Menu Bola

MySPR Daftar Borang Pendaftaran Pemilih Dan Tukar Alamat Online

01:37 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 20 July 2019 jam 01:54 AM oleh GC.editor

Bagi rakyat Malaysia yang belum membuat pendaftaran sebagai pengundi untuk pilihan raya, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ada membuat inisiatif baru yang diberi nama MySPR Daftar bagi memudahkan warga Malaysia untuk membuat pendaftaran pengundi / pemilih secara online. Selain itu, dengan MySPR Daftar, pengundi yang sudah mendaftar juga boleh membuat pertukaran alamat mengundi dengan mudah.

Baru-baru ini, umum mengetahui Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 telah dipinda oleh Kerajaan yang mengehadkan umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Rang Undang-Undang ini telah diluluskan dan dijangka akan dikuatkuasakan tidak lama lagi. Oleh demikian, jumlah pengundi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang akan datang dijangka mencapai lebih 22 juta orang, berbanding 14.9 juta pengundi PRU14 pada tahun lepas.

Sebelum ini semua pengundi perlu hadir ke pusat-pusat pendaftaran bagi membuat pendaftaran dengan mengisi borang yang disediakan. Seterusnya pengundi perlu menunggu sehingga beberapa bulan sehingga berjaya menjadi pengundi yang sah. Proses ini memakan masa dan juga dianggap sulit bagi sesetengah individu justeru menyukarkan mereka untuk mendaftar sebagai pengundi.

Namun begitu, kini dengan adanya MySPR Daftar, pengguna boleh mengisi borang pendaftaran pemilih dan memohon pertukaran alamat tempat mengundi secara online di mana-mana sahaja. Pengguna perlu membuat akaun terlebih dahulu sebelum login ke sistem MySPR Daftar. Setelah itu pengguna hanya perlu ikuti langkah mudah yang turut disertakan di bawah untuk layak menjadi pengundi yang sah.

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN PEMILIH/ PENGUNDI SECARA ONLINE MELALUI PORTAL MYSPR DAFTAR

Berikut dikongsikan panduan membuat pendaftaran pemilih melalui MySPR Daftar secara online buat rujukan semua:

GC Icon
MySPR Daftar
SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN PENGUNDI
Sebelum mendaftar sebagai pemilih, berikut adalah syarat kelayakan pendaftaran pemilih yang mesti dipatuhi:
TickMerupakan Warganegara Malaysia;
TickBerusia sekurang-kurangnya 18 tahun (setelah kuat kuasa secara rasmi diumumkan)
TickBermastautin atau tinggal di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
TickTidak hilang/dihalang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa
MAKLUMAT TAMBAHAN SEMASA PENDAFTARAN MYSPR DAFTAR
Bagi memastikan pembukaan akaun MySPR Daftar dapat dilakukan dengan lancar, sila sertakan dokumen penting yang diperlukan untuk mendaftar seperti berikut:
TickNombor telefon bimbit yang sah;
TickE-mel yang sah;
TickGambar muka depan Kad Pengenalan / Mykad; dan
TickGambar swafoto bersama Kad Pengenalan
Gambar IC contohGambar Swafoto Contoh
NotaFormat gambar yang dibenarkan adalah jpg, jpeg dan png. Saiz gambar mesti tidak melebihi 500kb.
PANDUAN PENDAFTARAN AKAUN BARU MYSPR DAFTAR
1. PENDAFTARAN AKAUN BARU MYSPR DAFTAR

