Menu Bola

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 4 2019 Online

22:12 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 20 December 2018 jam 08:40 PM oleh GC.editor

Berita baik buat pelajar lepasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), anda berpeluang untuk memasuki salah sebuah sekolah berpestrij di Malaysia untuk menyambung pengajian di tingkatan 4 iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Permohonan kemasukan sudah dibuka bermula 9 September 2018 sehingga 30 November 2018. Setelah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan keputusan melalui informasi yang akan dikongsikan seperti di bawah.

MRSM merupakan sekolah berasrama penuh di Malaysia yang dibangunkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai salah satu usaha untuk mencapai matlamat MARA khususnya dalam bidang latihan dan pendidikan juga berikutan kekurangan golongan bumiputera dalam bidang sains dan teknologi. Sehingga kini terdapat 58 buah MRSM di seluruh Malaysia yang meliputi setiap negeri termasuklah di Sabah dan Sarawak. Ianya dilengkapi kemudahan seperti asrama dan fasiliti yang lengkap bagi memudahkan para pelajar untuk belajar dengan selesa dan meraih kecemerlangan dalam pembelajaran.

Dengan memasuki MRSM, para pelajar akan terdedah kepada pembelajaran yang lebih komprehensif mengikuti kurikulum khas MARA di samping mengekalkan kurikulum KBSM seperti pendidikan biasa. MRSM juga menawarkan beberapa program /aliran pengajian seperti Teknikal, IGCSE, Ulul Albab, International Baccalaureate Middle Years Programme dan yang terkini sekali Sains Keusahawanan.

SEMAKAN KEPUTUSAN DAN TAWARAN MRSM TINGKATAN 4 2019 ONLINE & SMS SERTA RAYUAN

Semakan keputusan kemasukan ke MRSM boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu secara atas talian ataupun menggunakan sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). Berikut dikongsikan perincian cara semak keputusan tawaran dan juga maklumat penting untuk kemasukan ke MRSM  tingkatan 4 tahun 2019 termasuk permohonan rayuan.

GC Icon
Semakan keputusan Tingkatan 4 MRSM
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 4 2019
BukaTutup
28 Disember 2018
Dalam Proses
Tarikh semakan yang tepat seperti diumumkan secara rasmi di Portal Rasmi MARA
CARA MEMBUAT SEMAKAN KEMASUKAN KE MRSM 2019
Abjad ASemakan melalui sistem atas talian (Online)

APLIKASI SEMAKAN ONLINE KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 4

Sila layari laman sesawang yang disediakan di pautan di atas dan ikuti arahan seterusnya yang diberikan.
Abjad BSemakan melalui sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)

 SEMAKAN MELALUI SMS KE MRSM TINGKATAN 4

Taip : mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888
ARAHAN KEPADA CALON YANG BERJAYA
TickPermohonan yang berjaya akan dimakluman menggunakan sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)
TickCalon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran rasmi daripada aplikasi semakan online yang sama seperti pautan di atas
TickCalon yang berjaya juga perlu mengesahkan penerimaan / penolakan tawaran dalam tempoh (7) hari selepas semakan keputusan dikeluarkan
TickBagi calon yang tidak mengesahkan penerimaan akan dianggap sebagai menolak tawaran tesebut
TickTarikh pendaftaran kemasukan pelajar ke MRSM adalah pada 14 Januari 2019
ARAHAN KEPADA CALON YANG GAGAL
Calon yang gagal dalam permohonan kali pertama boleh mengemukakan permohonan rayuan pada laman sesawang yang sama.
Sekiranya butang pautan rayuan tidak kelihatan semasa membuat semakan keputusan, pemohon boleh mengambil inisiatif untuk mengemukakan surat rasmi permohonan rayuan bertulis  kepada Bahagian Pendidikan Mengengah MARA (alamat disertakan di bawah).
Namun begitu, keputusan bagi permohonan rayuan adalah berdasarkan kepada merit yang diperoleh pemohon serta kekosongan tempat yang ada setelah pelajar baru mendaftarkan diri. 
Klik LinkContoh Format Surat Rasmi (Permohonan Rayuan ke MRSM)
Klik LinkPengambilan dan Penempatan Pelajar MRSM
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN KE MRSM TINGKATAN 4
BukaTutup
Januari/ Februari 2019
Dalam Proses
Tarikh rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa
TickPermohonan rayuan yang berjaya akan dimaklumkan menerusi sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)
TickSurat tawaran rasmi perlu dicetak dan boleh didapati melalui laman sesawang semakan yang sama
TickPemohon yang berjaya perlu mengesahkan penerimaan/penolakan tawaran pada tarikh yang ditentukan (akan dikemaskini). Sekiranya gagal berbuat demikian, dianggap pemohon menolak tawaran tersebut. 
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai masalah dan sebarang pertanyaan lanjut, sila ajukan kepada:
TickBahagian Pendidikan Menengah, Tingkat 19 & 20, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.
TickTalian Utama MARA: 03-26132000
TickTel Unit Pengambilan & Penempatan : 03-2613 4533 / 03-2613 4532 / 03-2613 4531
TickFaks : 03-2691 1658