Menu Bola

Niat puasa ganti Ramadhan dan niat puasa sunat 6 Syawal

00:58 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 18 October 2018 jam 11:31 AM oleh GC.editor

Belum lagi masuk bulan Ramadan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri antaranya baju raya sudah tempah, tetapi puasa Ramadan bagi tahun lalu yang ditinggalkan sudah ganti atau belum?

Memang tidak dapat dinafikan ramai dalam kalangan kita umat Islam sekarang sudah mula membuat persediaan untuk menyambut hari raya. Sedangkan yang akan muncul terlebih dahulu ialah bulan puasa, bukannya bulan raya (Syawal).

Sekiranya persiapan menyambut Hari Raya Puasa sudah direncanakan, bagaimana pula dengan puasa Ramadhan yang ditinggalkan dahulu, sudahkah berganti? Jangan-jangan ada yang puasa dua tahun lepas pun masih berhutang lagi. Hanya sempat membayar fidyah sedangkan jumlah hutang puasa masih belum luak atau masih berbaki.

Puasa Ramadan yang diabaikan dan ditinggalkan secara tidak sengaja dan mempunyai sebab. Pengabaian dan peninggalan puasa jenis ini boleh diganti. Terdapat dua kategori pengabaian puasa yang boleh diganti. Kategori pertama puasa yang ditinggalkan dan perlu diganti dengan puasa juga.

Kategori orang yang perlu menggantikan puasa mereka dengan puasa ganti di bulan lain ialah orang sakit yang boleh sembuh dan orang yang mengembara.

Kategori kedua puasa yang ditinggalkan dan perlu diganti dengan fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan. Kategori orang yang perlu menggantikan puasa mereka dengan fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin ialah orang lelaki tua yang tidak mampu berpuasa, wanita tua yang tidak mampu berpuasa, orang sakit yang tidak boleh sembuh, wanita yang hamil dan wanita yang menyusukan anak.

Justeru, puasa yang ditinggalkan dengan sengaja hendaklah dikesali dan dilakukan taubat nasuha. Manakala puasa yang ditinggalkan secara tidak sengaja hendaklah diganti sama ada dengan berpuasa atau dengan memberi makan kepada orang miskin mengikut keterangan di atas.

Semoga Allah Ta’ala mengampuni kelemahan kita dan menerima amalan saleh yang kita lakukan.

LAFAZ NIAT PUASA GANTI (QADHA) RAMADAN DAN NIAT PUASA ENAM SYAWAL

Penulis di GCcarian tahu, pembaca yang berada di halaman ini mahu mencari maklumat niat puasa ganti Ramadhan bagi mengantikan puasa yang ditinggalkan dahulu. Berikut disertakan lafaz niat puasa qadha atau puasa ganti Ramadan yang tepat dan betul juga dengan niat puasa sunat enam hari di bulan Syawal.

LAFAZ NIAT PUASA GANTI (QADHA) RAMADHAN
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
Nawaitu Sauma Ghodin An’ Qada’e Fardhu Ramadhana Lillahi Ta’ala
Sahaja Aku Puasa Esok Hari Kerana Ganti Fardhu Ramadhan Kerana Allah Taala
LAFAZ NIAT PUASA ENAM SYAWAL
Dalam bulan Syawal, hari raya pertama sahaja diharamkan berpuasa. Pada hari berikutnya sudah boleh menunaikan puasa sunat enam hari berturut-turut atau berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal tersebut
Niat: Sahaja Aku Berpuasa Sunat Esok Hari Dalam bulan Syawal kerana Allah Taala