balik.

Pada tahun ini, terdapat perbezaan dari segi format, Piala AFF Suzuki edisi kali ini akan melibatkan 10 pasukan ASEAN berbanding lapan pasukan sebelum ini. Negara yang berada di ranking ke-10 dan ke-11 iaitu Brunei dan Timor Leste akan beraksi dalam perlawanan play-off untuk satu slot ke peringkat seterusnya.

Pada edisi 2016, Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan apabila mencatat keputusan satu kemenangan dan mengalami dua kekalahan. Sebagai rekod, Malaysia hanya muncul juara Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 di mana ketika itu skuad Harimau Malaysia di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal.

PIALA AFF SUZUKI 2018 KEPUTUSAN JADUAL CARTA KEDUDUKAN PERLAWANAN MALAYSIA

Kami akan kongsikan semua maklumat berkaitan keputusan berdasarkan keputusan rasmi perlawanan. Kami juga akan mengemaskini kedudukan carta dan jadual terkini AFF Suzuki Cup 2018 pada hari perlawanan yang telah dijadualkan.

Jika Malaysia layak ke separuh akhir, perlawanan dijadualkan berlangsung secara timbal balik pada 1 hingga 6 Disember. Negara kita akan berhadapan dengan juara atau naib juara dari Kumpulan B. Aksi Final pula dijadualkan pada 11 dan 15 Disember 2018.

AFF Suzuki Cup LogoAFF SUZUKI CUP 2018
aff cup
SENARAI PASUKAN AFF SUZUKI CUP 2018
Kumpulan AKumpulan B
Vietnam AFF Suzuki CupVietnamThailand AFF Suzuki CupThailand
Malaysia AFF Suzuki CupMalaysiaIndonesia AFF Suzuki CupIndonesia
Myanmar AFF Suzuki CupMyanmarPhilippines AFF Suzuki CupPhilippines
Cambodia AFF Suzuki CupCambodiaSingapore AFF Suzuki CupSingapore
Laos AFF Suzuki CupLaostimor leste AFFTimor Leste
AFF Suzuki Cup Logo JADUAL DAN KEPUTUSAN KEDUDUKAN CARTA KUMPULAN A
TarikhMasaTuan RumahKeputusanPelawat
08 Nov7.30 PMCambodiaCambodia AFF Suzuki Cup0 – 1Malaysia AFF Suzuki CupMalaysia
08 Nov8.30 PMLaosLaos AFF Suzuki Cup0 – 3Vietnam AFF Suzuki Cup 1Vietnam
12 Nov8.45 PMMalaysiaMalaysia AFF Suzuki Cup3 – 1Laos AFF Suzuki CupLaos
12 Nov7.30 PMMyanmarMyanmar AFF Suzuki Cup4 – 1Cambodia AFF Suzuki CupCambodia
16 Nov8.30 PMLaosLaos AFF Suzuki Cup1 – 3Myanmar AFF Suzuki CupMyanmar
16 Nov8.30 PMVietnamVietnam AFF Suzuki Cup2 – 0Malaysia AFF Suzuki CupMalaysia
20 Nov7.30 PMMyanmarMyanmar AFF Suzuki CupVietnam AFF Suzuki CupVietnam
20 Nov7.30 PMCambodiaCambodia AFF Suzuki CupLaos AFF Suzuki CupLaos
24 Nov8.30 PMVietnamVietnam AFF Suzuki CupCambodia AFF Suzuki CupCambodia
24 Nov8.30 PMMalaysiaMalaysia AFF Suzuki CupMyanmar AFF Suzuki CupMyanmar
PasukanBPMSKJGGBPGMt
Myanmar AFF Suzuki CupMyanmar220072+56
Vietnam AFF Suzuki CupVietnam220050+56
Malaysia AFF Suzuki CupMalaysia320143+16
Cambodia AFF Suzuki CupCambodia200215-40
Laos AFF Suzuki CupLaos300329-70
AFF Suzuki Cup Logo JADUAL DAN KEPUTUSAN KEDUDUKAN CARTA KUMPULAN B 
TarikhMasaTuan RumahKeputusanPelawat
09 Nov8.00 PMSingapuraSingapore AFF Suzuki Cup1 – 0Indonesia AFF Suzuki CupIndonesia
09 Nov7.00 PMTimor Lestetimor leste AFF0 – 7Thailand AFF Suzuki CupThailand
13 Nov7.00 PMIndonesiaIndonesia AFF Suzuki Cup3 – 1timor leste AFFTimor Leste
13 Nov8.00 PMFilipinaPhilippines AFF Suzuki Cup1 – 0Singapore AFF Suzuki CupSingapura
17 Nov8.00 PMTimor Lestetimor leste AFF2 – 3Philippines AFF Suzuki CupFilipina
17 Nov6.30 PMThailandThailand AFF Suzuki Cup4 – 2Indonesia AFF Suzuki CupIndonesia
21 Nov7.30 PMFilipinaPhilippines AFF Suzuki CupThailand AFF Suzuki CupThailand
21 Nov7.30 PMSingapuraSingapore AFF Suzuki Cuptimor leste AFFTimor Leste
25 Nov7.00 PMThailandThailand AFF Suzuki CupSingapore AFF Suzuki CupSingapura
25 Nov7.00 PMIndonesiaIndonesia AFF Suzuki CupPhilippines AFF Suzuki CupFilipina
PasukanBPMSKJGGBPGMt
Thailand AFF Suzuki CupThailand2200112+96
Philippines AFF Suzuki CupPhilippines220042+26
Singapore AFF Suzuki CupSingapore210111+03
Indonesia AFF Suzuki CupIndonesia310256-13
timor leste AFFTimor Leste3003313-100
AFF Suzuki Cup Logo SEPARUH AKHIR PIALA AFF SUZUKI 2018
TarikhMasaTuan RumahKeputusanPelawat
Separuh Akhir Pertama
01 Dec.A1B2
02 Dec.B1A2
Separuh Akhir Kedua
05 Dec.B2A1
06 Dec.A2B1
AFF Suzuki Cup Logo FINAL PIALA AFF SUZUKI 2018
TarikhMasaTuan RumahKeputusanPelawat
Final Pertama
11 Dec.SF1SF2
Final Kedua
15 Dec.SF2SF1
AFF Suzuki Cup Logo KEPUTUSAN AGGREGATE PERINGKAT KALAH MATI PIALA AFF SUZUKI 2018
Separuh AkhirFinal
A2
B1
B2
A1
AFF Suzuki Cup LogoKEPUTUSAN KEDUDUKAN AKHIR PASUKAN JUARA PIALA AFF SUZUKI 2018
KedudukanPasukan
No 1Juara
No 2Naib Juara