Anugerah Meletop Era 2020 siaran langsung keputusan pemenang AME

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020 akan berlangsung pada hari Ahad, 12 April 2020 bermula jam 9 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan menyaksikan 15 kategori popular dipertandingkan.

AME Anugerah MeleTOP Era (AME) merupakan sebuah acara penganugerahan yang dianjurkan oleh pihak Astro dan Era FM sebagai pengiktirafan kepada semua penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi dalam pelbagai bidang antaranya lakonan, pengacaraan, komedi, fesyen, muzik, radio, televisyen, filem dan digital.

Pada AME tahun ini, tiga kategori anugerah digugurkan iaitu Artis Lawak Meletop, Penyampai Radio Meletop dan Program Radio Meletop. Namun begitu, tiga kategori baru diperkenalkan iaitu Influencer Meletop, Artis Versatil Meletop dan Top Top Meletop untuk Grup dan Duo.

SIARAN LANGSUNG KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2020

Anugerah MeleTOP Era (AME2020) turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Astro Go bermula jam 9 malam.

AME 2020 dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Jihan Muse dan akan diserikan dengan penampilan istimewa beberapa selebriti menemani pengacara utama.

Siti Nordiana, Zizan Razak, Mira Filzah dan Naim Daniel merupakan empat selebriti yang menerima empat pencalonan awal TOP 20 dalam Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020.

result anugerah meletop

InfoSENARAI PENUH PEMENANG SETIAP KATEGORI ANUGERAH MELETOP ERA 2019
Berikut merupakan paparan senarai keputusan penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Meletop ERA (AME) 2019. Senarai keputusan penuh pemenang Anugerah Meletop ERA (AME) 2020 akan dikemaskini.
PEMENANG KATEGORI ANUGERAH MELETOP ERA | AME 2019
KategoriPemenang
Lagu MeleTOPJatuh Bangun – Haqiem Rusly
Filem MeleTOPMunafik 2
Fesyen MeleTOPSyafiq Kyle
Penyanyi MeleTOPKhai Bahar
Bintang Filem MeleTOPSyafiq Kyle
Si Cilik MeleTOPYussof Al-Qardawi
Pelakon TV MeleTOPSyafiq Kyle
Program MeleTOPSepahtu Reunion Live Al-Puasa
Artis Baharu MeleTOPEyra Hazali
Couple MeleTOPFattah Amin & Nur Fazura
Artis Lawak MeleTOPJep Sepahtu
Penyampai Radio MeleTOPJohan
Duo / Group MeleTOPHel Husaini & Dayang Nurfaizah
Drama MeleTOPLelaki Kiriman Tuhan
Program Radio MeleTOPJoHaRa Pagi Era
Hos MeleTOPSiti Nordiana
Pemenang Kategori Top Top MeleTOP (Lelaki)
Khai Bahar
Pemenang Kategori Top Top MeleTOP (Wanita)
Siti Nordiana
ANUGERAH KHAS MELETOP ERA 2019
Dato’ M Daud Kilau 
Close