Menu Bola

Permohonan MRSM 2019 tingkatan 4 Maktab Rendah Sains Mara

02:40 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 7 December 2018 jam 10:16 PM oleh GC.editor

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa calon-calon berpontesi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pengambilan pelajar tingkatan 4 tahun 2019.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sentiasa mengutamakan pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan pertengahan (M40) khususnya di luar bandar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Ia selaras dengan dasar penubuhan MRSM untuk memberi peluang pelajar Bumiputera di bandar dan luar bandar cemerlang mendapat pendidikan yang berkualiti.

MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

PERMOHONAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) TAHUN 2019 TINGKATAN 4

Kaedah yang disediakan bagi permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 (Form 4) adalah menggunakan sistem dalam talian (online) dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA).

TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM TAHUN 2019 TINGKATAN 4
DibukaDitutup
9 September 2018
15 Disember 2018 30 November 2018
Tarikh permohonan dan lanjutan tarikh adalah RASMI seperti dimaklumkan melalui portal rasmi MARA. 
PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 4 TAHUN 2019
Bagi pelajaran tingkatan 3 (2018) yang mahu membuat permohonan kemasukan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi tingkatan 4 tahun 2019 hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:
Syarat Umum
No 1Calon Warganegara Malaysia
No 2Ibu atau Bapa adalah Warganegara Malaysia
No 3Calon mestilh memohon secara online
No 4Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2018 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometerik (PPsi)
No 5Calon sihat tubuh badan, bebas daripada masalah mental, penyakit kronik seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan – epilepsy dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan, membataskan serta menyukarkan pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum
No 6Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain
No 7Calon mestilah berminat belajar di MRSM
Syarat Khusus
No 1Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
No 2Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum
No 3Keutamaan diberikan kepada pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah
No 4Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan kepada merit
Terdapat tiga program yang berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) di laksanakan di MRSM bagi Tingkatan 4 seperti di bawah:
No 1MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier)
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang berintegrasi antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA.
No 2MRSM PKP (Program Khas Pendidikan)
MRSM PKP memberi ruang serta peluang untuk pelajar-pelajar yang berpencapaian akademik tinggi bagi membangunkan dan mengembangkan potensi diri mereka hingga mampu menunjukkan ciri-ciri perlakuan bestari (gifted). Ciri-ciri bestari ini dipamerkan melalui interaksi tiga dimensi perlakuan iaitu berkebolehan tinggi (above average) dalam bidang am atau spesifik (termasuk bidang akademik), komitmen dan kreativiti yang tinggi untuk meyempurnakan sesuatu tugasan yang bermakna kepada masyarakat.
No 3MRSM Program SPMRSM Sains Keusahawanan
SPMRSM Sains Keusahawanan menerapkan elemen keusahawanan melalui mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas.
Maklumat Lanjut Program/ Aliran MRSM
Klik LinkSenarai Program/ Aliran Dan Lokasi MRSM Yang Menawarkan Program
CARA MEMBUAT PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 4 TAHUN 2019
Pemohon perlu mendapatkan kata laluan permohonan terlebih dahulu bagi membolehkan sistem borang permohonan online MRSM Tingkatan 4 dapat diakses sepenuhnya. Permohonan kata laluan adalah percuma dengan mendaftarkan sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 4 dan boleh dibuat melalui laman web rasmi di pautan berikut.
Klik Linkhttps://mohon.mrsm.edu.my/form4/validateUser.jsp
InfoTempoh permohonan adalah dari 9/9 hingga 30/11/2018
MENGISI BORANG PERMOHONAN ONLINE
Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon perlu mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan dalam sistem borang permohonan online.
Pemohon mestilah mengisi borang permohonan online melalui laman web rasmi di pautan berikut:
Klik Linkhttps://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp
InfoSistem permohonan kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun pengambilan 2019 hanya dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA.
Pemohon perlu mengisi nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan. Pemohon perlu memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program semasa mengisi borang permohonan.
Pemohon perlu mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online dan dicetak. Untuk maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi MARA di pautan www.mara.gov.my
MAKLUMAT TAMBAHAN
Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak dihantar secara online tidak akan dipertimbangkan.
Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang ditetapkan oleh MARA.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-26132000 samb 39070, 34494, 34517, 35073, 34578.