Semakan MYTV Semak Kelayakan Terima Dekoder Percuma Secara Online

MYTV merupakan sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang menyiarkan televisyen bebas dan radio digital ke seluruh Malaysia. MYTV Broadcasting Sdn Bhd adalah hasil usaha sama Altel Holdings, TM dan Radio Televisyen Malaysia. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan digital Perkhidmatan Televisyen terestrial digital percuma yang menyiarkan pelbagai siaran secara percuma tanpa bayaran bulanan.

MYTV telah dikurniakan lesen oleh kerajaan untuk mengendalikan perkhidmatan Digital Terrestrial TV (DTT) di Malaysia. Hal ini kerana seluruh negara-negara ASEAN telah menetapkan untuk menutup siaran secara analog (ASO) dan beralih kepada digital. Langkah ini dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka akan menggunakan DTT sepenuhnya menjelang 2020.

Kerajaan akan memberikan 2 juta Unit Dekoder Percuma (MYTV Basic) kepada isi rumah yang terpilih. Penerima dekoder percuma adalah daripada data Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Ini bermakna hanya keluarga yang berpendapatan  rendah sahaja akan mendapatkan dekoder MYTV secara percuma. Mereka yang layak akan menerima dekoder MYTV tersebut terus ke alamat rumah melalui pos laju. Pengedaran dekoder percuma dijangka selesai pada Mac 2019. Turut disertakan adalah panduan pemasangan dekoder tersebut. Namun jika anda memerlukan bantuan pemasangan caj akan dikenakan untuk pemasangan sebanyak RM 180 dan untuk bantuan teknikal caj minimum adalah RM 50.

Bagi mereka yang tidak berjaya mendapatkan dekoder MYTV percuma anda boleh mendapatkan dekoder tersebut di pasaran sekarang. Harga untuk satu set dekoder MYTV adalah serendah RM 169 sahaja tanpa bayaran bulanan. MYTV menjanjikan perkhidmatan TV digital bertaraf dunia untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Setakat ini terdapat 13 saluran televisyen dan empat radio boleh didapati dengan MYTV. Syarikat itu mensasarkan untuk menambah lagi siaran sekurang-kurangnya 30 siaran untuk dinikmati rakyat Malaysia. Dengan perkhidmatan TV digital ini rakyat akan dapat menonton kualiti TV yang lebih baik serta banyak pilihan. Ia juga dapat mengurangkan beban tanpa membayar secara bulanan.

Semakan MYTV Nama Layak Dekoder Percuma MYTV Secara Online Dan SMS

Semakan nama yang layak menerima Dekoder Percuma MyTV boleh dibuat secara online melalui portal rasmi MYTV. Berikut dikongsikan cara menyemak kelayakan menerima dekoder percuma:

Cara Semak Kelayakan Terima Dekoder MYTV Percuma

Sila layari pautan laman web di bawah untuk membuat semakan kelayakan anda. Pemberian dekoder percuma adalah muktamad dan tidak boleh dipinda:

Bagi Isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang belum menerima set dekoder myFreeview percuma, sila daftar minat dengan mengemaskini maklumat anda selewat-lewatnya 31 Mei 2020.

Semakan Dekoder MYTV Percuma Melalui SMS

Selain daripada semakan secara atas talian, anda juga boleh membuat semakan kelayakan melalui SMS

Taip MYTV Dekoder NoKP  dan hantar ke 15888

Pemasangan Berdaftar

Pengguna MYTV dinasihatkan membuat pemasangan sendiri berdasarkan panduan yang telah disediakan. Namun jika memerlukan bantuan boleh menghubungi pemasang berdaftar seperti pautan di bawah:

Caj RM 180 dikenakan untuk pemasangan dan RM 50 untuk perkhidmatan penyelenggaraan

Jaminan pemasangan oleh kontraktor pihak ketiga adalah selama tujuh hari sahaja

Saluran MYTV Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai siaran beserta no saluran yang boleh didapati melalui MYTV. Sebarang penambahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

  1. TV1 (HD) 101
  2. TV2 (HD) 102
  3. TV Okey 110
  4. RTM Sports HD 111
  5. RTM Bes HD 123
  6. TV3 (HD) 103
  7. Wow Shop (Melayu) 104
  8. Wow Shop (Cina) 106
  9. NTV7 107
  10. 8TV 108
  11. TV9 109
  12. TV Al-Hijrah (HD) 114
  13. Bernama News Channel 121
  14. Astro Go Shop 120
  15. Drama Sangat 105
  16. Awesome TV 112

Saluran Radio Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai siaran radio yang boleh didapati melalui MYTV. Sebarang penambahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

  • Nasional FM 701
  • Traxx FM 702
  • Minnal FM 703
  • Ai FM 704
  • Klasik FM 705
  • Asyik FM 706
  • Sabah FM 707
  • Sabah VFM 708
  • Sarawak FM 709
  • Wai FM 710
  • Hot FM 721
  • Kool FM 722
  • Fly FM 723
  • One FM 724

Maklumat Lanjut

Related : rumah b40 dan oku, nama penerima dekoder, saluran tv dan radio, bayaran atau yuran langganan, sebarang bayaran atau yuran, untuk menerima, siaran digital myfreeview, permohonan mytv, untuk golongan b40, penerima bsh untuk makluman 2 juta penerima pemasangan dekoder mytv