Menu Bola

Permohonan MRSM 2019 tingkatan 1 Maktab Rendah Sains Mara

21:00 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 28 November 2018 jam 09:15 PM oleh GC.editor

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa calon-calon berpontesi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pengambilan pelajar tingkatan 1 tahun 2019.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sentiasa mengutamakan pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan pertengahan (M40) khususnya di luar bandar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Ia selaras dengan dasar penubuhan MRSM untuk memberi peluang pelajar Bumiputera di bandar dan luar bandar cemerlang mendapat pendidikan yang berkualiti.

MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

PERMOHONAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) TAHUN 2019 TINGKATAN 1

Kaedah yang disediakan bagi permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 (Form1) adalah menggunakan sistem dalam talian (online) yang akan dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA).

TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM TAHUN 2019 TINGKATAN 1
DibukaDitutup
9 September 2018
30 November 2018
Dilanjutkan sehingga 4 Disember 2018
Tarikh RASMI seperti dimaklumkan melalui portal rasmi eWARTA MARA
PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 TAHUN 2019
Bagi calon-calon yang mahu membuat permohonan kemasukan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi tingkatan 1 tahun 2019 hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:
Syarat Umum
No 1Calon Warganegara Malaysia
No 2Ibu atau Bapa adalah Warganegara Malaysia
No 3Calon mestilh memohon secara online
No 4Calon yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2018 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
No 5Calon sihat tubuh badan, bebas daripada masalah mental, penyakit kronik seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan – epilepsy dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan, membataskan serta menyukarkan pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum
No 6Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain
No 7Calon mestilah berminat belajar di MRSM
Syarat Khusus
No 1Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
No 2Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum
No 3Keutamaan diberikan kepada pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah
No 4Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan kepada merit
Terdapat tujuh program yang berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) di laksanakan di MRSM bagi Tingkatan 1 seperti di bawah:
No 1MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier)
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang berintegrasi antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA
No 2MRSM Program SPMRSM Ulul Albab
Program SPMRSM Ulul Albab mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dengan tambahan program hafazan Al-Quran. Untuk peperiksaan SPM pelajar akan mengambil mata pelajaran Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syari’ah Islamiah selain mata pelajaran teras teras yang lain.
No 3MRSM Program SPMRSM Cambridge-IGCSE
Program SPMRSM Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education) ialah sistem pendidikan MRSM yang menawarkan dwisijil iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan IGCSE dalam tempoh lima tahun pengajian. Pelajar menduduki kedua-dua peperiksaan iaitu Cambridge IGCSE semasa di Tingkatan 4 dan SPM semasa di Tingkatan 5.
No 4MRSM Program SPMRSM IB-Middle Years Programme (MYP)
Program SPMRSM MYP mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dan mengaplikasikan pendekatan MYP dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate.
No 5MRSM Program SPMRSM Teknikal
SPMRSM Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan yang merangkumi ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrikal dan Tingkatan 1 hingga 3. Kesinambungannya diteruskan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu pelajar ditawarkan dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
No 6MRSM ATM
Menawarkan kurikulum Sistem Pendidikan MRSM disamping nilai tambah kepimpinan melalui aktiviti badan beruniform PKBM. Penerapan disiplin dan etos kepimpinan, pemantapan keyakinan diri dan konsep kendiri serta penerapan nilai asas ketenteraan. Pelajar adalah wajib untuk mengikuti badan beruniform Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM).
No 7MRSM PDRM
Menawarkan kurikulum Sistem Pendidikan MRSM disamping nilai tambah kepimpinan melalui aktiviti badan beruniform Kor Kadet Polis. Penerapan disiplin dan etos kepimpinan, pemantapan keyakinan diri dan konsep kendiri serta penerapan nilai asas kepolisan. Pelajar wajib mengikuti badan beruniform Kor Kadet Polis.
Maklumat Lanjut Program/ Aliran MRSM
Klik LinkSenarai Program/ Aliran Dan Lokasi MRSM Yang Menawarkan Program
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 TAHUN 2019 ONLINE
Pemohon perlu mendapatkan kata laluan permohonan terlebih dahulu bagi membolehkan sistem borang permohonan online MRSM Tingkatan 1 dapat diakses sepenuhnya. Permohonan kata laluan adalah percuma dengan mendaftarkan sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan boleh dibuat melalui laman web rasmi di pautan berikut:
Klik Linkhttps://mohon.mrsm.edu.my/form1/validateUser.jsp
InfoTempoh permohonan adalah dari 9/9 hingga 30/11/2018. Dilanjutkan sehingga 4 Disember 2018 bagi membolehkan ibu bapa/ pelajar yang berkelayakan untuk memohon sejurus keputusan UPSR 2018 diumumkan.
MENGISI BORANG PERMOHONAN ONLINE
Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon perlu mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan dalam sistem borang permohonan online.
Pemohon mestilah mengisi borang permohonan online melalui laman web rasmi di pautan berikut:
Klik Linkhttps://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp
InfoSistem permohonan kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun pengambilan 2019 hanya dibuka pada tarikh 9 September sehingga 30 November 2018
Pemohon perlu mengisi nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan. Pemohon perlu memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan.
Pemohon perlu mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online dan dicetak. Untuk maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi MARA di pautan www.mara.gov.my
UJIAN KHAS MENGIKUT PROGRAM
Pemohon yang memilih program SPMRSM ULUL ALBAB, SPMRSM CAMBRIDGE IGCSE, dan SPMRSM TEKNIKAL perlu menduduki Ujian Khas yang telah ditetapkan
Panggilan untuk menduduki Ujian Khas ini akan dimaklumkan melalui emel dan SMS.
Pemohon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Khas mestilah membawa cetakan borang permohonan dan dokumen berkaitan yang telah disahkan ke pusat ujian.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak dihantar secara online tidak akan dipertimbangkan.
Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang ditetapkan oleh MARA.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-26132000 samb 39070, 34494, 34517, 35073, 34578.