Cara semak kelayakan free speed upgrade TM unifi streamyx

Pada zaman ini, penggunaan internet merupakan satu keperluan bagi setiap orang. Boleh dikatakan hampir setiap orang dan setiap rumah akan ada rantaian jalur lebar di rumah mereka. Terutama di bandar-bandar. Namun kualiti dan kelajuan internet di kawasan-kawasan pedalaman amat kurang memuaskan. Terdapat juga aduan mengatakan kelajuan dan kualiti di kawasan bandar juga kurang memuaskan. Justeru kerajaan yang baharu kini sedang cuba menyelesaikan masalah ini.

Baru-baru ini, TM telah mengumumkan bahawa pengguna unifi akan mendapat peningkatan kelajuan percuma sebanyak 800 Mbps. Pelanggan perlu membuat semakan adakah anda layak untuk mendapat keistimewaan penambahan kelajuan seperti yang diiklankan. Untuk pengetahuan, program free upgrade ini akan bermula pada 15 Ogos 2018 hingga pertengahan 2019 bergantng pada lokasi dan kelajuan maksimum yang sedia ada di kawasan tersebut. Menurut TM lagi, pelanggan akan membayar pada harga yang sama tetapi dengan kelajuan yang semakin baik.

Ini merupakan salah satu usaha kerajaan bagi memastikan negara kita mempunyai kualiti dan kelajuan internet yang setanding dengan pembangunan negara kita. Jika dibandingkan dengan negara jiran kita, Malaysia agak terkebelakang dari segi kelajuan internet. Justeru, usahasama kerajaan dengan TM ini dilihat sebagai salah satu langkah positif bagi memudahkan rakyat dalam dan luar bandar untuk mendapat capaian internet yang memuaskan serta berbaloi dengan wang yang kita keluarkan.

Cara Semakan Kelayakan Naik Taraf Percuma Unifi Streamyx

Berikut dikongsikan cara-cara untuk pelanggan TM membuat semakan kelayakan mendapatkan free upgrade unifi streamyx ini. Dikongsikan juga kadar kenaikan kelajuan internet yang sedia ada. Diharap perkongsian ini dapat membantu semua:

Kadar Kenaikan Kelajuan Percuma Unifi & Streamyx

Kelajuan Sedia AdaKelajuan Selepas Naik Taraf
Streamyx
2 kali kelajuan atau unifi
20 Mbps dan ke bawah
Sehingga 100 Mbps
30 Mbps dan ke bawah
Sehingga 300 Mbps
50 Mbps dan ke bawah
Sehingga 500 Mbps
100 Mbps dan ke bawah
Sehingga 800 Mbps

Semakan Syarat Kelayakan Naik Taraf  Kelajuan Unifi

Bagi bukan pelanggan TM yang ingin menikmati penambah baikan ini boleh melanggan mana-mana pakej unifi sebelum hujung tahun ini.

Kami kongsikan juga cara mudah untuk membuat semakan kelayakan menerima kenaikan kelajuan unifi. Sila rujuk panduan di bawah berserta pautan yang dikongsikan:

  1. Sila layari pautan berikut untuk membuat semakan bagi pengguna sedia ada unfi:
  2. Kepada pengguna sedia ada streamyx, sila layari pautan ini:
  3. Isikan butiran yang diperlukan seperti nama, nombor kad pengenalan dan ID pelanggan.
  4. Klik pada ruangan captcha disediakan “I’m not a robot”
  5. Sila log in ID anda dan buat pengesahan alamat email dan nombor telefon anda. Dihalaman ini juga anda akan melihat kelayakan free upgrade anda.
  6. Jika anda layak menerima naik taraf kelajuan yang ditawarkan ini, anda akan menerima mesej menyatakan anda layak menerima keistimewaan tersebut berserta tarikh jangkaan naik taraf
    • Para pengguna yang berjaya menikmati tambahan kelajuan internet percuma ini akan mendapat email dari TM. Melalui email tersebut anda akan mendapat pautan lain untuk membuat semakan. Ini kerana pautan sedia ada berkemungkinan mengalami masalah trafik kerana ramai pengguna cuba untuk akses laman TM tersebut.