Ranking MRSM Terbaik di Malaysia Keputusan SPM 2019

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sebuah sekolah di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). MRSM telah ditubuhkan pada tahun 1966 bertujuan mencapai matlamat MARA bagi memberi latihan dan pendidikan kepada bumiputra. Untuk pengetahuan MARA merupakan sebuah badan berkanun yang mempunyai sistem kewangan tersendiri bagi membantu menaik taraf usahawan bumiputra dan juga pendidikan dan latihan bumiputra. Yuran-yuran di MRSM sesetengahnya ditanggung oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

MRSM telah dibina di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi memberi pendidikan yang terbaik kepada bumiputra terutama mereka yang kurang berkemampuan. Di MRSM terdapat pelajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dengan pelbagai aliran seperti MRSM Premier, MRSM Ulul Albab, MRSM Teknikal, MRSM ATM, MRSM PDRM dan MRSM Cambridge-IGCSE. Setiap tahun MRSM akan melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga cemerlang sahsiah.

DI MRSM terdapat pelbagai kemudahan pengajian dan pembelajaran. Pelajar diwajibkan untuk tinggal di asrama yang disediakan. Asrama MRSM lengkap dengan katil, tilam, bantal dan lain-lain keperluan untuk kemudahan pelajar. Makan dan minum juga disediakan lima kali sehari dengan zat yang seimbang. Kelas-kelas di MRSM juga lengkap untuk kemudahan pelajar mengulang kaji. Pelajar diwajibkan untuk mematuhi jadual seharian yang telah disediakan.

Di MRSM juga telah melahirkan ramai tokoh pemimpin, usahawan berjaya, golongan intelektual dan ramai lagi. Setiap tahun ketika keputusan SPM diumumkan MRSM akan mengungguli carta sekolah terbaik kebangsaan. Bagi mereka berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga MRSM permohonan boleh dibuat secara atas talian berdasarkan syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan. Pengambilan adalah tertakluk pada kekosongan di MRSM.

SENARAI RANKING MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) TERBAIK MALAYSIA UNTUK KEPUTUSAN SPM 2018

Berikut dikongsikan senarai MRSM mengikut ranking berdasarkan kepada Gred Purata Maktab (GPM) pada keputusan SPM 2019. Turut disertakan adalah senarai MRSM mengikut ranking berdasarkan keputusan SPM 2018 sebagai perbandingan:

GC Icon
Ranking MRSM Terbaik di Malaysia Keputusan SPM 2018
 SENARAI RANKING MRSM BERDASARKAN SPM 2019
RANKING 2019NAMA MRSMGRED PURATA MAKTAB (GPM)RANKING 2018
1MRSM Tun Ghafar Baba1.371
2MRSM Taiping 1.673
3 MRSM Langkawi1.892
4 MRSM Kubang Pasu1.96 5
5MRSM Parit1.9718
6MRSM Kepala Batas2.0010
7MRSM Pengkalan Chepa2.078
8MRSM Gemencheh 2.0821
9MRSM Kuantan2.104
10MRSM Kuala Kubu Bharu 2.146
11MRSM Alor Gajah2.1915
12MRSM Kuala Klawang  2.197
13MRSM Serting2.2014
14MRSM Pengkalan Hulu 2.2313
15MRSM Tun Abdul Razak2.2625
16MRSM Kota Putra2.3627
17MRSM Pasir Salak2.3712
18MRSM Tun Dr. Ismal 2.3716
19MRSM Johor Bahru2.4523
20MRSM Batu Pahat 2.4822
21MRSM Baling2.5011
22 MRSM Arau2.5239
23MRSM Muadzam Shah2.5620
24MRSM Sungai Besar2.5717
25MRSM Tumpat2.589
26MRSM Imtiyaz YT Ketengah 2.5919
27MRSM Felda Jaya (Trolak)2.6040
28MRSM Kuala Berang2.6834
29MRSM Lenggong2.6848
30MRSM Balik Pulau 2.6929
31MRSM Kuala Terengganu2.7037
32MRSM Merbok 2.7732
33MRSM Beseri2.7845
34MRSM Pasir Tumboh2.78 51
35MRSM Terendak2.8441
36MRSM Sultan Azlan Shah2.8824
37MRSM Transkian2.8933
38MRSM Mersing2.8930
39MRSM Kuala Krai2.9047
40MRSM Gerik2.9136
41MRSM PDRM Kulim2.9426
42MRSM Muar2.9842
43MRSM Tun Ghazali Shafie2.9838
44MRSM Kota Kinabalu3.0731
45MRSM Bentong3.0828
46MRSM Semporna 3.09
47MRSM Tun Mustapha3.12
48MRSM Pendang3.1243
49MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens3.2647
50MRSM Kuching3.3035
51MRSM Besut3.3049
52MRSM Jeli3.3052
53MRSM Betong3.5844
54MRSM Mukah3.8450
Close