Permohonan Pas Bulanan Pengangkutan Awam & Bas

Berita gembira buat pengguna pengangkutan awam, dalam pembentangan belanjawan 2019 di dewan Parlimen lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kementerian memperuntukan RM 240 juta bagi menyediakan pas pengangkutan awam bulanan bernilai RM 100 dan pas bulanan bas RM 50. Para pemegang pas adalah layak untuk menikmati perkhidmatan Rapid Rail yang merangkumi LRT, MRT, Monorel dan BRT Sunway.

Untuk pemegang pas bas pula anda layak untuk menikmati kemudahan bas RapidKL. Kenyataan daripada Menteri Penagngkutan, Anthony Loke Siew Fook pendaftaran pas pengangkutan awam ini boleh dilakukan dengan menggunakan MyKad. Ini bertujuan bagi memastikan hanya rakyat Malaysia sahaja yang boleh menikmati kemudahan ini.

Katanya lagi, pas bulanan tersebut akan dilancarkan pada 1 Disember 2018 dengan sasaran 200,000 pengguna akan membuat pendaftaran untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Namun ia hanya akan mula digunakan menjelang 1 Januari 2019 di mana pengguna pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorel dan BRT serta bas RapidKl boleh menikmati pas bulanan ini. Anthony Loke Siew Fook juga telah mengumumkan penurunan harga tambang bagi BRT Sunway. Ini kerana pihaknya banyak menerima aduan bahawa tambang BRT terlalu mahal. Dengan adanya pas bulanan ini dan potongan harga di harap dapat membantu meringkan beban rakyat.

Kerajaan kini sedang sedaya upaya bagi memberikan kemudahan berkualiti terutama sekali perkhidmatan pengangkutan awam yang dulunya kurang mendapat perhatian dalam kalangan rakyat kerana harganya yang terlalu mahal. Idea untuk menggunakan mykad sebagai pas untuk menggunakan perkhidmatan awam di lihat dapat membantu serba sedikit memudahkan rakyat untuk memiliki pas bulanan yang ditawarkan ini.

Cara Membuat Permohonan Pas Bulanan Pengangkutan Awam Dan Bas

Berikut merupakan panduan cara membuat permohonan pas pengangkutan awam dan bas RapidKL seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook:

Harga Pas Perjalanan Pengangkutan Awam Dan Bas RAPIDKL

RM 100RM 50
Pemegang pas boleh menggunakan perkhidmatan rel Rapid seperti LRT, MRT, monorel serta BRT Sunway dan bas RapidKL sekitar Lembah Klang
Pemegang pas boleh menggunakan perkhidmatan bas RapidKL sekitar Lembah Klang

Pas pengangkutan awam dan bas RapidKL boleh digunakan untuk tempoh 30 iaitu dari tempoh penggunaan pertama

Cara Membuat Pendaftaran Pas Perjalanan

  • Pendaftaran pas pengangkutan awam dan bas ini terbuka kepada pemegang MyKad atau MyTentera. Manakala bagi pemegang MyKid pula, MyKid adalah di antara 7 hingga 12 tahun
  • Sila bawa bersama MyKad anda ketika membuat pendaftaran
  • Langganan pas ini boleh dibuat di semua stesen LRT dan MRT stesen bas terpilih iaitu Hab Bandar Shah Alam, Greenwood (Gombak), Sri Nilam (Ampang) dan Terminal Kajang
  • Langganan pas ini boleh mula dibuat bermula 1 Disember 2018 dan boleh digunakan bermula 1 Januari 2019