Daftar MySPRDaftar Online

No 1Untuk membuat pendaftaran akaun baru, sila layari pautan yang disediakan di atas
No 2Klik Butang MYSPR DAFTAR yang berada di sebelah bahagian kiri menu utama SPR
Paparan Depan SPR
No 3Skrin Log Masuk MySPR Daftar akan ditunjukkan. Klik pada butang “Permohonan Akaun Baru”
No 4Skrin Permohonan Akaun Pengguna akan dipaparkan
No 5Sila isi semua maklumat yang diperlukan termasuk muatnaik gambar kad pengenalan dan gambar swafoto bersama kad pengenalan
No 6Sila masukkan Captcha dan tandakan kotak pengakuan “Saya telah membaca syarat-syarat kelayakan”.
No 7Klik butang “HANTAR”
No 8Pengguna akan mendapati satu dialog notifikasi dipaparkan dan sila klik butang “PASTI”
No 9Verifikasi akan dilakukan oleh sistem, dan pengguna akan menerima satu paparan mesej seperti berikut:
Paparan Mesej SPR
No 10Klik pada butang “KEMBALI” dan skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan semula
2. PENGESAHAN PENDAFTARAN MYSPR DAFTAR
Setelah selesai pendaftaran, proses pengesahan pendaftaran MySPR Daftar adalah seperti di bawah:
No 1Satu emel yang mengandungi notifikasi tentang Permohonan Akaun Pengguna akan diterima oleh pemohon melalui e-mel yang didaftarkan. Jika tiada sebarang e-mel yang dihantar ke dalam inbox, semak di dalam peti spam.
No 2Proses pengesahan akan dilakukan Pegawai SPR. Satu emel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang telah didaftar mengikut waktu yang telah ditetapkan.
No 3Permohonan akan diproses pada hari yang sama jika dihantar pada jam 8 pagi hingga 12 tengahari hari bekerja.
No 4Permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya jika dihantar selepas jam 12 tengahari hari bekerja atau pada hari Sabtu, Ahad atau pada Hari Kelepasan Am.
3. PENGAKTIFAN AKAUN MYSPR DAFTAR
No 1Setelah selesainya pengesahan yang dibuat pegawai SPR, satu e-mel pengaktifan akan diterima di e-mel yang telah didaftarkan. Contohnya adalah seperti berikut:
Emel Pegawai SPR
No 2Klik pada pautan pengaktifan yang disediakan dalam e-mel tersebut. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan.
No 3Sila isikan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini.
No 4Klik pada butang “Mohon TAC”. Jika nombor kad pengenalan dan kata laluan yang diisikan adalah tepat, pemohon akan menerima SMS yang mengandungi nombor TAC.
No 5Sila masukkan nombor TAC yang diterima dan klik pada “Hantar”.
No 6Setelah itu, verifikasi akan dilakukan oleh sistem dan pemohon akan dibawa ke paparan skrin Log Masuk MySPR Daftar.
4. LOG MASUK AKAUN MYSPR DAFTAR
No 1Sila layari pautan di bawah. Isikan nombor kad pengenalan, kata laluan dan Kod Captcha. 
Klik LinkLogin  MySPR Daftar
No 2Seterusnya, klik pada butang “Log Masuk”. Pemohon akan dibawa ke paparan skrin Dashboard Pengguna.
5. PERMOHONAN PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT PENGUNDI
No 1Untuk membuat permohonan pendaftaran baru sebagai pemilih atau menukar alamat, di Dashboard Pengguna, klik pada menu pilihan  “Status Saya”.
No 2Tekan pada butang BORANG A (PENDAFTARAN BARU/PERTUKARAN ALAMAT)
No 3Pemohon dikehendaki untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan, dan seterusnya klik butang “HANTAR” yang berada di bawah sebelah kanan paparan skrin.
No 4Pemohonan akan dipaparkan dengan satu kotak dialog notifikasi. Isikan nombor kad pengenalan dan kata laluan lalu klik MOHON TAC.
No 5Masukkan nombor TAC yang diterima secara SMS di telefon bimbit dan klik pada butang HANTAR.
No 6Paparan skrin “Status Saya” akan ditunjukkan. Klik pada “HANTAR/CETAK BORANG A” untuk mencetak borang.
No 7Pemohon boleh muat turun atau cetak borang yang terdapat di situ.
 MAKLUMAT LANJUT 
Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan Cara Mendaftar MySPR Daftar, maklumat lanjut seperti Manual Pengguna untuk MySPR Daftar atau jawapan kepada soalan-soalan lazim boleh dirujuk melalui pautan yang dikongsikan di bawah atau boleh hubungi terus pihak SPR melalui talian yang disediakan serta layari laman web rasmi SPR seperti berikut:
Menara SPR,
No.2, Jalan P2T, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya.
TickTalian : 03 8892 7018
TickEmel : webmaster@spr.gov.my
Klik LinkManual Pengguna MySPR Daftar
Klik LinkSoalan Lazim (FAQ) SPR
Klik LinkPortal Rasmi SPR