Tarikh lihat dan tempat mencerap anak bulan Syawal 2024 1445H

Program atau aktiviti mencerap anak bulan Syawal bagi tujuan penetapan tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) tahun ini 2024M / 1445H untuk umat Islam di Malaysia akan diumumkan. Pada tahun 2023 aktiviti mencerap anak bulan ialah pada lewat petang hari Khamis, 20 April 2023 bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Sebagai makluman kepada umat Islam di Malaysia, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad akan mengisytiharkan pada malam itu juga berkenaan dengan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2024 di Malaysia melalui radio dan televisyen.

Tarikh Program Mencerap Anak Bulan Syawal 2024 1445H Bagi Penetapan Hari Raya Puasa (Aidilfitri)

Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal bagi penetapan tarikh hari raya aidilfitri pada 9 April 2024 di lokasi cerapan seluruh negeri di Malaysia seperti di bawah.

Program Mencerap Anak Bulan Syawal Tahun Ini 2024-1445H

TARIKH : 9 April 2024

WAKTU :

Lokasi Program Mencerap Anak Bulan Syawal Tahun Ini 2024-1445H

NegeriLokasi
PerlisKuala Sungai Baru, Simpang Empat
KedahKampung Pulau Sayak, Kuala Muda
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
Menara Alor Setar, Alor Setar
Pulau PinangPusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
PerakPantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
Kuala LumpurMenara Kuala Lumpur
SelangorBukit Melawati
Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
PutrajayaPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Negeri SembilanTelok Kemang, Port Dickson
MelakaKompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
JohorPontian Kecil
PahangBukit Tanjong Batu, Nenasi
Gunung Berincang, Cameron Highlands
Bukit Pelindung, Kuantan
TerengganuBukit Besar, Kuala Terengganu
Bukit Geliga, Kemaman
Pulau Perhentian, Besut
Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu
KelantanBukit Peraksi, Pasir Putih
Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu
SarawakTanjung Lubang, Miri
Teluk Bandung, Kuching
Tanjung Batu, Bintulu
SabahBalai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
LabuanTingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan