Menu Bola

Live Streaming Malaysia Vs Myanmar 24.11.2018 Piala AFF Suzuki 2018

20:29 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 1 December 2018 jam 09:09 PM oleh GC.editor

ASEAN Football Federation Championship atau lebih dikenali dengan Piala AFF Suzuki edisi ke-12 telah pun berlangsung bermula pada 8 November lalu. Piala AFF Suzuki merupakan kejohanan bola sepak lelaki yang disertai oleh negara-negara Asia Tenggara. Pada tahun ini, skuad negara akan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman, Tan Cheng Hoe bagi memastikan skuad negara memperoleh kejayaan pada kejohanan kali ini.

Skuad Harimau Malaysia telah diundi untuk bersama-sama dengan negara seperti Myanmar, Laos, Vietnam dan Cambodia dalam kumpulan A. Manakala negara seperti Indonesia, Filipina dan Singapura dan juara bertahan Thailand pula telah diundi dalam kumpulan B. Undian telah dibuat pada 2 Mei 2018 lalu bertempat di Jakarta, Indonesia.

Perlawanan menentang Myanmar pada malam Sabtu ini merupakan perlawanan ke-4 skuad negara dalam kejohanan Piala AFF Suzuki edisi kali ini. Perlawanan sebelum ini Malaysia mencatatkan dua kemenangan dan satu kalah sekaligus meletakkan skuad negara di tempat ke-3 dengan enam mata setakat ini. Perlawanan kali ini amat penting dengan hanya kemenangan memastikan skuad negara berada di kedudukan dua teratas sekaligus melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Untuk rekod, skuad Harimau Malaya pernah menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 di bawah kendalian jurulatih K. Rajagopal. Pada hari bersejarah tersebut, Malaysia telah menewaskan skuad bola sepak Indonesia dengan agreget 4-2. Untuk aksi kali ini, jurulatih Tan Cheng Hoe telah menurunkan barisan terbaik Malaysia bagi memastikan kejuaraan lapan tahun lalu dapat berulang.

GC Icon
LIVE STREAMING MALAYSIA VS MYANMAR AFF SUZUKI
Malaysia AFF Suzuki CupMyanmar AFF Suzuki Cup MALAYSIA VS MYANMAR 24.11.2018 PIALA AFF SUZUKI 2018
Perlawanan yang berlangsung 24 November ini merupakan perlawanan keempat dan terakhir buat Malaysia pada peringkat kumpulan A. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Nasional Bukil Jalil bermula jam 8:45 malam
Berikut ialah keputusan secara langsung antara Malaysia menentang Myanmar yang akan dikemas kini sepanjang perlawanan bermula dari awal sepak mula hingga tamat perlawanan
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS MYANMAR PIALA AFF SUZUKI 2018
MalaysiaMalaysia AFF Suzuki Cup
3
0
Myanmar AFF Suzuki CupMyanmar
Penjaring GolNorshahrul Idlan Talaha 26′
Sepakan PenaltiZaquan Adha 45+2
Penjaring Gol‘Zaquan Adha 88’
FulltimeMasa Penuh . 
LIVE STREAMING MALAYSIA VS MYANMAR 24.11.2018 PIALA AFF SUZUKI 2018
Aksi perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di saluran TV1 dan Fox Sports 2
Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau live streaming Malaysia vs Myanmar disediakan di internet untuk aksi malam ini, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung
Info LainINFO SETERUSNYA
Klik LinkPiala AFF Suzuki 2018 Keputusan Dan Jadual Carta Kedudukan Malaysia