Permohonan MRSM 2024 tingkatan 1 & 4 Maktab Rendah Sains Mara

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa calon-calon berpontesi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pengambilan pelajar tingkatan 1 tahun 2024.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sentiasa mengutamakan pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan pertengahan (M40) khususnya di luar bandar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Ia selaras dengan dasar penubuhan MRSM untuk memberi peluang pelajar Bumiputera di bandar dan luar bandar cemerlang mendapat pendidikan yang berkualiti.

MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

Permohonan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tahun 2024 Tingkatan 1

Kaedah yang disediakan bagi permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 (Form 1) adalah menggunakan sistem dalam talian (online) yang akan dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Tarikh Permohonan Kemasukan MRSM Tahun 2024 TINGKATAN 1

Dibuka : 15 September 2023

Ditutup : 20 Oktober 2023

Tarikh RASMI seperti dimaklumkan melalui Facebook Rasmi MARA

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Tahun 2024

Bagi calon-calon yang mahu membuat permohonan kemasukan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi tingkatan 1 tahun 2024 hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:
I) Syarat Umum
  1. Calon Warganegara Malaysia
  2. Ibu atau Bapa adalah Warganegara Malaysia
  3. Calon mestilah memohon secara online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  4. Calon sihat tubuh badan
  5. Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain
  6. Calon lahir pada 2 Jan 2011 hingga 1 Jan 2012

II) Syarat Khusus

  1. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
  2. Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum
  3. Keutamaan diberikan kepada pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah
  4. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan kepada merit

Terdapat lima program yang berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) di laksanakan di MRSM bagi Tingkatan 1 seperti di bawah:

  1. MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier)Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang berintegrasi antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA
  2. MRSM Program SPMRSM Ulul AlbabProgram SPMRSM Ulul Albab mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dengan tambahan program hafazan Al-Quran. Untuk peperiksaan SPM pelajar akan mengambil mata pelajaran Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syari’ah Islamiah selain mata pelajaran teras teras yang lain.
  3. MRSM Program SPMRSM Cambridge-IGCSEProgram SPMRSM Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education) ialah sistem pendidikan MRSM yang menawarkan dwisijil iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan IGCSE dalam tempoh lima tahun pengajian. Pelajar menduduki kedua-dua peperiksaan iaitu Cambridge IGCSE semasa di Tingkatan 4 dan SPM semasa di Tingkatan 5.
  4. MRSM Program SPMRSM IB-Middle Years Programme (MYP)Program SPMRSM MYP mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dan mengaplikasikan pendekatan MYP dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate.
  5. MRSM Program SPMRSM TeknikalSPMRSM Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan yang merangkumi ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrikal dan Tingkatan 1 hingga 3. Kesinambungannya diteruskan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu pelajar ditawarkan dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Maklumat Lanjut Program/ Aliran MRSM

Cara Membuat Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Tahun 2024 Online

Pemohon perlu mendapatkan kata laluan permohonan terlebih dahulu bagi membolehkan sistem borang permohonan online MRSM Tingkatan 1 dapat diakses sepenuhnya. Permohonan kata laluan adalah percuma dengan mendaftarkan sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan boleh dibuat melalui laman web rasmi di pautan berikut:

I) MENGISI BORANG PERMOHONAN ONLINE

Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon perlu mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan dalam sistem borang permohonan online.

Pemohon mestilah mengisi borang permohonan online melalui laman web rasmi di pautan berikut:

Pemohon perlu mengisi nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan. Pemohon perlu memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan.

Pemohon perlu mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online dan dicetak. Untuk maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi MARA di pautan www.mara.gov.my

II) UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM)

  1. Pemohon yang ingin memohon kemasukan ke MRSM pada tahun ini wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi dan minat para calon
  2. Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) termasuklah subjek Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian
  3. Untuk pemohon yang memohon program Ulul Albab adalah diwajibkan untuk menduduki Ujian Hafazan sebagai syarat tambahan

Maklumat Tambahan

  1. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  2. Permohonan yang tidak dihantar secara online tidak akan dipertimbangkan.Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang ditetapkan oleh MARA.
  3. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-26132000 samb 39070, 34494, 34517, 35073, 34578.

Permohonan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tahun 2024 Tingkatan 4

Kaedah yang disediakan bagi permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 (Form 4) adalah menggunakan sistem dalam talian (online) dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Tarikh Permohonan Kemasukan MRSM Tahun 2024 TINGKATAN 4

Dibuka : 15 September 2023

Ditutup : 20 Oktober 2023

Tarikh permohonan dan lanjutan tarikh adalah RASMI seperti dimaklumkan melalui portal rasmi MARA.

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Tahun 2024

Bagi pelajaran tingkatan 3 (2023) yang mahu membuat permohonan kemasukan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi tingkatan 4 tahun 2024 hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

I) Syarat Umum

  1. Calon Warganegara Malaysia
  2. Ibu atau Bapa adalah Warganegara Malaysia
  3. Calon mestilah memohon secara online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  4. Calon sihat tubuh badan
  5. Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain
  6. Calon lahir pada 2 Jan 2008 hingga 1 Jan 2009

II) Syarat Khusus

  1. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
  2. Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum
  3. Keutamaan diberikan kepada pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah
  4. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan kepada merit

Terdapat dua program yang berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) di laksanakan di MRSM bagi Tingkatan 4 seperti di bawah:

  1. MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier)
    • Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang berintegrasi antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA.
  2. MRSM PKP (Program Khas Pendidikan)
    • MRSM PKP memberi ruang serta peluang untuk pelajar-pelajar yang berpencapaian akademik tinggi bagi membangunkan dan mengembangkan potensi diri mereka hingga mampu menunjukkan ciri-ciri perlakuan bestari (gifted). Ciri-ciri bestari ini dipamerkan melalui interaksi tiga dimensi perlakuan iaitu berkebolehan tinggi (above average) dalam bidang am atau spesifik (termasuk bidang akademik), komitmen dan kreativiti yang tinggi untuk meyempurnakan sesuatu tugasan yang bermakna kepada masyarakat.
  3. Maklumat Lanjut Program/ Aliran MRSM

Cara Membuat Permohonan Online Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Tahun 2024

Pemohon perlu mendapatkan kata laluan permohonan terlebih dahulu bagi membolehkan sistem borang permohonan online MRSM Tingkatan 4 dapat diakses sepenuhnya. Permohonan kata laluan adalah percuma dengan mendaftarkan sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 4 dan boleh dibuat melalui laman web rasmi di pautan berikut.

I) MENGISI BORANG PERMOHONAN ONLINE

Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon perlu mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan dalam sistem borang permohonan online.

Pemohon mestilah mengisi borang permohonan online melalui laman web rasmi di pautan berikut:

Pemohon perlu mengisi nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan.

Pemohon perlu memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program semasa mengisi borang permohonan.Pemohon perlu mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online dan dicetak. Untuk maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi MARA di pautan www.mara.gov.my

II) UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM)

Pemohon yang ingin memohon kemasukan ke MRSM pada tahun ini wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi dan minat para calon

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) termasuklah subjek Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian

Maklumat Tambahan

Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak dihantar secara online tidak akan dipertimbangkan.

Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang ditetapkan oleh MARA.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-26132000 samb 39070, 34494, 34517, 35073, 34578.

Related : pemohon daripada keluarga berpendapatan, jan 2008 bagi calon, mula dibuka, 2008 bagi calon tingkatan, calon tingkatan 4 2023, ibu bapa dan penjaga, untuk membuat permohonan, membuat permohonan secara, cemerlang dalam akademik,