Menu Bola

Semakan Kelayakan Skim Peduli Kesihatan PeKa B40 Online

00:24 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 11 March 2019 jam 12:25 AM oleh GC.editor

Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40) merupakan sebuah skim bantuan kesihatan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mensasarkan golongan B40. Menurut KKM pihaknya mendapat laporan sehingga 47.6% rakyat Malaysia yang berumur 50 tahun ke atas dan tergolong dalam kalangan isi rumah B40 menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) yang belum didiagnosis. Selain itu, sebanyak 3 daripada 10 orang dewasa mengalami masalah kesihatan mental dan 32% merupakan daripada golongan B40 berbanding 28% bukan B40.

Peka dengan masalah ini, Menteri Kesihatan telah mencadangkan skim ini dan telah mendapat kelulusan dan peruntukan sebanyak RM 100 juta sebagai permulaan untuk membantu rakyat melalui skim ini. Dijangkakan juga skim ini bakal memberi manfaat kepada 800,000 penerima. Melalui slogan ‘Lebih PeKa, lebih cakna’ KKM berharap dapat meringankan beban kos perubatan dan kesihatan yang dihadapi rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.

Usaha kerajaan bagi menjaga kebajikan kesihatan rakyat ini merupakan salah satu daripada janji mereka ketika Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) yang lalu. Antara janji tersebut adalah menawarkan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat. Faedah penjagaan kesihatan berkualiti akan tertumpu kepada saringan kesihatan, aktiviti pencegahan dan pendidikan dan promosi kesihatan terutama sekali penyakit tidak berjangkit dan penyakit kronik di peringkat pesakit luar.

SEMAKAN KELAYAKAN PeKa B40 SECARA ONLINE (SKIM PEDULI KESIHATAN)

Berikut merupakan info-info penting berkaitan Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40) seperti syarat kelayakan, cara membuat semakan layak atau tidak dan beberapa info berkaitan skim PeKa B40 yang ditawarkan KKM ini:

GC Icon
Semakan Kelayakan Peka B40 Online
CARA MEMBUAT SEMAKAN KELAYAKAN DAN PROSES MENDAPAT MANFAAT SKIM PeKa B40
NotaSkim PeKa B40 ini hanya terbuka kepada penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) yang berumur 50 tahun ke atas sahaja. Penerima skim akan didaftarkan secara automatik melalui perolehan data BSH
NotaUntuk membuat semakan kelayakan, anda boleh melayari pautan berikut:

SEMAKAN KELAYAKAN DAN PROSES MENDAPAT MANFAAT SKIM PeKa B40

No 1 Layari pautan di atas dan masukkan no kad penganalan anda. Kemudian tekan butang semak
No 2 Jika anda layak menerima skim ini, sila lawati klinik PeKa B40 yang berhampiran dan bawa bersama MyKad untuk membuat pemeriksaan kesihatan
No 3 Lakukan pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama anda di klinik PeKa B40
No 4Buat lawatan kali kedua ke klinikl PeKa B40 untuk mendapatkan keputusan ujian makmal dan juga untuk tindakan susulan. Jenis ujian makmal adalah:
bullet pointUjian kawalan gula dalam darah
bullet pointUjian sel darah
bullet pointUjian fungsi buah pinggang
bullet pointParas kolestrol
bullet pointUjian air kencing
MANFAAT PeKa B40
No 1Saringan Kesihatan
Penerima skim PeKa B40 akan menikmati saringan kesihatan secara percuma. Saringan kesihatan bagi penerima skim PeKa B40 adalah wajib supaya penerima boleh menikmati lain-lain manfaat daripada skim ini. Antara saringan kesihatan yang disediakan adalah:
bullet pointSaringan kesihatan mental
bullet pointPemeriksaan fizikal
bullet pointPengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
bullet pointUjian darah dan air kencing
bullet pointPemeriksaan klinikal payudara untuk wanita dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki
No 2Bantuan Alat Perubatan
Penerima skim PeKa B40 akan mendapat manfaat bantuan alat perubatan sehingga RM 20,000. Antara alat perubatan tersebut adalah:
bullet pointAlat sendi tiruan
bullet pointPerentak jantung
bullet pointTent untuk jantung
bullet pointAlat bantuan pendengaran
bullet pointAlat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
bullet pointProtesis dan implan untuk tulang belakang
bullet pointKerusi roda
bullet pointKanta mata intraokular
bullet pointProtesis dan ortosis tulang anggota
bullet pointBantuan sokongan nutrisi
No 3Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
Jika penerima disahkan oleh doktor menghidap kanser, penerima akan menerima bayaran RM 1,000 untuk melengkapkan pelan rawatan di Hospital KKM. Pembayaran akan dilakukan sebanyak dua kali ke dalam akaun penerima
No 4Insentif Tambang Pengangkutan
Penerima skim PeKa B40 akan menerima bantuan sebanyak RM 500 (semenanjung) dan RM 1,000 (Sabah dan Sarawak) untuk meringakan beban kos perjalanan mendapatkan rawatan. Jumlah insentif ini adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan
iklan skim PeKa B40
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
 Untuk maklumat lanjut mengenai skim PeKa B40 adalah seperti berikut:
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor
TickTelefon: 03 8687 2500
TickEmel: info@pekab40.com.my
Klik LinkSenarai Klinik PeKa B40
Klik LinkFAQ Skim PeKa B40
Klik LinkLaman Sesawang Rasmi Skim PeKa B40