Semak Kelayakan Terima Dekoder Percuma MYTV Secara Online

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

MYTV merupakan sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang menyiarkan televisyen bebas dan radio digital ke seluruh Malaysia. MYTV Broadcasting Sdn Bhd adalah hasil usaha sama Altel Holdings, TM dan Radio Televisyen Malaysia. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan digital Perkhidmatan Televisyen terestrial digital percuma yang menyiarkan pelbagai siaran secara percuma tanpa bayaran bulanan.

MYTV telah dikurniakan lesen oleh kerajaan untuk mengendalikan perkhidmatan Digital Terrestrial TV (DTT) di Malaysia. Hal ini kerana seluruh negara-negara ASEAN telah menetapkan untuk menutup siaran secara analog (ASO) dan beralih kepada digital. Langkah ini dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka akan menggunakan DTT sepenuhnya menjelang 2020.

Kerajaan akan memberikan 2 juta Unit Dekoder Percuma (MYTV Basic) kepada isi rumah yang terpilih. Penerima dekoder percuma adalah daripada data Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Ini bermakna hanya keluarga yang berpendapatan  rendah sahaja akan mendapatkan dekoder MYTV secara percuma. Mereka yang layak akan menerima dekoder MYTV tersebut terus ke alamat rumah melalui pos laju. Pengedaran dekoder percuma dijangka selesai pada Mac 2019. Turut disertakan adalah panduan pemasangan dekoder tersebut. Namun jika anda memerlukan bantuan pemasangan caj akan dikenakan untuk pemasangan sebanyak RM 180 dan untuk bantuan teknikal caj minimum adalah RM 50.

Bagi mereka yang tidak berjaya mendapatkan dekoder MYTV percuma anda boleh mendapatkan dekoder tersebut di pasaran sekarang. Harga untuk satu set dekoder MYTV adalah serendah RM 169 sahaja tanpa bayaran bulanan. MYTV menjanjikan perkhidmatan TV digital bertaraf dunia untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Setakat ini terdapat 13 saluran televisyen dan empat radio boleh didapati dengan MYTV. Syarikat itu mensasarkan untuk menambah lagi siaran sekurang-kurangnya 30 siaran untuk dinikmati rakyat Malaysia. Dengan perkhidmatan TV digital ini rakyat akan dapat menonton kualiti TV yang lebih baik serta banyak pilihan. Ia juga dapat mengurangkan beban tanpa membayar secara bulanan.

SEMAKAN NAMA LAYAK TERIMA DEKODER PERCUMA MYTV SECARA ONLINE DAN SMS

Semakan nama yang layak menerima Dekoder Percuma MyTV boleh dibuat secara online melalui portal rasmi MYTV. Berikut dikongsikan cara menyemak kelayakan menerima dekoder percuma:

GC-Icon
Semak-Kelayakan-Terima-Dekoder-Percuma-MYTV-Secara-Online
CARA SEMAK KELAYAKAN TERIMA DEKODER MYTV PERCUMA
Sila layari pautan di bawah untuk membuat semakan kelayakan anda. Pemberian dekoder percuma adalah muktamad dan tidak boleh dipinda:

SEMAK KELAYAKAN TERIMA DEKODER MYTV PERCUMA

No-1 Masukkan nombor kad pengenalan
No-2 Tekan bukan hantar dan keputusan akan dipaparkan
CARA MEMBUAT SEMAKAN DEKODER MYTV PERCUMA MELALUI SMS
Selain daripada semakan secara atas talian, anda juga boleh membuat semakan kelayakan melalui SMS
Taip MYTV Dekoder NoKP  dan hantar ke 15888
PEMASANGAN BERDAFTAR
Pengguna MYTV dinasihatkan membuat pemasangan sendiri berdasarkan panduan yang telah disediakan. Namun jika memerlukan bantuan boleh menghubungi pemasang berdaftar seperti pautan di bawah:
Klik-Link Pemasang berdaftar MyTV
Nota Caj RM 180 dikenakan untuk pemasangan dan RM 50 untuk perkhidmatan penyelenggaraan
Nota Jaminan pemasangan oleh kontraktor pihak ketiga adalah selama tujuh hari sahaja
SALURAN TV DIGITAL YANG DITAWARKAN
Berikut adalah senarai siaran yang boleh didapati melalui MYTV. Sebarang penambahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
TV1
TV2
NTV7
TV3
TV9
TV ALHIJRAH
Bernama News
8TV
TVi
TV Okey
RTM HD
TV3 HD
Drama Sangat
CJ Wow Shop
Bernama News Channel (BNC)
TV ALHIJRAH
SALURAN RADIO YANG DITAWARKAN
Berikut adalah senarai siaran radio yang boleh didapati melalui MYTV. Sebarang penambahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
Nasional FM
Traxx FM
Minnal FM
Ai FM
Info-Lain MAKLUMAT LANJUT
Klik-Link Pusat Khidmat Pelanggan : 1300-80-6988
Klik-Link Laman Sesawang Rasmi MYTV
Klik-Link Laman Facebook MYTV
Klik-Link FAQ (Soalan Lazim)
Close