Keputusan juara tilawah Al-Quran 2020 kebangsaan dan senarai pemenang

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1441H / 2020M yang berlangsung bermula 16 hingga 21 Februari 2020 di Kota Kinabalu, Sabah bakal menyaksikan seorang Qari dan seorang Qariah akan dinobatkan sebagai sebagai Juara/ pemenang acara Tilawah Al-Quran.

Kejayaan menganjurkan Tilawah Al-Quran yang kini memasuki edisi ke-63 juga merupakan antara bukti komitmen kerajaan dalam membudayakan al-Quran dalam kalangan masyarakat. MTHQK 1441H/2020M ini merupakan program tahunan dan tahun ini dianjurkan secara bersama melalui kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kerajaan Negeri Sabah dan beberapa Jabatan/Agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri. Ini menggambarkan komitmen pihak Kerajaan dalam menerapkan budaya minat membaca terhadap al-Quran dan memahami intipatinya serta mengaplikasikan tuntutan dan larangan Yang Maha Esa dalam amalan kehidupan kita seharian.

Juara Qari dan Qariah akan mewakili Malaysia pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang dijadual akan berlangsung pada April 2020.

Pada tahun ini, Muhammad Qayyim Nizar bin Sarimi Qari dari negeri Kelantan muncul johan apabila mendapat sebanyak 90.66 peratus markah manakala Juara Qariah, Puteri Kalimatul Azzua Binti Hamid dari Perak mendapat 88.34 peratus markah.

Kemenangan tersebut menyaksikan mereka mendapat hadiah wang tunai sejumlah RM17,000, piala iringan, cenderamata serta tambahan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji.

Penyampaian hadiah kepada semua pemenang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Bin Haji Apdal dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof.

KEPUTUSAN PENUH SENARAI PEMENANG MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2020

Berikut adalah senarai penuh bagi pemenang Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1441H / 2020M yang berlangsung bermula 16 hingga 21 Februari 2020 di Kota Kinabalu, Sabah yang akan dikemaskini.

GC Icon
Johan Tilawah Al quran
KEPUTUSAN PENUH MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 1441H/2020M
KedudukanPemenang Kategori QariMarkahNegeri
JohanMuhammad Qayyim Nizar Bin Sarimi90.66%Negeri KelantanKelantan
Naib JohanMohamad Syaheed Bin Sabri89.34%Negeri PahangPahang
KetigaMohamad Husaini Bin Mahmur86.34%Negeri SembilanN.Sembilan
KedudukanPemenang Kategori QariahMarkahNegeri
JohanPuteri Kalimatul Azzua Binti Hamid88.34%Negeri PerakPerak
Naib JohanNurul Nadiah Binti Hashim85.34%Negeri JohorJohor
KetigaNor Jannah Binti Abd Rahman85.00%Negeri TerengganuTerengganu
Johan Keseluruhan Tilawah Dan Menghafaz Al-QuranNegeri KelantanKelantan
KEPUTUSAN PENUH MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 1441H/2020M
Kategori Hafazan 1-30 Juzuk
KedudukanPemenangNegeri
PertamaMohamad Hakim Bin Mohd HisamNegeri KedahKedah
Putri Aminah Binti Mohd HanifNegeri KelantanKelantan
KeduaMuhammad Zulhanif Bin Mohd RosdiNegeri KelantanKelantan
Norhaafizah Binti Mohd ShafieWilayah PersekutuanWP
KetigaMuhammad Syamil Islam Bin AhmadNegeri JohorJohor
Siti Masitah Binti Mohamad MaarofNegeri SelangorSelangor
Kategori Hafazan 1-20 Juzuk
KedudukanPemenangNegeri
PertamaSheikh Muhammad Aiman Hafiy Bin HishamuddinNegeri TerengganuTerengganu
Putri Auni Khadijah Binti Mohd HanifNegeri KelantanKelantan
KeduaHaikal Firdaus Bin JaafarudinWilayah PersekutuanWP
Aqilah Sulhi Binti Ahmad RozainiNegeri PerakPerak
KetigaMuhammad Luqman Danial Bin ZaidNegeri SembilanN.Sembilan
Nurul Najwa Binti ZahariNegeri PahangPahang
Kategori Hafazan 1-10 Juzuk
KedudukanPemenangNegeri
PertamaMuhammad Al-Jazari Bin Muhammad HelmiNegeri KedahKedah
Nurul Izzah Binti MukhaliNegeri SarawakSarawak
KeduaAbdul Muni’m Bin IhyauddeenWilayah PersekutuanWP
Nurul Husna Binti Abdul AzizNegeri KedahKedah
KetigaMuhammad Imran Bin HussinNegeri SelangorSelangor
Masyitah Binti Mohd FaridNegeri SembilanN.Sembilan
KEPUTUSAN PENUH MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 1440H/2019M
KedudukanPemenang Kategori QariMarkahNegeri
JohanAbdul Khair Jalil89.68%Negeri SelangorSelangor
Naib JohanMuhammad Qayyim Nizar Sarimi87.66%Negeri KelantanKelantan
KetigaWan Fakhrul Razi Wan Mohamad87.33%Wilayah PersekutuanWP
KedudukanPemenang Kategori QariahMarkahNegeri
JohanNor Farhatul Fairuzah Binti Panut86.67%Negeri SembilanN.Sembilan
Naib JohanNor Faizah Binti Panut86.34%Negeri SelangorSelangor
KetigaAwatif Binti Abdul Latif82.33%Negeri PenangPulau Pinang
Johan Keseluruhan Tilawah Al-QuranNegeri SelangorSelangor
Johan Keseluruhan Menghafaz Al-QuranNegeri Sembilan Negeri Sembilan
KEPUTUSAN PENUH MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 1440H/2019M
Kategori Hafazan 1-30 Juzuk
KedudukanPemenangNegeri
PertamaAbdullah Ulwan IsmailNegeri KelantanKelantan
Raudah Binti Abdul RazakNegeri KedahKedah
KeduaAbdul Wafi Azzaki SinwanNegeri MelakaMelaka
Siti Hajar Nabilah Binti Mohd DarhaNegeri SelangorSelangor
KetigaMuhammad Hafiz Abd RazakNegeri SembilanN.Sembilan
Putri Nur Nadia Binti BakriNegeri SembilanN.Sembilan
Kategori Hafazan 1-20 Juzuk
KedudukanPemenangNegeri
PertamaAhmad Adil Luqman IsmailNegeri SelangorSelangor
Adibah Husni Binti Ahmad RozainiNegeri PerakPerak
KeduaMuhammad Luqman Danial ZaidNegeri SembilanN. Sembilan
Aisyah Irdina Binti ZulkifliNegeri SembilanN. Sembilan
KetigaMohamad Daniel Haziq HaswadiNegeri JohorJohor
Nur Natasha Shahirah Binti Che LongNegeri TerengganuTerengganu
Kategori Hafazan 1-10 Juzuk
KedudukanPemenangNegeri
PertamaMuhammad Al-Nawawi BorhanNegeri SelangorSelangor
Ummi Najdah Binti Abdul SamadNegeri SelangorSelangor
KeduaMuhammad Amnan Muhammad Sani Negeri MelakaMelaka
Masyitah Binti Mohd FaridNegeri MelakaMelaka
KetigaMuhammad Ziyad Mohd HusniNegeri JohorJohor
Nurul Izzah Binti MukhaliNegeri SarawakSarawak
Close