Menu Bola

Tarikh keputusan MUET November 2018 keluar bulan Disember

06:10 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 5 December 2018 jam 01:04 AM oleh GC.editor

Semua calon-calon yang telah menduduki ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi November pada tahun 2018 ( kini dikenali sebagai Sesi 3) boleh mendapatkan pernyataan MUET November Result 2018 masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Disember 2018.

Setiap tahun, keputusan MUET bagi sesi November akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam bulan Januari, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza. Namun untuk kali ini, keputusan telah diumumkan sebulan awal iaitu pada bulan Disember.

SEMAKAN KEPUTUSAN MUET SESI 3 NOVEMBER 2018 SECARA ONLINE DAN SMS PADA TARIKH RASMI

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan MUET sesi November iaitu secara dalam talian (online) dan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas mySMS.

Keputusan ujian MUET bagi calon sekolah / institusi juga akan dihantar kepada Pengetua sekolah / institusi yang berkenaan melalui SPP JPN. Manakala keputusan membabitkan calon persendirian individu pula, keputusan akan dimaklumkan / dihantar kepada calon melalui pos.

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat tarikh rasmi dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan pernyataan keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi November 2018.

GC Icon
Muet Sesi November
TARIKH KEPUTUSAN MUET NOVEMBER 2018 DIUMUMKAN (SESI 3)
TarikhJam
5 Disember 2018
10:00 Pagi
Tarikh yang tepat (rasmi) selepas pengumuman daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) .
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN MUET NOVEMBER 2018 SECARA ONLINE (SESI 3)
Semakan keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi November 2018 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), sila klik pada judul pautan di bawah.
Klik LinkMalaysian University English Test (MUET) November Result – Check Online
Sebagai makluman, Sistem aplikasi bagi semakan keputusan MUET sesi November 2018 hanya dibuka bermula pada tarikh keputusan yang akan diumumkan nanti.
Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN MUET NOVEMBER 2018 SECARA SMS
Semakan keputusan Ujian Muet November 2018 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format teks mesej penghantaran seperti berikut.
Taip: MUET (jarak) RESULT (jarak) NO KAD PENGENALAN SMS ke 15888
Contoh: MUET RESULT 990527035321 SMS ke 15888
RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN MUET
Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan ujian MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan. Caj bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Untuk maklumat lebih lanjut berhubung dengan rayuan penyemakan semula keputusan MUET, sila klik pada judul pautan di bawah
Klik LinkPermohonan Semak Semula Keputusan MUET