Menu Bola

Siaran langsung keputusan Malaysia Vs Thailand 5.12.2018 Piala AFF Suzuki 2018

01:57 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 5 December 2018 jam 10:19 PM oleh GC.editor

Saingan Piala AFF Suzuki 2018 kini telah memasuki peringkat separuh akhir. Empat pasukan terakhir yang terdiri daripada juara dan naib juara bagi setiap kumpulan telah melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Pasukan negara Harimau Malaya yang diundi dalam Kumpulan A  telah dipaksa berhempas pulas bagi memastikan slot ke separuh akhir menjadi milik mereka.

Menanti di separuh akhir ialah juara bertahan, Thailand. Bagi peringkat separuh akhir ini, format pertandingan telah menetapkan agar perlawanan dilakukan secara timbal balik. Perlawanan separuh akhir pertama dijadualkan berlangsung pada 1 Disember 2018 di gelanggang keramat negara, Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan kedua akan diadakan pada hari Rabu, 5 Disember 2018 di Stadium Nasional Rajamngala, Bangkok bermula jam 800 malam.

Penyokong pasukan negara pastinya mengharapkan kesebelasan yang diturunkan ketika perlawanan terakhir dikekalkan bagi meneruskan momentum kemenangan. Pemain seperti Safawi Rashid, Norshahrul Idlan Talaha dan Mamadou Sumareh merupakan sandaran negara bagi merobek gawang negara Gajah Putih ini. Gandingan ini telah mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan ini dengan menjadi nadi serangan negara. Kelibat dan pengalaman Shahrel Fikri yang kini berkelana di negara Thailand juga ditagih bagi membantu negara menewaskan jaguh rantau Asia Tenggara ini.

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu di kejohanan ini ialah pada tahun 2014 di mana Malaysia telah tewas tipis secara agregat di peringkat akhir. Diharap agar pasukan negara dapat mempamerkan aksi yang bertenaga bagi menebus kekecewaan pada final yang lalu.

GC Icon
Live stream malaysia lawan thailand aff suzuki 2018
Malaysia AFF Suzuki CupThailand AFF Suzuki Cup MALAYSIA VS THAILAND 5.12.2018 PIALA AFF SUZUKI 2018
Perlawanan yang berlangsung 5 Disember ini merupakan perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok pada jam 8:00 malam, mengikut waktu Malaysia
Berikut adalah keputusan semasa perlawanan antara Malaysia menentang Thailand yang akan dikemaskini bermula daripada tiupan awal wisel perlawanan hingga tamat perlawanan
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS THAILAND PIALA AFF SUZUKI 2018
MalaysiaMalaysia AFF Suzuki Cup
2 (2)
2 (2)
Thailand AFF Suzuki CupThailand
Penjaring GolSyahmi Safari 28′
Penjaring GolNorshahrul Idlan Talaha 71′
FulltimeMasa PenuhIrfan Zakaria OG 21′ Penjaring Gol
Pansa Hemviboon 63′ Penjaring Gol
*Keputusan agregat dalam kurungan ( ). Malaysia layak ke perlawanan akhir hasil kelebihan jaringan gol di tempat lawan
LIVE STREAMING MALAYSIA VS THAILAND PIALA AFF SUZUKI 2018
Aksi perlawanan Malaysia menentang Thailand ini akan disiarkan secara langsung di saluran RTM TV2 dan Fox Sports
Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung atau live streaming yang disediakan di internet, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung
VIDEO LANGSUNG MALAYSIA VS THAILAND 5.12.2018 PIALA AFF SUZUKI 2018
Malaysia AFF Suzuki CupThailand AFF Suzuki Cup KESEBELASAN PEMAIN MALAYSIA VS THAILAND
MALAYSIA: 1. Farizal Marlias (GK); 4. Syahmi Safari, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak, 3. Shahrul Saad, 21. Nazirul Naim Che Hashim; 12. Akram Mahinan, 14. Syamer Kutty Abba; 13. Mohamadou Sumareh, 9. Norshahrul Idlan Talaha, 11. Safawi Rasid; 8. Zaquan Adha Abd Radzak (C).

Subs: 2. Amirul Azhan Aznan, 5. Adam Nor Azlin, 6. Syazwan Andik Ishak, 10. Shahrel Fikri Md Fauzi, 15. Kenny Pallraj, 16. Syazwan Zainon, 17. Irfan Zakaria, 18. Syafiq Ahmad, 19. Akhyar Rashid, 20. Ahmad Hazwan Bakri, 22. Khairul Fahmi Che Mat (GK), 23. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (GK)

THAILAND: 1. Chatchai Budprom (GK), 4. Chalermpong Kerdkaew (C), 6. Pansa Hemviboon, 8. Thitipan Puangchan, 9. Adisak Kraisorn, 11. Mongkol Tossakrai, 13. Philip Roller, 17. Tanaboon Kesarat, 22. Supachai Jaided, 24. Korrakot Wiriyaudomsiri, 29. Sanrawat Dechmitr.

Subs: 2. Chananan Pombuppha, 5. Mika Chunuonsee, 7. Sumanya Purisai, 14. Nurul Sriyankem, 15. Suphan Thongsong, 16. Sasalak Haiprakhon, 19. Kevin Deeromram, 21. Pokklaw Anan, 23. Siwarak Tedsungnoen (GK), 25. Pakorn Prempak, 31. Saranon Anuin (GK)

Info LainINFO SETERUSNYA
Klik LinkPiala AFF Suzuki 2018 Keputusan Dan Jadual Carta Kedudukan Malaysia