Menu Bola

Pengisytiharan penetapan hari mula puasa Ramadhan tahun ini 2019-1440H

05:26 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 5 May 2019 jam 10:25 PM oleh GC.editor

Berdasarkan rujukan GCarian terhadap kalendar Masihi dan Hijrah serta tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2019M/1440H bagi Malaysia, awal Ramadan tahun ini dijangka jatuh pada 6 Mei 2019 bersamaan 1 Ramadan 1440 Hijrah.

Bagaimanapun tarikh muktamad bergantung kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad yang akan diisytiharkan pada tarikh program mencerap anak bulan Ramadan pada 5 Mei 2019 bersamaan 29 Syaaban 1440H.

Seperti biasa bermula pada tarikh itu umat Islam di seluruh dunia termasuk di negara ini akan mula melaksanakan ibadah puasa selama sebulan.

Ibadah puasa sepanjang Ramadan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam, lelaki dan perempuan, dengan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan syariat.

MAKLUMAT PENGISYTIHARAN RASMI PUASA RAMADHAN TAHUN INI 2019M/1440H

Kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Berikut merupakan pengemaskinian maklumat lengkap berhubung dengan tarikh rasmi permulaan puasa bulan Ramadhan tahun ini (2019/1440) di Malaysia yang akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

GC Icon
Ramadhan
PROGRAM MENCERAP ANAK BULAN RAMADAN TAHUN INI 2019M-1440H
TarikhWaktu
5 Mei 2019
Lewat Petang
TARIKH PENETAPAN AWAL PUASA RAMADHAN TAHUN INI | 2019M-1440H
Awal RamadanAkhir Ramadhan
6 Mei 2019
3 Jun 2019
1 Ramadan 1440
29 Ramadhan 1440
Tarikh yang adalah berdasarkan Kalendar Islam (Hijrah). Tarikh awal puasa akan dimuktamadkan selepas pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
LAPORAN/BERITA RASMI PENGISYTIHARAN PUASA RAMADHAN TAHUN INI 2019M-1440H
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ramadhan pada hari Isnin, 6 Mei 2019M bersamaan dengan 1 Ramadhan 1440 Hijrah. 
Melalui pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 6 Mei 2019 bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Penetapan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan kepada Rukyah serta Hisab
Info LainINFO BERKAITAN
Klik LinkJadual Waktu Berbuka Puasa Ramadan 2019 Seluruh Negeri
Klik LinkLafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Atau Sebulan
Klik LinkBuku Panduan JAKIM | Cara Solat Sunat Tarawih