Menu Bola

Siaran langsung keputusan Malaysia Vs Laos 24.3.2019 Kelayakan AFC B23

01:41 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 24 March 2019 jam 10:38 PM oleh GC.editor

Skuad Harimau Muda di bawah kendalian jurulatih Ong Kim Swee kini bersaing dalam kelayakan AFC B23 bagi merebut tiket ke Piala Asia B23 pada tahun 2020. Perlawanan kedua Malaysia akan menentang Laos yang akan berlangsung pada 24 Mac 2019 di Stadium Shah Alam. Di atas kertas skuad negara tidak mempunyai masalah untuk menjinakkan Laos di gelanggang sendiri, namun pemain negara perlu fokus dan tidak memandang mudah cabaran pasukan Laos.

Pada peringkat kelayakan kali ini skuad negara akan bersaing dalam kumpulan J yang menghimpunkan 4 buah pasukan merangkumi Laos, China dan Filipina. Malaysia selaku tuan rumah bagi segala perlawanan kumpulan J pastinya mengharapkan kelebihan bermain di tempat sendiri dapat digunakan sepenuhnya.

Malaysia kini menghuni tangga kedua selepas memenangi perlawanan pertama Kumpulan J. Kemenangan ke atas pasukan Laos akan mencerahkan laluan Malaysia ke pusingan seterusnya dengan mengumpul 6 mata penuh. Juara setiap kumpulan dan 4 naib juara kumpulan terbaik layak secara automatik ke kejohanan AFC B23 yang menawarkan tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Skuad negara kali ini dibarisi oleh beberapa pemain muda seperti Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba, Safawi Rasid dan Syahmi Safari dilihat dapat memberi impak kepada pasukan. Besar harapan peminat bola sepak tempatan agar kejayaan dapat diraih untuk aksi kelayakan kali ini seterusnya mengharumkan nama negara dalam bidang sukan bola sepak.

GC Icon
Live stream keputusan Malaysia Vs Laos 24.3.2019 Kelayakan AFC B23
Malaysia AFF Suzuki CupLaos AFF Suzuki CupMALAYSIA VS LAOS KELAYAKAN PIALA AFC B23 2020
Perlawanan kedua dalam saingan kumpulan J akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 24 Mac, Ahad bermula pada jam 8:45 malam waktu tempatan
Berikut ialah keputusan semasa bagi perlawanan melibatkan Malaysia dan Laos yang akan dikemas kini secara langsung bermula sepak mula sehingga tamat masa penuh. Turut disertakan adalah senarai penuh kesebelasan utama dan senarai pemain gantian bagi kedua-dua pasukan
KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS LAOS KELAYAKAN AFC B23 24.3.2019
MalaysiaMalaysia AFF Suzuki Cup
1
0
Laos AFF Suzuki CupLaos
 Penjaring Gol Safawi Rashid 81′Full TimeMasa Penuh . Penjaring Gol. 
Malaysia AFF Suzuki CupLaos AFF Suzuki Cup KESEBELASAN PEMAIN MALAYSIA VS LAOS KELAYAKAN AFC B23
MALAYSIA: 1. Haziq Nadzli (GK); 3. Dominic Tan (C), 14. Syamer Kutty Abba, 5. Evan Wensley Wenceslaus; 20. Syahmi Safari, 6. Danial Haqim Draman, 4. K Thivandaran, 13. R Dinesh; 7. Faisal Abdul Halim, 17. Nik Azli Nik Alias, 19. Akhyar Rashid

Subs: 2. Amirul Ashraf Ariffin, 8. Shahrul Nizam Ros Hasni, 9. Hadi Fayyadh Abdul Razak, 10. Safawi Rasid, 11. Jafri Firdaus Chew, 12. Ahmad Tasnim Fitri Nasir, 15. Hariz Kamarudin, 18. Izzan Syahmi Mustapa, 21. Nik Akif Syahiran Nik Mat, 22. Azri Ab Ghani (GK), 23. Damien Lim (GK). N/A: 16. Danial Amier Norhisham.
LAOS: 20. Xaysavath Souvanhnasok (GK), 3. Kaharn Phetsivilay, 6. Kittisak Phomvongsa, 7. Vanna Bounlovongsa, 8. Aphixay Thanakhanty, 10. Somxay Keohanam, 16. Xayasith Singsavang, 17. Bounphachan Bounkong, 19. Somlith Sengvanny, 21. Vannasone Douangmaity, 23. Lathasay Lounlasy (C).

Subs: 1. Solasak Thilavong (GK), 2. Bounphithak Chanthalangsy, 4. Songkan Sichanthavong, 5. Anoulack Vannalath, 9. Akkhom Thoranin, 11. Chansamone Phommalivong, 12. Mek Insoumang, 13. Soulivanh Nivone, 14. Kiengthavesak Xayxanapanya, 15. Chitpasong Latthachack, 18. Keo Oudone (GK), 22. Chony Wenpaserth.
LIVE STREAMING MALAYSIA B23 LWN LAOS B23 AFC 24.3.2019
Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau live streaming disediakan di internet untuk aksi perlawanan ini, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung

 

Info LainINFO SETERUSNYA
Klik LinkJadual Penuh Keputusan Dan Kedudukan Carta Malaysia Kelayakan Piala AFC B23 2020