Menu Bola

Tarikh keputusan MUET Sesi 1 2019 keluar bulan Mei

05:37 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 4 May 2019 jam 08:21 PM oleh GC.editor

Semua calon-calon yang telah menduduki ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 1 (Mac) pada tahun 2019 boleh mendapatkan pernyataan MUET March Result 2019 masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Mei 2019.

Setiap tahun, keputusan MUET bagi sesi 1 (Mac) akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam bulan Mei, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza. Apapun, yang pasti keputusan MUET sesi Mac akan diumumkan keluar pada bulan Mei.

SEMAKAN KEPUTUSAN MUET SESI 1 (MAC) 2019 SECARA ONLINE DAN SMS PADA TARIKH RASMI

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan MUET sesi Mac iaitu secara dalam talian (online) dan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas mySMS.

Keputusan ujian MUET bagi calon sekolah / institusi juga akan dihantar kepada Pengetua sekolah / institusi yang berkenaan melalui SPP JPN. Manakala keputusan membabitkan calon persendirian individu pula, keputusan akan dimaklumkan / dihantar kepada calon melalui pos.

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat tarikh rasmi dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan pernyataan keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi Mac 2019.

GC Icon
muet sesi mac
TARIKH KEPUTUSAN MUET MAC 2019 DIUMUMKAN
TarikhJam
15 Mei 2019
1000 Pagi
Tarikh rasmi seperti pengumuman daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) .
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN MUET SESI 1 (MAC) 2019 SECARA ONLINE
Semakan keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi Mac 2019 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), sila klik pada judul pautan di bawah.
Klik LinkMalaysian University English Test (MUET) Sesi 1 Result – Check Online
Sebagai makluman, Sistem aplikasi bagi semakan keputusan MUET sesi Mac 2019 hanya dibuka bermula pada tarikh keputusan yang akan diumumkan nanti.
Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN MUET MAC 2019 SECARA SMS
Semakan keputusan Muet Mac 2019 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.
Taip: MUET (jarak) RESULT (jarak) NO KAD PENGENALAN SMS ke 15888
Contoh: MUET RESULT 990527035321 SMS ke 15888
RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN MUET
Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan ujian MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan. Caj bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Untuk maklumat lebih lanjut berhubung dengan rayuan penyemakan semula keputusan MUET, sila klik pada judul pautan di bawah
Klik LinkPermohonan Semak Semula Keputusan MUET