Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains Mara

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa calon-calon berpontesi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pengambilan pelajar tingkatan 4 tahun 2021.

MARA juga sentiasa mengutamakan pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan pertengahan (M40) khususnya di luar bandar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Ia selaras dengan dasar penubuhan MRSM untuk memberi peluang pelajar Bumiputera di bandar dan luar bandar cemerlang mendapat pendidikan yang berkualiti.

MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

PERMOHONAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) TAHUN 2021 TINGKATAN 4

Kaedah yang disediakan bagi permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 (Form 4) adalah menggunakan sistem dalam talian (online) dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains Mara
Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains Mara
TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM TAHUN 2021 TINGKATAN 4
DibukaDitutup
24 Ogos 2020
4 Disember 2020
Tarikh permohonan dan lanjutan tarikh adalah RASMI seperti dimaklumkan melalui portal rasmi MARA. 
PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 4 TAHUN 2021
Bagi pelajaran tingkatan 3 (2020) yang mahu membuat permohonan kemasukan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi tingkatan 4 tahun 2021 hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:
Syarat Umum
Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MaraCalon Warganegara Malaysia
Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MaraIbu atau Bapa adalah Warganegara Malaysia
Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MaraCalon mestilah memohon secara online
Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MaraCalon sihat tubuh badan
Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MaraCalon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain
Syarat Khusus
Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MaraCalon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MaraCalon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum
Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MaraKeutamaan diberikan kepada pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah
Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MaraPemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan kepada merit
Terdapat dua program yang berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) di laksanakan di MRSM bagi Tingkatan 4 seperti di bawah:
Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MaraMRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier)
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang berintegrasi antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA.
Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MaraMRSM PKP (Program Khas Pendidikan)
MRSM PKP memberi ruang serta peluang untuk pelajar-pelajar yang berpencapaian akademik tinggi bagi membangunkan dan mengembangkan potensi diri mereka hingga mampu menunjukkan ciri-ciri perlakuan bestari (gifted). Ciri-ciri bestari ini dipamerkan melalui interaksi tiga dimensi perlakuan iaitu berkebolehan tinggi (above average) dalam bidang am atau spesifik (termasuk bidang akademik), komitmen dan kreativiti yang tinggi untuk meyempurnakan sesuatu tugasan yang bermakna kepada masyarakat.
Maklumat Lanjut Program/ Aliran MRSM
Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MaraSenarai Program/ Aliran Dan Lokasi MRSM Yang Menawarkan Program
CARA MEMBUAT PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 4 TAHUN 2021
Pemohon perlu mendapatkan kata laluan permohonan terlebih dahulu bagi membolehkan sistem borang permohonan online MRSM Tingkatan 4 dapat diakses sepenuhnya. Permohonan kata laluan adalah percuma dengan mendaftarkan sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 4 dan boleh dibuat melalui laman web rasmi di pautan berikut.
Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains Marahttps://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MaraTempoh permohonan adalah seperti yang dinyatakan di atas
MENGISI BORANG PERMOHONAN ONLINE
Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon perlu mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan dalam sistem borang permohonan online.
Pemohon mestilah mengisi borang permohonan online melalui laman web rasmi di pautan berikut:
Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains Marahttps://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/frmLoginF4.aspx
Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MaraSistem permohonan kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun pengambilan 2020 hanya dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA.
Pemohon perlu mengisi nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan. Pemohon perlu memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program semasa mengisi borang permohonan.
Pemohon perlu mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online dan dicetak. Untuk maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi MARA di pautan www.mara.gov.my
UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM)
Pemohon yang ingin memohon kemasukan ke MRSM pada tahun ini wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi dan minat para calon
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) termasuklah subjek Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian
MAKLUMAT TAMBAHAN
Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak dihantar secara online tidak akan dipertimbangkan.
Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang ditetapkan oleh MARA.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-26132000 samb 39070, 34494, 34517, 35073, 34578.
Permohonan MRSM 2021 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MaraIklan Rasmi Permohonan Kemasukan ke MRSM 2021