Menu Bola

Siaran langsung keputusan Perak vs Sabah 21.10.2018 (Separuh Akhir)

02:30 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 21 October 2018 jam 10:24 PM oleh GC.editor

Pasukan Perak ‘The Bos Gaurus’ (TBG) bakal berkunujung ke laman pasukan Sabah bagi perlawanan pusingan separuh akhir kedua saingan UNIFI Piala Malaysia 2018 yang telah dijadualkan berlangsung pada hari Ahad, 21 Oktober 2018 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Beraksi di laman lawan, juara 7 kali Piala Malaysia itu pastinya akan memanfaatkan kelebihan kemenangan besar 5-0 dalam aksi pertama untuk mengatasi pasukan Sabah dan seterusnya layak ke perlawanan akhir bertemu samada JDT atau Terengganu FC.

Meskipun mempunyai kelebihan besar, skuad “Bos Gaurus” tidak boleh memandang rendah dan perlu berwaspada kepada pasukan Sabah. Walaupun diletakkan sebagai sebuah pasukan”underdog”, Sabah mempunyai taktikal mereka tersendiri dalam misi mencari gol di tempat sendiri dan sudah tentu akan berjuang berhabis-habisan bagi merealisasikan perancangan mereka.

Pada pusingan suku akhir yang lepas, pasukan Sabah telah mengejutkan Kelantan dan mara berdasarkan gol di tempat lawan manakala pasukan Perak pula mengecewakan pasukan PKNS apabila dua gol jaringan mereka di tempat lawan memastikan kemaraan mereka ke peringkat seterusnya

Pertembungan di antara pasukan Perak dan Sabah ini sudah tentu menjanjikan aksi-aksi yang menarik dan sengit. Kedua-dua pengendali pasukan pastinya telah merencanakan strategi masing-masing untuk menghadapi perlawanan penting ini kerana keputusan dalam pertembungan ini bakal membawa pasukan yang menang ke perlawanan akhir UNIFI Piala Malaysia 2018.

GC Icon
perak sabah pm
Perak TBGSabah FAKEPUTUSAN TERKINI PERAK VS SABAH 7.10.2018 UNIFI PIALA MALAYSIA 2018
Perlawanan membabitkan pasukan Perak menentang Sabah berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu bermula pada jam 8:15 malam, Ahad.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan pusingan separuh akhir kedua saingan UNIFI Piala Malaysia 2018 di antara pasukan Perak lawan (lwn) Sabah yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
malaysia cup logoRESULT PERAK VS SABAH 21.10.2018 UNIFI PIALA MALAYSIA 2018
SabahSabah FA
2
2
Perak TBGPerak
Penjaring Gol Sabri Sahar 35′
Penjaring Gol Rawilson Batuil 85′
FulltimeMasa Penuh
AGG 2 – 7
Gilmar 73′, 81′Penjaring Gol
LIVE STREAMING PERAK VS SABAH 21 OKTOBER 2018 UNIFI PIALA MALAYSIA
Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau live streaming Perak VS Sabah disediakan di internet untuk aksi malam ini, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung.
FB LiveVIDEO LANGSUNG LIVE PERAK VS SABAH UNIFI PIALA MALAYSIA 2018
Info LainINFO SETERUSNYA
Klik LinkJadual Penuh Keputusan Dan Kedudukan Carta Unifi Piala Malaysia
Klik LinkKeputusan Lengkap Dan Senarai Penjaring Gol Perlawanan Piala Malaysia