Manfaat SOCSO (Faedah orang tanggungan PERKESO)

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Sebagai manusia biasa, menghidap penyakit dan mengalami kemalangan sudah menjadi suatu kelaziman. Walau sesihat mana pun persekitaran sesebuah syarikat itu atau seketat mana pun prosedur keselamatan yang mereka amalkan, kebarangkalian untuk para pekerja mengalami masalah kesihatan atau ditimpa kemalangan tetap ada. Menyedari akan hakikat ini, kepentingan mencarum dengan PERKESO dapat dilihat dengan jelas

Secara asasnya, amanah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau Social Security Organisation (SOCSO) adalah untuk melaksanakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Sosial Pekerja 1971. PERKESO menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim tertentu seperti Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan

Menerusi Skim Bencana Pekerjaan, para pekerja akan memperoleh perlindungan daripada bencana pekerjaan yang melibatkan penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan yang berkaitan dengan pekerjaan. Skim Keilatan pula menyediakan perlindungan selama 24 jam bagi pekerja yang ditimpa keilatan (keuzuran berkekalan yang tidak akan sembuh)  atau kematian yang berpunca dari sebab-sebab selain daripada yang berkaitan dengan pekerjaan

Terdapat lapan faedah atau manfaat SOCSO yang diterima oleh pencarum di bawah Skim Bencana Pekerjaan. Salah satunya adalah Faedah Orang Tanggungan di mana orang tanggungan layak untuk menerima faedah ini seandainya pekerja terbabit maut atau meninggal dunia disebabkan oleh bencana pekerjaan

MANFAAT SOCSO PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (FOT – FAEDAH ORANG TANGGUNGAN PERKESO)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan faedah yang diterima oleh orang tanggungan pencarum PERKESO termasuk amaun syer harian yang diterima untuk setiap orang tanggungan yang berbeza

GC-Icon
orang-tanggungan-perkeso-2
KADAR FAEDAH HARIAN YANG AKAN DITERIMA ORANG TANGGUNGAN
Orang tanggungan yang layak menerima faedah akan dibayar dengan kadar harian sebanyak 90% daripada gaji purata harian dengan anggapan bahawa pekerja tertakluk kepada kadar sekurang-kurangnya RM30.00 sehari dan tidak lebih dari RM118.50 sehari
ORANG TANGGUNGAN DAN SYER KADAR HARIAN
Syer kadar harian yang diterima oleh orang tanggungan disenaraikan mengikut keutamaan seperti berikut:
ORANG TANGGUNGAN SYER KADAR HARIAN
Balu Atau Duda 3/5
Anak 2/5 (bahagian anak menjadi 3/5 sekiranya balu meninggal dunia)
No-1 Balu atau duda layak memperoleh faedah seumur hidup walaupun sudah berkahwin semula (mulai atau selepas 1 Mei 2005)
No-2 Semua anak yang menepati syarat layak memperoleh faedah termasuklah anak kandung, anak angkat, anak tiri yang disara atau anak tidak sah taraf
No-3 Anak layak mendapat faedah sehingga mencapai usia 21 tahun atau berkahwin (yang mana lebih awal)
No-4 Sekiranya anak sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi, faedah akan diterima sehingga memperoleh Ijazah pertama atau berkahwin (yang mana lebih awal)
No-5 Buat anak yang terencat mental atau kurang upaya dari segi fizikal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri layak mendapat faedah selama tiada upaya menyara kehidupannya
ORANG TANGGUNGAN DAN SYER KADAR HARIAN SELAIN BALU/DUDA ATAU ANAK
Sekiranya pekerja tersebut meninggal dunia kerana bencana pekerjaan dan tidak meninggalkan anak, balu atau duda, Faedah Orang Tanggungan akan dibayar kepada orang tanggungan berikut:
ORANG TANGGUNGAN SYER KADAR HARIAN KETERANGAN
Ibu Bapa 4/10
Layak memperoleh faedah untuk seumur hidup
Adik-beradik 3/10 Layak memperoleh faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (yang mana lebih awal)
Datuk Atau Nenek (Sekiranya ibu bapa tiada) 4/10 Layak memperoleh faedah untuk seumur hidup
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi butiran berikut atau klik pautan di bawah:
Tick Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur
Tick Call Centre BHN Hot Line: 1-300-22-8000
Klik-Link Laman Web Rasmi PERKESO
Klik-Link Soalan Lazim (FAQ) PERKESO
Close