Permohonan KV Dan SMT 2020 Online

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Bagi sesebuah negara maju, kerajaan perlu untuk menyediakan pendidikan terbaik kepada rakyatnya bagi memastikan negara dapat melahirkan lebih ramai cendekiawan dan pakar dalam bidang-bidang tertentu. Oleh itu, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh Malaysia. Sekolah-sekolah ini dibina bertujuan untuk memberikan pendidikan yang berasaskan kemahiran kepada pelajar. Baru-baru ini, kerajaan telah menaik taraf sistem dan pendidikan di KV dan SMT. Fokus kerajaan sekarang lebih cenderung untuk memajukan sekolah berkemahiran kerana sedar akan tuntuan majikan yang mahu graduan yang kompeten untuk diserap ke industri.

Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak bagi menaik taraf KV dan SMT di seluruh Malaysia. Banyak pembaharuan telah dilakukan di mana kemudahan dan keselesaan pelajar diberi perhatian serius oleh pihak KPM. Antara kemudahan yang disediakan adalah kemudahan tempat belajar, bengkel dan perpustakaan setidak-tidaknya telah dibaik pulih untuk keselesaan pelajar. KPM berpandangan jika kemudahan asas di KV dan SMT di tahap yang terbaik secara tidak langsung akan melahirkan lebih ramai graduan yang berkualiti.

Oleh itu, bagi mereka yang berminat dan ingin menjadi sebahagian daripada warga KV atau SMT anda boleh membuat permohonan kemasukan. Perlu diingatkan pelajar yang berminat perlu membuat semakan kelayakan kemasukan terlebih dahulu bagi memudahkan urusan anda. Jika anda berminat dan layak, anda digalakkan untuk membuat permohonan dengan cara yang telah ditetapkan.

PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) ONLINE AMBILAN TAHUN 2020

Berikut kami kongsikan cara-cara membuat permohonan kemasukan ke KV dan SMT untuk ambilan tahun 2020 bagi memudahkan para pemohon. Permohonan boleh dilakukan secara online bagi memudahkan anda. Terdapat juga beberapa info lain yang berguna untuk pemohon seperti maklumat di bawah:

GC Icon
permohonan KV dan SMT
TARIKH PERMOHONAN KV DAN SMT & PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)
BukaTutup
15 Oktober 2019 
23 Disember 2019
NotaTarikh yang tepat akan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas pengumuman dari Portal Rasmi KPM
MAKLUMAT PROGRAM KV DAN SMT
No 1 Program KV dan SMT – Murid Lepasan Tingkatan 3 yang menduduki PBS / PAV :
i. Program KV (menjurus kepada Diploma) di KV / ILKA / ILKS
ii. Sekolah Menengah Teknik (SPM)
iii. Program Kemahiran/Apprenticeship di KV/WISDEC/GIATMARA
No 2Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan 1 – Murid Lepasan UPSR
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KV DAN SMT
Permohonon kemasukan program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan Januari tahun 2020 adalah percuma bermaksud pelajar tidak perlu membuat pembelian nombor pin.
Permohonan perlu dibuat mengikut aliran murid atau pelajar Tingkatan 3 tahun 2019 melalui sistem aplikasi permohonan online.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan Sistem Aplikasi dalam talian eSPTV, Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Berikut merupakan pautan untuk membuat permohonan KV dan SMT dan cara untuk membuat permohonan:

PERMOHONAN ONLINE

Pastikan permohonan dibuat berdasarkan aliran murid tingkatan 3 2019
Masukkan nombor kad pengenalan anda
Sekiranya anda tidak dapat mengakses borang permohonan online, sila kemas kini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan maklumkan kepada pihak sekolah
Pemohon boleh dapatkan maklumat lengkap menerusi menu-menu yang terdapat pada Info Kemasukan
SYARAT AM KELAYAKAN PERMOHONAN KV DAN SMT 2020
Berikut merupakan syarat am kelayakan permohonan kemasukan ke KV dan SMT:
TickWarganegara Malaysia
TickTiada penyakit kronik
TickSihat tubuh badan
TickTingkatan 3 tahun 2019
KATEGORI ALIRAN MURID
Pelajar Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) – Aliran PAV
TickPelajar telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV
Syarat Umum Dan Syarat Khusus Program Kemahiran Di Kolej Vokasional / ILKA adalah seperti berikut:
TickWarganegara Malaysia
TickSihat tubuh badan
TickTiada masalah mental
TickBoleh membaca, menulis dan mengira
TickMestilah murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga
TickTiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
TickPelajar berminat dengan program dipohon
TickTidak rabun warna atau buta warna
TickUntuk calon yang memohon ke GIATMARA, calon mestilah berstatus Bumiputera
NotaSila klik pautan di bawah untuk muat turun info penting mengenai permohonan:
Klik LinkPanduan Permohonan PAV
Klik LinkSenarai Institusi Dan Kursus Yang Ditawarkan
Klik LinkInfo Kursus PAV
Klik LinkPersoalan Sering Ditanya (FAQ) Beserta Jawapan
Pelajar Lepasan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) : Aliran Perdana/ Akademik/ Agama
Pelajar yang menduduki PBS merangkumi 4 komponen iaitu:
TickPPsi : Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
TickPAJSK : Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
TickPT3 : Pentaksiran Pusat
TickPS : Pentaksiran Sekolah
NotaSila klik pautan di bawah untuk muat turun info penting mengenai permohonan:
Klik LinkSyarat Permohonan PBS
Klik LinkPanduan Permohonan PBS
Klik LinkSenarai Institusi Dan Kursus Yang Ditawarkan
Klik LinkInfo Kursus PBS
Klik LinkPersoalan Sering Ditanya (FAQ) Beserta Jawapan
Pelajar Yang Bersekolah Swasta/ Negeri Di Luar Kawalan KPM
Bagi Pelajar yang bersekolah di Sekolah Swasta/ Negeri Di Luar Kawalan KPM, sila lihat carta aliran dan langkah permohonan di bawah: 
Klik LinkCarta Alir & Borang Permohonan Murid Tingkatan 3 Tahun 2019 Di Sekolah Swasta / Yayasan Negeri / Agama Negeri / Persendirian / Sekolah Di Luar Kawalan KPM
TARIKH PENTING KEMASUKAN KE KV DAN SMT 2020
TarikhPerkara
15 Oktober 2019 – 23 Disember 2019Sistem aplikasi permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) akan dibuka dan ditutup. Tarikh RASMI
7 hingga 14 Januari 2020Sesi Temu Bual dan Pemilihan
20 Januari 2020 – 27 Januari 2020Pemohon boleh membuat semakan keputusan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT). Bagi murid Aliran Perdana, semakan tawaran bagi pemohon online di laman sesawang KPM· Bagi murid Aliran PAV, surat tawaran akan diserahkan kepada guru SMK PAV oleh KV yang terlibat
28 Januari 2020Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2019 (Aliran Perdana)
29 Januari hingga 28 Februari 2020Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2019 ke mana-mana KV/SMT/GIATMARA/WISDEC
11 Februari 2020Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2019 (Aliran PAV)
12 Februari hingga 28 Februari 2020Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2019 ke mana-mana KV/SMT/GIATMARA/WISDEC
MAKLUMAT LANJUT
Walk-in / rayuan bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid
Sebarang info lain yang berkaitan dengan KV dan SMT boleh hubungi serta layari pautan di bawah:
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV)

Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Hubungi 03-80008000 atau (u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)

Klik Linkhttps://sptv.moe.gov.my
Close