Siaran langsung Malaysia Vs Kemboja 4.12.2019 Bola Sepak Sukan SEA 2019

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Acara Bolasepak Lelaki Sukan SEA 2019 kini sudah memasuki perlawanan terakhir dalam peringkat kumpulan A. Pasukan Malaysia akan beraksi menentang pasukan Kemboja untuk aksi perlawanan keempat pada hari Rabu, 4 Disember 2019 ini. Perlawanan akan berlangsung di Stadium Memorial Rizal, Manila yang menggunakan padang rumput jenis sintetik bermula pada jam 4.00 petang waktu Malaysia. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan ini akan diadakan secara serentak pada waktu yang sama di venue yang berlainan bagi mengelakkan sebarang unsur ketidak adilan dan sebagainya.

Kemenangan sulung skuad bawah 22 tahun negara tempoh hari pasti akan menjadi suntikan semangat dalam menempah tiket ke perlawanan separuh akhir bagi acara bola sepak Sukan SEA Filipina edisi ke 30 ini. Pasukan negara wajib untuk mendapatkan kemenangan  di samping mengharapkan pasukan tuan rumah, Filipina sekadar seri atau kalah terhadap pasukan Timor Leste.

Pasukan Kemboja juga yang berkongsi mata dengan pasukan Malaysia dan Filipina pasti mengimpikan kemenangan bagi mendapatkan slot terakhir kumpulan A untuk ke separuh akhir. Pasukan Myanmar terlebih dahulu telah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Sukan SEA 2019 setelah mencipta tiga kemenangan dan satu seri tanpa kalah dalam aksi peringkat kumpulan dan berjaya mengutip sebanyak 10 mata.

Kepadatan jadual perlawanan mungkin memberikan impak kepada kecergasan dan fizikal pemain namun apabila beraksi dalam kejohanan seperti ini, pemain-pemain perlu mempunyai semangat yang kuat demi mengharumkan nama negara dan mencipta sejarah dalam memenangi pingat di kejohanan yang cukup berprestij dalam rantau Asia Tenggara ini. Pemain-pemain negara harus menunjukkan persefahaman yang baik dalam membina permainan atas padang serta tidak mensia-siakan peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol. Kesilapan-kesilapan mudah juga harus dikurangkan dimana pemain terutamanya bahagian pertahanan perlu mengekalkan disiplin dan fokus dalam memastikan kemenangan milik pasukan negara.

Penyokong-penyokong bola sepak tanah air pasti mengharapkan penutup tahun 2019 yang indah apabila skuad senior dan skuad bawah 19 negara masing-masing mencipta kejayaan dalam perlawanan akhir-akhir ini. Semoga perlawanan hidup mati dalam menentukan kemaraan skuad bawah 22 tahun negara ini berpihak kepada pasukan negara dan seterusnya berpeluang beraksi di perlawanan penentuan pingat emas.

GC-Icon
malaysia-kemboja
Malaysia-AFF-Suzuki-Cup Cambodia-AFF-Suzuki-Cup  MALAYSIA VS KEMBOJA 4.12.2019 SUKAN SEA 2019
Perlawanan yang berlangsung 4 Disember ini merupakan perlawanan keempat buat Malaysia pada peringkat kumpulan A. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Memorial Rizal, Manila bermula jam 4:00 petang waktu Malaysia
Berikut ialah keputusan secara langsung antara Malaysia menentang Kemboja yang akan dikemas kini sepanjang perlawanan bermula dari awal sepak mula hingga tamat perlawanan
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS KEMBOJA SUKAN SEA 2019
MalaysiaMalaysia-AFF-Suzuki-Cup
1
3
Cambodia-AFF-Suzuki-Cup Kemboja
Penjaring-Gol Quenting Cheng 89′ FulltimeMasa-Penuh  55′ Sodavid InPenjaring-Gol
 57′ Chanthea SiengPenjaring-Gol
 68′ Sokpheng KeoPenjaring-Gol
Malaysia-AFF-Suzuki-Cup Cambodia-AFF-Suzuki-Cup  KESEBELASAN PEMAIN MALAYSIA VS KEMBOJA 4.12.2019 SUKAN SEA 2019
MALAYSIA: 1. Haziq Nadzli (PG); 3. Dominic Tan, 17. Irfan Zakaria, 2. Adam Nor Azlin (K); 20. Syahmi Safari, 6. Danial Haqim, 14. Syamer Kutty Abba, 15. Umar Hakeem; 12. Luqman Hakim, 9. Hadi Fayyadh, 11. Nik Akif Syahiran.

Subs: 4. Quentin Cheng, 5. Harith Haiqal, 7. Faisal Halim, 8. Shahrul Nizam, 10. Kogileswaran Raj, 13. R. Dinesh, 16. Danial Amier, 18. Damien Lim (PG), 19. Akhyar Rashid.

KEMBOJA: 3. Sath Rosib, 5. Kan Pisal, 6. Tes Sambath, 8. Orn Chanpolin (K), 9. Reung Bunhieng, 12. In Sodavid, 13. Ouk Sovann, 14. Keo Sokpheng, 17. Sieng Chanthea, 18. Seut Baraing, 22. Keo Soksela (PG).

Subs: 2. Ken Chansopheak, 7. Mao Piseth, 11. Sin Kakada, 15. Yue Safy, 16. Chea Vesly, 19. Chheng Meng, 20. Yeu Muslim, 21. Hul Kimhuy (PG), 23. Sin Sophanat.
LIVE STREAMING MALAYSIA VS KEMBOJA 4.12.2019 SUKAN SEA 2019
Aksi perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di saluran RTM 2 dan Astro Arena
Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau live streaming Malaysia vs Filipina disediakan di internet untuk aksi malam ini, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung

 

Info-Lain INFO SETERUSNYA
Klik-Link Bola Sepak Sukan SEA 2019 Keputusan Dan Jadual Carta Kedudukan Malaysia
Close