Menu Bola

Siaran langsung keputusan Malaysia Vs UAE 10.9.2019 Kelayakan Piala Dunia 2022

01:51 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 10 September 2019 jam 10:44 PM oleh GC.editor

Skuad bolasepak Malaysia di bawah bimbingan jurulatih, Tan Cheng Hoe akan bertemu pasukan tangga ke 6 Asia dan ke 65 dunia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi kedua kelayakan Piala Dunia 2022 serta kelayakan Piala Asia 2023 Pusingan Kedua. Di atas kertas, tugas Malaysia amat sukar kerana UAE pernah membelasah Malaysia 10 – 0 pada kelayakan Piala Dunia 2018 yang lepas dan kini mereka dibimbing oleh jurulatih, Bert van Marwijk yang pernah membimbing Belanda ke final Piala Dunia 2010 serta diperkuatkan oleh pemain seperti, Omar Abdulrahman dan Ali Mabkhout.

Perlawanan kedua Malaysia untuk peringkat kumpulan G dan pertama buat UAE akan berlangsung pada hari Selasa, 10 September 2019 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 8:45 malam. Pada perlawanan pertama, skuad Harimau Malaya menewaskan musuh tradisi, Indonesia melalui kemenangan dramatik 3-2 di Jakarta.

Untuk rekod, kali terakhir Harimau Malaya menewaskan pasukan UAE adalah pada Kejohanan Pestabola Merdeka 1982 dengan jaringan 2-1, dan satu lagi kemenangan dicatatkan dengan jaringan 2-0 pada Piala Asia 1980. Selainnya, pasukan kebangsaan telah tewas dalam sembilan pertemuan lain dan seri hanya sekali.

Pasukan lain yang berada di kumpulan yang sama adalah pasukan Thailand dan Vietnam yang beraksi minggu lepas dan terikat 0-0 di Bangkok.

Berikut dikongsikan tarikh dan keputusan perlawanan antara Malaysia menentang UAE yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur:

GC Icon
 malaysia uae world cup
Malaysia AFF Suzuki CupuaeMALAYSIA VS UAE KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022/ PIALA ASIA 2023
Perlawanan membabitkan pasukan Malaysia (lwn) UAE bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 10 September 2019 bermula pada jam 8:45 malam, Selasa
Berikut merupakan keputusan semasa dan terkini perlawanan kedua kumpulan saingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 Kumpulam G  yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh perlawanan
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS UAE 10.9.2019 KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022 /PIALA ASIA 2023
MalaysiaMalaysia AFF Suzuki Cup
1
2
uaeUAE
Penjaring Gol Syafiq Ahmad 1′845 pmLive ScoreAli Ahmed Mabkhout 43′, 75′ Penjaring Gol
 KESEBELASAN PEMAIN MALAYSIA VS UAE 10.9.2019
MALAYSIA: 1. Farizal Marlias (GK)(C); 2. Matthew Davies, 3. Shahrul Saad, 5. Adam Nor Azlin, 7. La’Vere Corbin-Ong; 6. Brendan Gan, 8. Nor Azam Abdul Azih; 13. Mohamadou Sumareh, 20. Syafiq Ahmad, 11. Safawi Rasid; 9. Norshahrul Idlan Talaha.

Subs: 4. Syahmi Safari, 10. Shahrel Fikri Md Fauzi, 12. Akram Mahinan, 14. Syamer Kutty Abba, 15. J Partiban, 16. Danial Amier Norhisham, 17. Irfan Zakaria, 18. Dominic Tan, 19. Akhyar Rashid, 21. Nazirul Naim Che Hashim, 22. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (GK), 23. Ifwat Akmal Chek Kassim (GK).
UAE: 17. Khalid Eisa (GK), 2. Mohamed Saleh Almenhali, 3. Walid Abbas (C), 5. Ali Hassan Al-Blooshi, 7. Ali Ahmed Mabkhout, 11. Jassim Yaqoob Al-Balooshi, 12. Khalifa Al Hammadi, 13. Ahmed Barman, 14. Khalil Ibrahim, 19. Mohammed Omar Al Attas, 20. Ali Saleh Amro.

Subs: 1. Ali Khasif (GK), 4. Habib Al Fardan, 6. Majid Ibrahim, 8. Hassan Al-Moharrami, 9. Bandar Al-Ahbabi, 10. Omar Abdulrahman, 15. Ismail Al Hammadi, 16. Al Hassan Saleh, 18. Zaid Al-Ameri, 21. Tareq Ahmed, 22. Mohamed Al Shamsi (GK), 23. Salem Rashid.

LIVE STREAMING MALAYSIA VS UAE 10 SEPTEMBER 2019 (SELASA)
Perlawanan Kumpulan G di antara pasukan Malaysia menentang UAE akan disiarkan secara siaran langsung di saluran Astro Arena 801/ 802 HD seawal jam 8:00 malam dengan rancangan pra-siaran
Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau live streaming disediakan di internet untuk aksi perlawanan ini, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung
Info LainINFO SETERUSNYA
Klik LinkKelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 Malaysia jadual keputusan carta