Permohonan kemasukan ke program Matrikulasi 2020/2021 Online

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dan berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke kolej matrikulasi boleh berbuat demikian dengan melayari laman sesawang rasmi mereka. Program matrikulasi merupakan satu program pra-universiti di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk pelajar lepasan SPM. Graduan daripada program ini berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah di universiti awam jika keputusan mereka menepati syarat minima yang ditetapkan.

Kolej matrikulasi kini telah banyak perubahan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. KPM telah menaik taraf sistem pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih sistematik. Kemudahan untuk pelajar juga telah ditambah baik bagi memastikan kebajikan pelajar terjaga. Kolej matrikulasi juga telah banyak dibina diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi menarik minat belia dalam negara untuk menimba ilmu.

Untuk pengetahuan semua, terdapat dua program yang ditawarkan di kolej matrikulasi iaitu program satu tahun dan program dua tahun. Bagi pelajar yang berminat, anda dinasihatkan untuk membuat semakan syarat kemasukan terlebih dahulu. Pemohon perlu membuat kajian yang teliti sebelum membuat keputusan kerana sijil lepasan matrikulasi tidak boleh digunakan untuk tujuan mencari pekerjaan. Ia hanya boleh digunakan untuk kemasukan ke universiti awam di peringkat ijazah.

PERMOHONAN MATRIKULASI 2020-2021

Permohonan kemasukan ke kolej matrikulasi semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar kini. Oleh itu, bagi memudahkan pemohon kami kongsikan beberapa info penting tentang permohonan kemasukan ke matrikulasi. Sila rujuk jadual di bawah untuk info lanjut:

GC-Icon
Permohonan-ke-matrikulasi
Nota  Mulai Sesi Akademik 2020/2021, lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi KPM hendaklah melengkapkan pendaftaran permohonan menerusi sistem UPUOnline yang dibuka pada bulan Oktober hingga Disember 2019. Maklumat penting berkaitan pendaftaran permohonan UPUOnline adalah seperti berikut: 
TARIKH PENDAFTARAN PERMOHONAN UPU Online
Dibuka Ditutup
21 Oktober 2019
31 Disember 2019
Berikut dikongsikan pautan pendaftaran UPU Online: 
Klik-Link Pendaftaran UPUOnline
Pendaftaran Hanya Terbuka Kepada:
Tick Calon yang menduduki peperiksaan SPM Tahun 2019, 2018 & 2017
Tick Calon yang menduduki peperiksaan STPM Tahun 2019 sahaja
Tick Calon tahun akhir Maktrikulasi/Pasum/Asasi
Tick Calon yang menduduki peperiksaan STAM Tahun 2019 & 2018
No. unik ID BSN masih diperlukan semasa permohonan pada Bulan Februari /Mac 2020 iaitu semasa pemilihan program. Penjualan No.Unik ID bagi Permohonan kemasukan yang akan dimaklumkan kemudian. 
Berikut dikongsikan manual pengguna yang disediakan untuk pemohon spm dan pemohon STPM:
Klik-Link Manual Pendaftaran UPU SPM
Klik-Link Manual Pendaftaran UPU STPM
MAKLUMAT PENTING PENDAFTARAN PERMOHONAN UPU ONLINE
No-1 Pemohon hanya perlu mengisi maklumat peribadi sahaja
No-2 Pembelian N0. Unik ID tidak diperlukan, pemohon hanya perlu daftar dan login
No-3 Pemohon boleh menyemak program-program yang ditawarkan
No-4 Tarikh permohonan UPUOnline untuk lepasan diploma akan diumumkan pada bulan Februari 2020.
No-5 UPU Online akan dibuka semula utk permohonan pemilihan program dalam bulan Februari / Mac 2020
TARIKH PERMOHONAN MATRIKULASI
Buka Tutup
Februari 2020
April 2020
Tarikh di atas adalah tarikh rasmi seperti yang telah dimaklumkan oleh KPM. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KE MATRIKULASI
Nota  Berikut dikongsikan cara membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi pengambilan 2019/2020 sebagai rujukan. Sesi 2020/2021 akan dikemaskini dari semasa ke semasa
No-1 Pemohon perlu membeli no pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhargaRM10 untuk mengisi borang permohonan online.
No-2 Pemohon boleh membeli no pin sama ada di kaunter atau di mesin ATM. Setelah membuat pembayaran anda akan menerima resit yang tertera no pin untuk permohonan ke matrikulasi.
No-3 Kemudian sila layari laman sesawang seperti di bawah untuk membuat permohonan. Sila masukkan no kad pengenalan dan no pin pemohon.
No-4 Sila rujuk pautan di bawah untuk panduan mengisi borang permohonan secara online:
Klik-Link Panduan Mengisi Borang Online Ke Matrikulasi
SISTEM PERMOHONAN MATRIKULASI ONLINE
alert-warning  Menurut hebahan terkini daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi KPM sesi 2020/2021 adalah melalui sistem UPUOnline. Oleh itu, para pelajar lepasan SPM yang menepati kriteria kelayakan boleh membuat permohonan di portal rasmi BPKA seperti berikut:
Matrikulasi-2021-UPUOnline
No-1  Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKA), Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM akan mengendalikan permohonan kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2020/2021
No-2  Disebabkan itu, cara permohonan diubah dari sistem PMI ke sistem UPUOnline di portal rasmi BPKA
No-3  Sebarang hebahan atau makluman lanjut berkaitan permohonan Program Matrikulasi KPM boleh diperolehi daripada portal rasmi BPKA
SYARAT KEMASUKAN KE MATRIKULASI
Pautan di bawah merupakan syarat kemasukan ke matrikulasi mengikut program satu tahun dan dua tahun. Pemohon dinasihatkan membuat semakan syarat kemasukan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Sila layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
Klik-Link Syarat Permohonan Ke Matrikulasi 2020-2021
permohonan-kemasukan-ke-matrikulasi
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan cara berikut:
Klik-Link https://www.moe.gov.my
No telefon: 03-8884 4083/4036/4040
Close