Pelepasan Cukai Pendapatan 2019 Individu Untuk efilling 2020

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Antara sumber pendapatan sesebuah kerajaan di seluruh dunia adalah dengan mengutip cukai daripada individu atau syarikat kepada pemerintah atau kerajaan. Cukai yang dikutip akan digunakan untuk menjalankan pentadbiran sesebuah negara, juga boleh digunakan untuk pembangunan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Setiap negara mengamalkan sistem cukai yang berbeza yang akan ditentukan oleh pemerintah mengikut kesesuaian negara tersebut. Kebiasaannya akan ada lebih dari satu jenis cukai akan dikenakan ke atas individu atau syarikat. Contoh cukai di Malaysia adalah cukai jalan, cukai jualan dan perkhidmatan, cukai pendapatan dan banyak lagi.

Kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat bertanggungjawab untuk menguruskan hasil kutipan cukai dengan telus dan amanah untuk pembangunan negara. Antara cukai yang yang dikutip oleh kerajaan adalah cukai pendapatan. Cukai pendapatan adalah cukai tahunan ke atas upah, gaji, komisyen dan pendapatan bukan gaji. Badan kerajaan yang terlibat dalam mengutip cukai adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Menurut LHDNM terdapat dua jenis cukai pendapatan iaitu cukai pendapatan individu dan cukai perbadanan.

LHDNM telah mengeluarkan 21 senarai pelepasan cukai 2018 untuk e-filing 2019. Sekiranya pendapatan anda melebihi RM 34,000 setahun maka anda wajib untuk mendaftar fail cukai pendapatan. Anda boleh membuat pendaftaran di mana-mana cawangan LHDNM di seluruh Malaysia dan pastikan bawa segala dokumen yang diperlukan. Pelepasan cukai ini boleh digunakan untuk mengurangkan pembayaran cukai pendapatan. Untuk senarai pelepasan cukai 2019 untuk e-filing 2020 akan dikemaskini jika terdapat penambahan atau perubahan.

SENARAI PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU LHDN 2019 UNTUK e-FILING 2020

Berikut dikongsikan 21 senarai pelepasan cukai individu pemastautin yang dikeluarkan oleh LHDNM untuk pelepasan cukai 2018 untuk e-filing 2019. Untuk senarai pelepasan cukai taksiran 2019 untuk e-filing 2020 akan dikemaskini jika terdapat perubahan atau penambahan. Menurut LHDNM, daripada jumlah pendapatan yang telah anda failkan anda akan dapat mengurangkan pendapatan bercukai anda hasil tolak nilai pelepasan cukai anda. Senarai pelepasan cukai adalah seperti di bawah:

GC Icon
Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2018 Individu Untuk efilling 2019
SENARAI PELEPASAN CUKAI INDIVIDU PEMASTAUTIN 2019
Berikut merupakan senarai 21 pelepasan cukai individu pemastautin untuk e-filing 2019 berdasarkan sumber dari LHDNM:
JENIS POTONGAN INDIVIDUJUMLAH (RM)
Individu dan saudara tanggungan9,000
Peralatan sokongan asas (sama ada digunakan untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibu bapa kurang upaya)6,000 (Terhad)
Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan yang disahkan oleh pengamal perubatan)
ATAU
Ibu dan bapa
Terhad 1,500 untuk hanya seorang ibu
Terhad 1,500 untuk hanya seorang bapa
5,000 (Terhad)
ATAU
3,000 (Terhad)
Yuran pengajian (Sendiri):
bullet pointPeringkat selain sarjana dan doktor falsafah dalam bidang undang-undang, perakaunan, kewangan islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi
bullet pointPeringkat sarjana dan doktor falsafah dalam sebarang bidang atau kursus pengajian
7,000 (Terhad)
Individu kurang upaya6,000
Pemeriksaan perubatan penuh (Sama ada untuk diri sendiri, suami atau isteri atau anak)-(Terhad 500)6,000 (Terhad)
Perbelanjaan untuk perubatan penyakit serius sama ada untuk diri sendiri atau suami atau isteri atau anak-anak6,000 (Terhad)
Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri untuk anak berumur 2 tahun dan ke bawah (Pemotongan hanya sekali dalam setiap dua tahun taksiran)1,000 (Terhad)
Gaya hidup-Perbelanjaan untuk diri sendiri atau suami atau isteri atau anak bagi perkara berikut:
bullet pointPembelian komputer peribadi, tablet, telefon pintar (Bukan untuk kegunaan perniagaan)
bullet pointPembelian buku, majalah, jurnal, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang)
bullet pointBayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
bullet pointPembelian peralatan sukan yang digunakan untuk aktiviti sukan berlandaskan Akta Pembangunan Sukan 1977 (Tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan juga bayaran keahlian gimnasium
2,500 (Terhad)
Suami atau isteri atau bayaran alimoni kepada bekas isteri4,000 (Terhad)
Yuran penghantaran anak yang berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak (TASKA)/Tadika yeng berdaftar1,000 (Terhad)
Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahunan 2018 Tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2018)8,000 (Terhad)
Anak di bawah umur 18 tahun yang belum berkahwin2,000
Suami/isteri kurang upaya3,500
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada beberapa syarat berikut:
bullet pointMengambil kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian dalam Malaysia (Tidak termasuk kursus matrikulasi atau pengajian pra-ijazah)
bullet pointMengambil kursus pengajian peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar negara
bullet pointMengambil kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan
8,000
Anak yang belum berkahwin dan umur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (Peringkat A-level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)2,000
Anak kurang upaya
bullet pointPelepasan tambahan sebanyak RM 8,000 jika anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas yang belum berkahwin dan mengikuti pengajian peringkat diploma ke atas di Malaysia atau peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di institut pengajian tinggi yang diiktiraf oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan
6,000
+
8,000
Skim persaraan swasta dan anuiti tertunda (Deferred annuity)-Mula berkuat kuasa pada tahun taksiran 2012 hingga tahun taksiran 20213,000 (Terhad)
Insuran nyawa dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) termasuk tidak melalui potongan gaji
i. Kategori Penjawat Awam Berpencen
bullet point Premium insurans nyawa
ii. Kategori Selain Penjawat Awam Berpencen
bullet point Premium insurans nyawa (terhad RM3,000)
bullet point Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (terhad RM4,000)
7,000 (Terhad)
Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)250 (Terhad)
Insurans pendidikan dan perubatan termasuk tidak melalui potongan gaji3,000 (Terhad)
MAKLUMAT LANJUT
Sila layari pautan di bawah untuk mendapatkan senarai lengkap pelepasan cukai pendapatan individu LHDN terkini :-
Klik LinkPelepasan Cukai Individu Permastautin 2019
Close