Menu Bola

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2019 SPA Sijil Dan Diploma

15:34 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 6 February 2019 jam 10:29 PM oleh GC.editor

Latihan separa perubatan adalah satu program yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kursus sijil atau diploma. Lepasan program ini akan diserap menjadi pegawai kerajaan dalam bidang yang akan ditawarkan berdasarkan kursus yang dijalani. Program ini terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur dari 17 hingga 25 tahun. Oleh itu, siapa yang berminat untuk mengisi kekosongan pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) digalakkan memohon.

Untuk pengetahuan semua, program ini terdapat dua ambilan iaitu pada Januari dan Julai bagi sesi 2019. Bagi mereka yang berminat boleh membuat permohonan dengan kadar segera. Hal ini kerana pengambilan adalah terhad dan bergantung pada kekosongan yang ada. Sebelum membuat permohonan anda digalakkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu bagi memudahkan urusan.

Program latihan separa perubatan ini menawarkan kursus peringkat diploma yang akan berlangsung selama 3 tahun. Manakala untuk peringkat sijil peserta akan menjalani latihan dan pengajian selama 2 tahun. Pelatih akan mendapat elaun sepanjang kursus dijalankan dan segala kemudahan disediakan di Pusat Kolej Kesihatan di seluruh Malaysia. Selepas tamat latihan peserta akan menduduki ujian untuk diserap masuk ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

PERMOHONAN ONLINE LATIHAN SEPARA PERUBATAN 2019 BERTARAF DIPLOMA/ SIJIL (SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA)

Bagi memudahkan semua, kami kongsikan beberapa info-info penting tentang latihan separa perubatan. Antara yang akan kami kongsikan adalah tarikh tutup permohonan, syarat kelayakan dan cara membuat permohonan. Semoga dapat membantu mereka yang berminat:

GC Icon
Permohonan Latihan Separa Perubatan 1
PERMOHONAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN 2019
TutupJam
6 Februari 2019
11:59 malam
Julai
TutupJam
Dalam Proses
Dalam Proses
Calon yang sudah mendaftar bagi jawatan yang diiklankan tidak perlu membuat permohonan lagi. Tetapi hendaklah dipastikan permohonan tersebut masih lagi dalam tempoh sah laku iaitu setahun daripada tarikh permohonan.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Berikut merupakan cara mudah untuk membuat permohonan. Sila layari dua pautan berikut:
Klik Linkhttps://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Klik Linkhttps://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
SYARAT KELAYAKAN MENGIKUTI KURSUS
TickPemohon perlu memiliki sekurang-kurangnya salah satu dari Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. pemohon perlu mendapat kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
TickKeutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/ Sains Tulen dan Matematik.
TickBerumur bermula daripada 17 tahun hingga 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA
No 1 JururawatNo 2Penolong Pegawai Perubatan
No 3Juruteknologi PergigianNo 4Jururawat (PSL)
No 5Penolong Pegawai FarmasiNo 6 Juruteknologi Makmal Perubatan
No 7Penolong Pegawai Kesihatan PersekitaranNo 8Juru X-ray
No 9Jurupulih Perubatan FisioterapiNo 10Jurupulih Perubatan Cara Kerja
No 11Juruterapi Pergigian
LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL
No 1Pembantu Kesihatan Awam
No 2Pembantu Pembedahan Pergigian
iklan latihan separa perubatan
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh dilakukan dengan cara berikut:
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA
Tel : 88856000
Klik LinkFacebook Rasmi SPA
Klik LinkLaman sesawang rasmi SPA