Permohonan IKM KKTM MJII 2020 Online

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah badan yang membantu bumiputra dalam memajukan taraf sosial dan ekonomi dalam kegiatan perdagangan dan perindustrian. MARA juga ada memberi bantuan dari segi pendidikan di mana telah banyak institusi pengajian diwujudkan di bawah kelolaan MARA. Bantuan kewangan juga diberikan kepada mereka yang layak jika berminat untuk melanjutkan pelajaran.

Antara institusi pendidikan di bawah kelolaan MARA (IPMa) adalah Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan MARA-Japan Industrial Institute (MJII). Tujuan utama penubuhannya adalah untuk melahirkan lebih ramai bumiputra yang berkemahiran tinggi untuk memenuhi kehendak industri kini. Bagi memenuhi hasrat dan aspirasi ini MARA telah mewujudkan 10 buah KKTM dan 14 buah IKM di seluruh Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, IKM menyediakan pendidikan di peringkat sijil manakala KKTM menawarkan pengajian di peringkat diploma. Kesemua institusi pengajian MARA telah mendapat pengiktirafan dan graduan boleh membina kerjaya setelah tamat pengajian di IKM, KKTM dan juga MJII. Bagi mereka yang berkelayakan anda akan mendapat bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian anda.

PERMOHONAN ONLINE IKM KKTM MJII 2020 TERKINI – SESI JANUARI

Permohonan kemasukan ke institusi pendidikan MARA adalah dibuka kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan mengikut sesi iaitu Januari dan Julai setiap tahun. Sehubungan itu, terdapat sesi pengambilan baharu iaitu sesi Oktober 2019. Bagi sesiapa yang berminat anda digalakan untuk membuat semakan cara membuat permohonan serta syarat kelayakan kemasukan terlebih dahulu sebelum memohon. Oleh itu, kami kongsikan beberapa info penting sebagai rujukan anda semua:

GC Icon
permohonan kemasukan IKM KKTM MJII
TARIKH PERMOHONAN KE IKM KKTM DAN MJII SESI MEI & JULAI 2020
BukaTutup
27 Februari 2020
22 April 2020
Tarikh di atas adalah untuk kemasukan kesemua IKM KKTM dan MJII 
TARIKH PERMOHONAN KE KKTM KUANTAN, LEDANG, PETALING JAYA DAN MJII BERANANG SESI OKTOBER 2020
BukaTutup
Dalam Proses
Dalam Proses
Tarikh di atas adalah untuk kemasukan ke MJII Beranang, KKTM Petaling Jaya, KKTM Ledang dan KKTM Kuantan sahaja
TARIKH PERMOHONAN KE IKM KKTM DAN MJII SESI JANUARI 2021
BukaTutup
Dalam Proses
Dalam Proses
Tarikh di atas adalah untuk kemasukan kesemua IKM KKTM dan MJII selain KKTM Kuantan, Ledang, Petaling Jaya dan MJII Beranang
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KE IKM KKTM MJII SESI JULAI 2020 DAN JANUARI 2021
NotaPermohonan perlu dilakukan secara atas talian melalui sistem aplikasi SPUPIM borang permohonan online Institusi pendidikan Mara (IPMa)
NotaPermohonan kemasukan bagi sesi Julai 2020 dan Januari 2021 adalah percuma tanpa pembelian no pin
NotaPengguna baru perlu mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan proses permohonan
SYARAT AM KELAYAKAN
Program SijilDiploma
No 1Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi lepasan SPM 2013 dan ke atas wajib lulus sejarahNo 1Lulus SPM atau setara  atau lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM)
No 2Warganegara MalaysiaNo 2Warganegara Malaysia
No 3BumiputraNo 3Bumiputra
No 4Tidak buta warnaNo 4Tidak buta warna
No 5Tiada masalah kesihatanNo 5Tiada masalah kesihatan
No 6Berumur 18-40 tahunNo 6Berumur 18-40 tahun
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui cara berikut:
Klik LinkPortal Rasmi TVETMARA
Unit Pengambilan Pelajar,
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
Telefon: +60 3 2613 4258
Fax : +60 3 2691 4510
e-mel : infobkt@mara.gov.my
Close