Menu Bola

Siaran langsung keputusan Pahang vs Selangor 24.2.2019

23:28 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 11 March 2019 jam 11:34 PM oleh GC.editor

Perlawanan minggu ke 4 aksi Liga Super Malaysia 2019  diantara pasukan Pahang bertemu Selangor dijadualkan akan berlangsung pada hari Ahad, 24 Februari 2019.

Pahang di bawah kendalian jurulatih Dollah Salleh perlu memanfaat kelebihan pemain yang ada dalam usaha untuk mengutip 3 mata penuh di laman sendiri. Namun, gergasi Pantai Timur ini perlu berwaspada dengan peningkatan prestasi pemain muda Selangor yang berpotensi untuk mencatat kemenangan pada aksi perlawanan yang dijangka sengit.

Berdasarkan kedudukan dalam carta Liga Super setakat 3 perlawanan sebelum ini menyaksikan Pahang berada di kedudukan tangga ke-2 Liga Super setakat ini dengan kutipan 7 mata berdasarkan rekod dua kemenangan dan sekali seri.

Manakala pasukan Selangor pula masih bergelut dengan prestasi pemain dan kini berada di kedudukan ke-9 setakat ini dengan kutipan 2 mata hasil daripada dua kali seri dan satu kekalahan hasil daripada 3 perlawanan.

Pertembungan ini pasti berlangsung dengan sengit memandangkan kedua-dua pasukan turun beraksi dengan misi memburu 3 mata penuh untuk terus berada di kedudukan teratas carta liga.

GC Icon
pahang vs selangor
Pahang FASelangor FAKEPUTUSAN TERKINI PAHANG VS SELANGOR 24.2.2019 LIGA SUPER
Perlawanan membabitkan pasukan Pahang menentang Selangor berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan bermula pada jam 9:00 malam, Ahad.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan minggu ke 4 aksi Liga Super 2019 di antara pasukan Pahang lawan (lwn) Selangor yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Logo Malaysia Super LeagueRESULT PAHANG LWN SELANGOR LIGA SUPER 24.2.2019
PahangPahang FA
1
1
Selangor FASelangor
Penjaring Gol Wan Zaharulnizam 34′Iflix61′ Rufino Segovia Penjaring Gol
LIVE STREAMING PAHANG VS SELANGOR
Aksi perlawanan Liga Super di antara pasukan Pahang menentang Selangor turut disiarkan secara siaran langsung di iflix seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-rancangan.
Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau live streaming Pahang Vs Selangor disediakan di internet untuk aksi malam ini, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung.

 

Info LainINFO SETERUSNYA
Klik LinkJadual Penuh Keputusan Dan Kedudukan Carta Liga Super
Klik LinkKeputusan Kesemua Perlawanan Liga Super