Cara Semak Penyata KWSP Secara Online Baki Terkini 24 Jam Sehari

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) di mana ia bertindak sebagai sebuah badan keselamatan sosial yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya. KWSP bertanggungjawab untuk melaksanakan sebuah sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan majikan melaksanakan tanggungjawab sosial seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Sejajar dengan peredaran zaman, pengurusan KWSP telah mewujudkan sistem online bertujuan untuk membuat semakan, cetakan penyata dan juga pengeluaran atas sebab yang dibenarkan sahaja. Pencarum tidak perlu lagi untuk beratur di kaunter KWSP untuk membuat urusan seperti semakan, cetakan penyata kerana anda hanya perlu melayari laman sesawang KWSP dan klik i-Akaun untuk log masuk ke akaun KWSP online anda.

Antara kemudahan lain yang boleh didapatkan melalui perkhidmatan i-Akaun adalah membuat semakan status permohonan pengeluaran, kira anggaran jumlah layak pengeluaran dan juga kemaskini maklumat. Selain itu, majikan juga boleh menggunakan perkhidmatan i-Akaun atas urusan yang dibenarkan. Untuk pengetahuan sebelum pencarum menggunakan perkhidmatan i-Akaun, pencarum perlu membuat pendaftaran dengan mendapatkan ID pengguna di kios atau kaunter KWSP berdekatan.

SEMAKAN PENYATA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP/ EPF) SECARA ONLINE MELALUI i-Akaun

Berikut merupakan cara membuat semakan penyata KWSP secara online dengan menggunakan perkhidmatan i-Akaun. Turut disertakan beberapa info penting berkaitan KWSP sebagai rujukan semua:

GC-Icon
Cara-Semak-Penyata-KWSP-Secara-Online-Baki-Terkini-24-Jam-Sehari
CARA MEMBUAT SEMAKAN PENYATA KWSP ONLINE
No-1 Dapatkan Kod Pengaktifan
Tick Sila dapatkan kod pengaktifan sebelum menggunakan i-Akaun di mana-mana kios atau di kaunter KWSP dan bawa sekali MyKad. Senarai kios atau kaunter KWSP adalah seperti berikut:
LOKASI KIOS DAN KAUNTER KWSP
Terengganu
Negeri Sembilan
Sabah
Sarawak
Selangor
Labuan
Perlis
Pulau Pinang
Perak
Pahang
Putrajaya
Kedah
Kelantan
Kuala Lumpur
Melaka
Johor
Klik-Link Pejabat Dan Kios KWSP Seluruh Malaysia
No-2 Log Masuk Ke i-Akaun KWSP
Tick Sila layari laman sesawang rasmi KWSP dan klik pada menu log in i-Akaun kemudian masukkan kod pengaktifan yang diberi diruang ‘User ID’ dan tekan butang ‘Next’. Kod pengaktifan boleh digunakan dalam masa 30 hari
Tick Masukkan kata laluan sementara diruangan kata laluan dan tekan butang ‘log in’
Tick Baca terma dan syarat yang dipaparkan kemudian tekan butang ‘agree’ kemudian butang ‘next’
Tick Sila tukar ID dan kata laluan sementara anda. Kemudian pilih gambar online dan masukkan frasa rahsia di ruang yang disediakan dan tekan butang next
Klik-Link Pengaktifan i-Akaun
Klik-Link Panduan Pengguna Pertama Kali
No-3 Semakan Penyata KWSP
Tick Untuk membuat semakan baki terkini setelah berjaya log masuk, klik butang penyata semasa/ tahun sebelumnya. Penyata anda akan dipaparkan di skrin
Tick Untuk buat cetakan sila tekan butang cetak
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI i-AKAUN UNTUK AHLI
Memohon e-Pengeluaran
Semakan maklumat penamaan
Semak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
Semakan penyata tahun terkini atau tahun sebelum
Semak log aktiviti i-akaun
LMembuat semakan transaksi caruman KWSP
Kira-kira anggaran jumlah layak pengeluaran, simpanan dan pelaburan
Kemas kini profil termasuk alamat surat menyurat terkini
MAKLUMAT LANJUT
 Untuk maklumat lanjut sila layari pautan di bawah:
Klik-Link Laman Facebook Rasmi KWSP
Klik-Link Laman Sesawang Rasmi KWSP
Klik-Link FAQ i-Akaun
Close