Permohonan Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan sebuah badan berkanun yang diberi kepercayaan untuk mentadbir pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan di sektor awam. LPPSA telah berkuatkuasa bermula pada 1 Januari 2016 yang dahulu dikenali dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

LPPSA merupakan satu-satunya agensi yang memberi kemudahan pinjaman perumahan kerajaan dan mempunyai aliran kewangan yang baik dan mempunyai kedudukan kredit yang kukuh aliran tunai.

LPPSA mampu menyediakan bantuan khas untuk kakitangan awam yang menyimpan hajat untuk membeli dan memiliki rumah sendiri yang berharga sehingga RM 750,000. Beberapa penambah baikkan yang telah dilakukan oleh LPPSA setelah pembentangan bajet 2018 bertarikh 27 Oktober 2018. Antaranya memperkenalkan inisiatif baru bagi memudahkan pemohon untuk membuat pinjaman membeli rumah berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Inisiatif yang diperkenalkan oleh LPPSA adalah memasukkan yuran guaman bersama pembiayaan dan juga membenarkan pembiayaan perumahan secara bersama dengan isteri atau anak.

Ini merupakan langkah yang baik daripada kerajaan bagi menyediakan penjawat awam sekurang-kurangnya satu rumah sendiri. Dengan peningkatan kos membeli rumah yang drastik sejak beberapa tahun ini terutama di bandar-bandar besar di Malaysia, pembiayaan daripada LPPSA sedikit sebanyak dapat membantu kakitangan awam untuk membeli sebuah rumah untuk mereka berteduh. Usaha ini harus diteruskan dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Permohonan kini boleh dilakukan secara atas talian berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

PERMOHONAN LPPSA PEMBIAYAAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN ONLINE (KAKITANGAN AWAM)

GC-Icon
Permohonan-Pembiayaan-Pinjaman-Perumahan-Kerajaan-LPPSA
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN LPPSA
Pemohon mestilah :-
No-1 Anggota Pentadbiran Persekutuan
No-2 Ahli Parlimen/ Hakim
No-3 Anggota Pentadbiran Negeri / Ahli Fewan Undangan Negeri
No-4 Badan-Badan Berkanun
No-5 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
No-6 Kerajaan Negeri/ Anggota Perkhidmatan Awam
No-7 Anggota Polis/ Tentera
PERMOHONAN ONLINE PEMBIAYAAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN LPPSA
Sila layari pautan di bawah untuk membuat permohonan pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan LPPSA:

PERMOHONAN BARU PEMBIAYAAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

No-1  Lengkapkan maklumat yang diperlukan. Maklumat yang bertanda * adalah wajib diisi
No-2  Pastikan anda lengkapkan maklumat dengan tepat dan benar
No-3  Klik butang daftar untuk membuat pendaftaran baru
No-4  Jika pendaftaran berjaya, mesej ‘pendaftaran telah berjaya’ akan dipaparkan di skrin
No-5  Untuk pendaftaran bersama suami/isteri kedua-dua pemohon perlu mebuat pendaftaran ID berasingan
LOG MASUK PORTAL DAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN LPPSA
Sila layari pautan di bawah untuk membuat log masuk ke portal pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan LPPSA dan membuat permohonan pembiayaan:

LOG MASUK PORTAL PEMBIAYAAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

No-1  Lengkapkan no kad pengenalan baru yang telah didaftarkan
No-2 Masukkan kata laluan seperti yang telah didaftarkan dan tekan butang masuk
No-3 Untuk memohon pinjaman baru, anda perlu menyemak kelayakan pinjaman terlebih dahulu dengan tekan menu permohonan pinjaman
No-4 Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan tekan butang ‘seterusnya’ untuk membuat semakan kelayakan
No-5 Jika layak sila tekan kemaskini untuk mengemaskini maklumatatau tekan ‘permohonan’ untuk meneruskan permohonan
JENIS PEMBIAYAAN
No-1 Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Yang Telah Siap
No-2 Membuat rumah di atas tanah sendiri
No-3 Membeli rumah atau petak kediaman dalam pembinaan
No-4 Membeli Tanh Dengan Tujuan Membian Rumah
No-5 Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada Bank/ Institusi Kewangan
No-6 Membuat rumah di atas tanah yang di beli melalui Pinjaman BPP/ LPPSA
No-7 Membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman
AMAUN KELAYAKAN PEMBIAYAAN
Bil Pendapatan Bersih (RM) Kelayakan Maksimum (RM)
1 6,500 ke atas 750,000
2 6,000 720,000
3 5,700 680,000
4 5,500 650,000
5 5,000 600,000
6 4,700 560,000
7 4,500 540,000
8 4,300 510,000
9 4,000 470,000
10 3,800 450,000
11 3,500 420,000
12 2,900 340,000
13 2,300 270,000
14 Sehingga 1,700 200,000
No-1 Pembiayaan Pertama: Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.
No-2 Pembiayaan Kedua: Ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.
KALKULATOR PEMBIAYAAN LPPSA
Klik-Link Kalkulator Pengiraan Kelayakan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
PENENTUAN AMAUN KELULUSAN PEMBIAYAAN
No-1 Harga Hartanah
No-2 Penilaian Oleh Jabatan Peniaian Dan Perkhidmtana Harta (JPPH)
No-3 Amaun yang dipohon
No-4 Kelayakan Maksima Pemohon
KEISTIMEWAAN PINJAMAN LPPSA
No-1 Pinjaman perumahan sehingga 100% pembiayaan
bullet-point Pinjaman LPPSA: Jika harga rumah berharga RM 300,000 jumlah pembiayaan adalah pada harga sama
bullet-point Pinjaman Bank: Pemohon perlu membayar sejumlah wang lagi kerana maksimum pembiayaan adalah 90% sahaja
No-2 Kadar faedah yang tetap iaitu 4%
bullet-point Pinjaman LPPSA: Kadar faedah adalah 4% setahun
bullet-point Pinjaman bank: Kadar faedah adalah 4% hingga 7% bergantung kepada harga rumah. Semakin tinggi harga rumah makin rendah kadar faedah yang dikenakan
No-3 Tempoh pinjaman
bullet-point Pinjaman LPPSA: Tempoh pinjaman untuk rumah pertama adalah 30 tahun, rumah kedua adalah 25 tahun dan boleh buat pinjaman untuk tujuan perumahan sehingga usia peminjam mencecah 90 tahun
bullet-point Pinjaman bank: Pinjaman adalah selama 35 tahun pinjaman boleh dibuat peminjam sehingga peminjam berusia 75 tahun
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
 Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan permohonan pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan sila rujuk di bawah:
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Kompleks Kementerian Kewangan,
No.9, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya
Tick Hotline: 03 – 8880 1600
Tick Hotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
Klik-Link Laman Sesawang Rasmi LPPSA
Klik-Link Panduan Permohonan Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan
Close