Tarikh keputusan MUET 2020 Sesi 1, 2 & 3 Online & SMS

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Semua calon-calon yang telah menduduki ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 1, 2 dan 3 pada tahun 2020 boleh mendapatkan pernyataan MUET Result 2020 masing-masing dijangka pada satu tarikh yang dinyatakan dalam jadual di bawah.

Setiap tahun, keputusan MUET setiap sesi akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di Portal Rasmi MPM dan Laman Facebook Rasmi MPM.

SEMAKAN KEPUTUSAN MUET 2020 SESI 1, 2 & 3 SECARA ONLINE DAN SMS PADA TARIKH RASMI

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan MUET sesi Julai iaitu secara dalam talian (online) dan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas mySMS.

Keputusan ujian MUET bagi calon sekolah / institusi juga akan dihantar kepada Pengetua sekolah / institusi yang berkenaan melalui SPP JPN. Manakala keputusan membabitkan calon persendirian individu pula, keputusan akan dimaklumkan / dihantar kepada calon melalui pos.

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat tarikh rasmi dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan pernyataan keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 1, 2 dan 3 tahun 2020.

GC Icon
Muet Sesi Julai
TARIKH KEPUTUSAN MUET MAC 2019 DIUMUMKAN
TarikhJam
15 Mei 2019
1000 Pagi
TARIKH KEPUTUSAN MUET JULAI 2019 DIUMUMKAN (SESI 2)
TarikhJam
12 September 2019
1000 pagi
TARIKH KEPUTUSAN MUET NOVEMBER 2019 DIUMUMKAN (SESI 3)
TarikhJam
7 Januari 2020 (Selasa)
10 pagi
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN MUET 2020 SECARA ONLINE
Semakan keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) tahun 2020 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), sila klik pada judul pautan di bawah.
Klik LinkMalaysian University English Test (MUET) July Result – Check Online
Sebagai makluman, Sistem aplikasi bagi semakan keputusan MUET hanya dibuka bermula pada tarikh keputusan yang akan diumumkan nanti.
Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN MUET 2020 SECARA SMS
Semakan keputusan Ujian Muet melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format teks mesej penghantaran seperti berikut.
Taip: MUET (jarak) RESULT (jarak) NO KAD PENGENALAN SMS ke 15888
Contoh: MUET RESULT 990527035321 SMS ke 15888
muet sesi 2 2019
RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN MUET
Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan ujian MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan. Caj bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Untuk maklumat lebih lanjut berhubung dengan rayuan penyemakan semula keputusan MUET, sila klik pada judul pautan di bawah
Klik LinkPermohonan Semak Semula Keputusan MUET
Close