Pengisytiharan penetapan raya Aidilfitri 2020 hari 1 Syawal 1441H

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Saat kita telah memasuki bulan Syawal, Ramadan telah berlalu pergi. GCarian yakin Umat Islam di Malaysia mahupun di seluruh dunia pastinya merindukan keseronokan beribadat yang dilalui sepanjang di bulan Ramadhan.

Bulan Syawal memang masa untuk kita bergembira bagi meraikan kemenangan. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya.

Namun begitu, jarang yang menyedari bahawa bulan Syawal sebenarnya merupakan bulan kesinambungan ibadah-ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadan antaranya puasa sunat enam hari di bulan Syawal.

Puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini boleh dilakukan bila-bila masa sahaja selagi kita masih berada di bulan Syawal. Asalkan sahaja kita tidak melakukannya pada Hari Raya Aidilfitri itu sendiri. Puasa ini boleh dilakukan berturut-turut, boleh juga terpisah-pisah. Semuanya terpulang kepada kemampuan kita.

MAKLUMAT PENGISYTIHARAN RASMI PENETAPAN HARI RAYA PUASA (AIDILFITRI) DI MALAYSIA 2020M/1441H

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah petang Jumaat, 22 Mei 2020 Masihi bersamaan 29 Ramadan 1441 Hijrah.

Kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Berikut merupakan pengemaskinian maklumat lengkap berhubung dengan tarikh rasmi Hari Raya Puasa (Aidilfitri) (2020/1441) di Malaysia yang akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

GC Icon
Pengisytiharan Aidilfitri

PROGRAM MENCERAP ANAK BULAN SYAWAL TAHUN INI 2020M-1441H

TarikhWaktu
22 Mei 2020/ 29 Ramadan 1441H (Jumaat)
Lewat Petang

PENETAPAN TARIKH HARI RAYA PUASA TAHUN INI | 2020M-1441H

1 Syawal 1441H Bersamaan
24 Mei 2020 (Hari Ahad)
Tarikh yang adalah berdasarkan Kalendar Islam (Hijrah). Tarikh hari raya puasa akan dimuktamadkan selepas pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

LAPORAN/BERITA RASMI PENGISYTIHARAN HARI RAYA AIDILFITRI  TAHUN INI 2020M-1441H

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 24 Mei 2020”

Pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad

Dikesempatan ini, GCarian ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat di tanah air. Semoga Allah menerima semua amal ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan suci Ramadan. Kita meminta kepada Allah semoga mempertemukan kita kembali dengan Ramadan pada tahun-tahun hadapan.
MAKLUMAT BERKAITAN
Klik LinkPanduan Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Klik LinkLafaz Takbir Hari Raya
Close