Semakan keputusan tawaran MRSM Tingkatan 1 2020

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh di bawah penyeliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah ditubuhkan sejak sekitar tahun 1972. MRSM dibangunkan untuk menyediakan kemudahan pendidikan khususnya bagi golongan bumiputera yang berpendapatan rendah seperti di luar bandar dengan fokus untuk melahirkan pelajar terbaik dalam negara ini. Objektif utama ketika asal penubuhan adalah untuk meningkatkan bilangan bumiputera professional yang boleh bersaing dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan.

Selaras dengan objektifnya, MRSM kini bukan sahaja menawarkan kurikulum pendidikan biasa seperti sekolah lain iaitu KBSM, tetapi turut menyediakan para pelajar dengan kurikulum khas MARA serta 5 jenis program / aliran pengajian iaitu SPMRSM Premier, Ulul Albab,  International Baccalaureate Middle Years Programme, IGCSE, dan Teknikal. Kesemua ini ditawarkan di lebih 50 buah MRSM yang telah dibina di sekitar Malaysia di mana setiap sekolah mempunyai satu jenis program sebagai fokus.

Murid lepasan UPSR yang berminat memasuki MRSM boleh membuat permohonan secara atas talian. Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 tahun 2020 telah dibuka mulai 8 September 2019 hingga 30 November 2019. Permohonan kemasukan bagi program Ulul Albab, Teknikal dan IGCSE pula perlu menduduki ujian khas sebelum mendapat tawaran. Permohonan yang tidak berjaya untuk ambilan pertama boleh membuat permohonan rayuan yang dijangka akan dibuka sebaik sahaja semakan keputusan ambilan pertama dibuka sekitar Januari 2020.

SEMAKAN KEPUTUSAN DAN TAWARAN MRSM TINGKATAN 1 2020 ONLINE

Berikut dikongsikan kaedah untuk membuat semakan keputusan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 tahun 2020 melalui dua cara iaitu semakan atas talian dan juga sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

GC-Icon
Permohonan-MRSM-Tingkatan-1
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 2020
Buka Tutup
Dalam-Proses
Dalam-Proses
Sebarang perubahan dalam tarikh semakan keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
CARA MEMBUAT SEMAKAN KEMASUKAN KE MRSM 2020
Abjad-A Semakan melalui sistem atas talian (Online)

APLIKASI SEMAKAN ONLINE KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 1

Sila layari laman sesawang yang disediakan di pautan di atas dan ikuti panduan seterusnya yang diberikan.
Abjad-B Semakan melalui sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)

 SEMAKAN MELALUI SMS KE MRSM TINGKATAN 1

Taip: mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888
TARIKH SEMAKAN PANGGILAN UJIAN KHAS MRSM ULUL ALBAB TINGKATAN 1 2020
Buka Tutup
30 November 2019
Dalam-Proses
PANDUAN SEMAKAN PANGGILAN UJIAN KHAS MRSM ULUL ALBAB TINGKATAN 1 2020
Abjad-A Semakan melalui sistem atas talian (Online)

APLIKASI SEMAKAN ONLINE UJIAN KHAS MRSM ULUL ALBAB TINGKATAN 1

Sila layari laman sesawang yang disediakan di pautan di atas dan ikuti arahan seterusnya yang diberikan.
ARAHAN KEPADA PERMOHONAN YANG LULUS
Tick Makluman akan dihantar menggunakan sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) kepada calon yang lulus permohonan
Tick Calon yang lulus permohonan hendaklah mencetak surat tawaran rasmi daripada aplikasi semakan online seperti pautan di atas
Tick Calon yang lulus permohonan perlu mengesahkan penerimaan / penolakan tawaran dalam tempoh (7) hari selepas semakan keputusan dikeluarkan
Tick Sekiranya calon tidak mengesahkan penerimaan ianya akan dianggap sebagai menolak tawaran tesebut
Tick Tarikh pendaftaran pelajar ke MRSM adalah pada Januari 2020
ARAHAN KEPADA PEMOHON YANG GAGAL
Calon yang gagal dalam permohonan kali pertama boleh membuat permohonan rayuan melalui aplikasi semakan keputusan yang sama seperti pautan di atas dengan klik kepada butang pautan rayuan.
Jika butang pautan rayuan tiada semasa membuat semakan keputusan, pemohon boleh berusaha untuk menghantar surat permohonan rayuan rasmi secara bertulis  kepada Bahagian Pendidikan Mengengah MARA di alamat yang disediakan di bawah
Perlu diingatkan bahawa keputusan bagi permohonan rayuan adalah tertakluk kepada merit yang diperolehi pemohon dan kekosongan penempatan setelah proses pendaftaran pelajar baru ambilan pertama selesai
Klik-Link Contoh Format Surat Rasmi (Permohonan Rayuan Ke MRSM)
Klik-Link Pengambilan Dan Penempatan Pelajar MRSM
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN KE MRSM TINGKATAN 1 2020
Buka Tutup
Januari/Februari 2020
Dalam-Proses
Tarikh rasmi semakan keputusan rayuan ke MRSM Tingkatan 1 akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Tick Makluman akan disampaikan menerusi sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) sekiranya permohonan rayuan berjaya
Tick Seterusnya calon perlu mencetak surat tawaran rasmi yang boleh didapati melalui laman sesawang semakan yang sama
Tick Calon yang berjaya dalam rayuan juga perlu mengesahkan penerimaan/penolakan tawaran pada tarikh yang ditentukan (akan dikemaskini). Jika gagal berbuat demikian pemohon akan dianggap sebagai menolak tawaran tersebut. 
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai masalah dan sebarang pertanyaan lanjut, sila ajukan kepada:
Tick Bahagian Pendidikan Menengah, Tingkat 19 & 20, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.
Tick Talian Utama MARA: 03-26132000
Tick Laman Web MARA: https://www.mara.gov.my/
Tick Tel Unit Pengambilan & Penempatan : 03-2613 4533 / 03-2613 4532 / 03-2613 4531
Tick Tel Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 03-2613 4532 / 03-2613 4533 / 03-2613 4516 / 03-2613 4517
Tick Faks : 03-2691 1658
Close