Jadual Siaran Langsung MotoGP 2019 Di Saluran RTM

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Bagi semua peminat tegar MotoGP di luar sana, musim kejohanan MotoGP 2019 telah pun bermula. Dapat dilihat penampilan pasukan-pasukan yang bertanding mewakili jenama motosikal ternama di seluruh dunia seperti Ducati, Yamaha, Honda, KTM, Aprilia dan Suzuki. MotoGP ataupun Grand Prix Motorcycle Racing merupakan sukan perlumbaan motosikal yang dikendalikan oleh Federation International de Motocyclisme (FIM) yang diadakan setiap tahun dan dijalankan di trek perlumbaan ternama dari negara yang berbeza. Kejohanan MotoGP pada kali ini menyaksikan Malaysia bakal menjadi tuan rumah pada pusingan yang ke-18 yang akan berlangsung pada 3 November 2019 di Litar Sepang.

Menjuarai MotoGP pada kejohanan musim lepas adalah penunggang berbangsa Sepanyol iaitu Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda dengan jurang perbezaan 76 mata berbanding pencabar terdekat Andrea Dovizioso daripada pasukan Ducati.

Yang sudah pasti menjadi tumpuan buat julung kali dalam kategori MotoGP iaitu Hafizh Syahrin. Penunggang Red Bull KTM Tech 3 itu, sudah memasuki penampilan yang kedua buat kariernya. Beliau adalah pelumba MotoGP yang menjadi kebanggaan Malaysia dan merupakan penunggang pertama dari Asia Tenggara yang bertanding dalam kejohanan ini. Selain itu, juga wakil Malaysia yang terlibat dalam pertandingan ini dalam kategori Moto2 adalah Khairul Idham Pawi yang mewakili pasukan Petronas Sprinta Racing dengan menggunakan jentera Kalex.

Seiring pencapaian pelumba negara, Malaysia kini dapat berbangga kerana mempunyai pasukan MotoGP yang tersendiri melalui Petronas Yamaha SRT. Walaupun dilihat masih setahun jagung, pasukan ini dilihat mampu memberi cabaran yang sengit kepada pasukan-pasukan lain yang bertanding.

Kejohanan MotoGP musim kali ini telah pun bermula sejak 10 Mac yang lalu dan akan tamat pada 17 November 2019. Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah memperoleh hak untuk menjadi salah satu penyiar berlesen bagi kejohanan MotoGP dan secara tidak langsung dapat menyediakan tayangan sukan percuma buat rakyat Malaysia.

Bagi edisi ke-71 ini, RTM bakal menyiarkan 10 aksi litar perlumbaan MotoGP yang merangkumi perlumbaan secara langsung. Para penonton boleh menikmati tayangan perlawanan menerusi saluran TV1, TV2, RTM HD Sports serta laman sesawang dan aplikasi RTM Mobile. Tayangan bagi setiap perlawanan dapat dirujuk berdasarkan Jadual Siaran Langsung MotoGP 2019 RTM.

JADUAL LIVE MOTOGP 2019 DI SALURAN RTM TV1, TV2 DAN RTM HD SPORTS

Perlumbaan MotoGP 2019 yang seterusnya akan berlangsung pada 25 Ogos di Silverstone, Great Britain. Siaran langsung perlawanan tersebut dapat ditonton di TV1 dan RTM HD Sports pada jam 6 petang.

GC Icon
Jadual Live MotoGP
JADUAL LIVE MOTOGP 2019 RTM
Berikut dikongsikan Jadual Siaran Langsung MotoGP 2019 yang disiarkan dan tidak disiarkan oleh RTM. RTM akan menyiarkan sejumlah 10 kejohanan semua sekali di mana dua jenis siaran akan ditayangkan secara langsung iaitu sesi kelayakan pada hari Sabtu dan Acara Perlumbaan pada hari Ahad. Maklumat yang disertakan termasuk tarikh dan masa siaran langsung ditayangkan serta lokasi acara dijalankan. Waktu acara berlangsung adalah mengikut waktu tempatan di Malaysia.
Jadual Siaran Langsung MotoGP
BilTarikhMasaAcaraTempatRTM
19 & 10 MacQatar Motorcycle Grand PrixLosail International Circuit, Qatar
230 & 31 MacArgentine Motorcycle Grand PrixTermas de Rio Hondo, Argentina
313 & 14 AprMotorcycle Grand Prix of the AmericasCircuit Of The Americas, Amerika Syarikat
44 & 5 Mei9:00PM-10:00PM
4:45PM-9:15PMlive
Spanish Motorcycle Grand PrixCircuito de Jerez – Angel Nieto, Sepanyol
tv 2 minrtm hd sports
518 & 19 MeiFrench Motorcycle Grand PrixLe Mans. Perancis
61 & 2 JunItalian Motorcycle Grand PrixAutodromo Internazionale del Mugello, Itali
715 & 16 Jun6:00PM-10:00PM
4:45PM-9:15PMlive
Catalan Motorcycle Grand PrixCircuit de Barcelona-Catalunya, Sepanyol
TV1rtm hd sports
829 & 30 JunDutch TTTT Circuit Assen, Belanda
96 & 7 Jul6:00PM-10:00PM
4:45PM-9:15PMlive
German Motorcycle Grand PrixSachsenring, Jerman
TV1rtm hd sports
103 & 4 OgosCzech Republic Motorcycle Grand PrixAutomotodrom Brno, Republik Czech
1110 & 11 Ogos6:00PM-10:00PM
4:45PM-9:15PMlive
Austrian Motorcycle Grand PrixRed Bull Ring – Spielberg, Austria
TV1rtm hd sports
1224 & 25 Ogos7:30PM-11:00PM
6:00PM-11:45PMlive
British Motorcycle Grand PrixSilverstone Circuit, Great Britain
TV1rtm hd sports
1314 & 15 SepSan Marino and Rimini’s Coast Motorcycle Grand PrixMisano World Circuit Marco Simoncelli, Itali
1421 & 22 Sep6:00PM-10:00PM
4:45PM-9:15PMlive
Aragon Motorcycle Grand PrixMotorLand Aragon, Sepanyol
TV1rtm hd sports
155 & 6 OktThailand Motorcycle Grand PrixChang International Circuit, Thailand
1619 & 20 Okt11:30AM-3:00PM
9:45AM-2:15PMlive
Japanese Motorcycle Grand PrixTwin Ring Motegi, Jepun
tv 2 minrtm hd sports
1726 & 27 Okt10:30AM-2:00PM
8:45AM-1:15PMlive
Australian Motorcycle Grand PrixPhillip Island, Australia
tv 2 minrtm hd sports
183 & 4 Nov12:30PM-4:00PM
11:45AM-4:15PMlive
Malaysian Motorcycle Grand PrixSepang International Circuit, Malaysia
tv 2 minrtm hd sports
1916 & 17 Nov7:30PM-11:30PM
5:45PM-10:15PMlive
Valencian Community Motorcycle Grand PrixCircuit Ricardo Tormo, Sepanyol
TV1rtm hd sports
Close