Menu Bola

Siaran langsung pelancaran Manifesto PRU14 BN Barisan Nasional 2018

13:36 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 10 November 2019 jam 05:21 PM oleh GC.editor

Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifesto secara besar-besaran pada hari Sabtu, 7 April 2018 sekali gus memberi bayangan awal bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bakal diadakan tidak lama lagi.

Pelancaran manifesto Barisan Nasional (BN) diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula pada jam 8:30 malam. Difahamkan Manifesto BN yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Najib Razak itu juga ditambah baik mengikut keadaan semasa rakyat.

Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pastinya menjanjikan satu penyampaian yang lebih komprehensif, inklusif dan menampilkan banyak idea baru untuk memenuhi aspirasi seluruh rakyat Malaysia.

Manifesto juga adalah aku janji terbaik bagi menterjemahkan usaha BN dalam memperjuangkan nasib rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang sekiranya BN terus diberi mandat untuk menerajui negara.

Dengan pelancaran manifesto PRU14 sekali gus memberi gambaran bahawa kemungkinan besar Pilihan Raya Umum akan diadakan seawal hujung bulan April ini atau awal Mei depan.

SIARAN LANGSUNG PELANCARAN MANIFESTO PRU-14 BARISAN NASIONAL (BN)

Barisan Nasional (BN) pastinya akan menjadikan manifesto PRU14 sebagai yang terbaik dalam mengutamakan nasib rakyat.

Live Manifesto BN PRU14

SIARAN LANGSUNG PELANCARAN MANIFESTO BN – PRU14
InfoButiran
Tarikh dan masa7 April 2018 (Sabtu) jam 8:30 malam
TempatDewan rakyat, Parlimen Malaysia
Siaran langsungManifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan disiarkan secara siaran langsung di semua stesen penyiaran awam dan berbayar di Malaysia
InfografikKlik LinkIntipati Penuh Manifesto Barisan Nasional (BN)